Wednesday, October 15, 2025

Keretakan dalam Bersatu sampai klimaks.

ULASAN PAGI

Dua hero dalam Bersatu
KERETAKAN dalam Bersatu sudah sampai ke klimaks apabila parti itu mengambil tindakan ke atas sekurang-kurang enam orang pemimpin parti tersebut termasuk yang berstatus ahli Parlimen. 

Bekas ketua Penerangan Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugur dipecat, manakala ahli pimpinan tertinggi yang juga ahli Parlimen  Macahang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung sepenggal.

Tindakan ke atas Wan Saiful paling kejam apabila beliau dipecat terus daripada parti berkenaan, manakala Wan Fayshal digantung sepenggal. Tindakan disiplin ke atas Wan Saiful dikira ada sangkut paut dengan serangan peribadi beliau ke atas Setiausaha Agung Bersatu Mohammad Azmin Ali. Wan Saiful mendedah isu video samburit Azmin ada bukti baru. 

Selain itu empat ketua bahagian ikut digantung, mereka ialah Saiful  Mohd Azrudin Md Idris dari bahagian (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang). Tindakan itu diambil mengikut perlembagaan Bersatu fasal 9.4.1 dan fasal 22.55.

Tindakan disiplin ke atas mereka diambil ekoran kekecohan berlaku menjelang mesyuarat agung parti itu (PAT), baru-baru ini dimana yang dikaitkan dengan satu gerakan tersusun untuk menyingkirkan Mahiaddin Yassin sebagai presiden untuk diganti dengan Hamzah Zainuddin.

Usaha itu menimbulkan kekecohan sehingga mesyuarat Bersatu kucar kacir dan riuh randah apabila mendedahkan muncul dua kumpulan saling bertentangan dalam parti tersebut. Kekecohan itu menyerlahkan bahawa Bersatu didominasi dua pihak atau puak bertentangan yang tidak lagi dapat menyatu. Semenjak itu keadaan dalam Bersatu seperti bara salam sekam, retak apabila wujud dua puak satu mendokong Mahiaddin dan satu lagi menyokong Hamzah.

Jelas tindakan memecat dan menggantung beberapa orang pimpinan itu memberi gambaran parti serpihan Umno itu kini sudah berada di ambang perpecahan. Walaupun pemimpin mereka dan para cyber trooper upahan menyembunyikan rahsia sebenar, dikosmetikan dengan membawa naratif buruk kepada parti memerintah, tetapi bau busuknya sudah meruap dan mengohong ke serata tempat.

Sudah pasti Wan Saiful tidak akan berdiam diri dan mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbarnya bersama Wan Fyshal di parlimen beliau mengatakan, dia tetap bersama Bersatu kerana mendakwa dia adalah orang membina parti tersebut. Dakwanya Bersatu tidak boleh dijadikan keluarga atau hak sendirian berhad. Memahami kenyataan Wan Saiful itu menunjukkan ada usaha untuk memfaridkan Bersatu untuk kepentingan kroni. 

Yang jelasnya dalam kancah ini Wan Saiful tidak keseorangan. Beliau tidak akan bertindak bersendirian tanpa restu sang god father. Dengan keberadaanya di luar parti membolehkan beliau bertindak lebih ganas dari itu.

Dalam hal ini apa dapat terjemahkan gerakan untuk menyingkirkan Mahiaddin itu atas kehendak dan restu Hazmah. Ia tidak mengejutkan kerana cerita hubungan Hamzah dengan Mahiaddin ini tegang sudah lama kerdengaran. Ia berlaku apabila usha untuk tumbangkan kerajaan Madani secara tebuk atap gagal. Kegagagalan itu diletakkan atas tanggungjawab Mahiaddin. Iya sememangnya orang yang gagal dan lemah mengambil risiko berundur.

Mahiaddin dilihat sudah tidak mampu dan beraura lagi untuk menjadi PM, lantas sepantasnya beliau berundur. Gesaan supaya berundur sudah dilakukan sejak dua tahun lepas lagi secara baik. Katanya Mahiaddin sudah akur untuk melepaskan Bersatu kepada Hamzah, tetapi memungkir janjinya, beliau ubah keputusannya setelah berunding dengan bininya. Kemungkiran itu menjadikan pendokong Hamzah kecewa sehingga terpaksa melakukan gerakan menjatuhnya secara SD menjelang PAT lalu.

Dalam hal ini pendokong Hamzah ghairah mendapat kekuatan apabila Pas juga tumpang semangkuk untuk menolak Mahiaddin. Pas sudah tidak selesa dengan Mahiaddin dan menganggap ahli Parlimen Pagoh itu mungkir janji dengannya, selain tidak berupayaan untuk tumbangkan kerajaan Madani. Dalam penyusunan barisan pimpinan Tertinggi PN, Pas minta agar Setiausaha Agung diberikan kepadanya, tetapi tidak dipenuhi Mahiaddin, walhal mulanya Mahiaddin sudah bersetuju. Sejak itu Pas jadi berang dengan Mahiaddin dan mula menaja Hamzah sebagai calon PM. 

Apa didedahkan dalam video pertemuan top five Pas nyata menunjukkan Pas mahukan Hamzah sebagai calon PM dari PN. Video itu sampai kepada Mahiaddin dan ia sesuatu mengejutkan sampai Mahiaddin terpaksa berihat di hospital menjelang PAT?

Kesimpulannya yang dapat disimpulkan disebalik kekecohan dan tindakan memecat Wan Saiful dan menggantung Wan Fayshal itu menunjukkan keretakan dalam Bersatu sudah memuncak. Sudah sampai ke klimaks dan Bersatu sudah jadi "berdua". Walaupun akan ada usaha untuk memulihkan tetapi ia tidak mudah berhasil. Satu satu cara untuk meredakan keadaan Mahiaddin perlu letak jawatan dan serahkan Bersatu kepada kepada kumpulan Hamzah. Apakah puak puak Mahiaddin terutamanya Azmin Ali yang sedang pasang niat untuk memimpin Bersatu sedia untuk akur? 

Membaca secara menyeluruh peristiwa itu, Mahiaddin bukan menghadapi tatangan dari dalam partinya sahaja, tetapi daripada Pas juga. Sesuatu yang perlu disedari jika Mahiaddin terus bersikerss mengeyebabkan Pas boleh bertindak diluar batas dan adab akan meninggalkan Bersatu untuk membolehkan parti agama itu bereksperiman dalam Piraum akan datang bertanding bersendiri tanpa kerjasama Bersatu.

Kemelut yang berlaku dalam Bersatu kini boleh dianggap parti itu sedang menghadapi serangan kanser ditahap lima dan perlu menjalani kemotrapi lebih dari enam pusingan. Dari sisi lain pula ia merupakan petanda termakablnya keazaban doa qunut nazilah yang dibaca apabila PN akan musnah dan hancur. [wm. rb. kl 12.07 15/10/2025]

No comments:

Post a Comment