Tuesday, December 23, 2025

Umno perlu move on

PANDANGAN

UMNO perlu move on tidak menjadikan bekas presiden mereka Mohd Najib Razak sebagai isu (faktor penghalang) yang boleh memecah belahkan kesatuan parti itu. Najib bukan segalanya buat Umno. Umno milik semua dan diperkuatkan semua orang bukan hanya oleh satu institusi keluarga saja. 

Ahli dan penyokong Umno harus menerima takdir yang menimpa Najib Razak. Biarlah dia menjalani sisa hukuman dengan tenang, mudah-mudahan beliau akan menemui sesuatu yang bermakna di sebalik hukuman itu. 

Jangan jadikan Najib faktor perpecahan apa lagi memusnahkan Umno. Sayang biarlah membawa laba, benci jangan membawa rugi.

Anggap apa yang berlaku itu sebagai hukum karma. Umno perlu sedar bahawa parti itu tidak boleh bergantung kepada seorang indvidu, tetapi memerlukan “perkapuhan” semua pemimpinnya disegenap peringkat. 

Untuk kembali kuat bukan sesuatu ilusi kerana Umno pernah membuktikan kecemerlangannya sebagai kerajaan. Selama lebih 60 tahun memimpin kerajaan. Rekod Umno masih belum terpecah sesiapa.

Apa yang baik kepada Umno ialah bersatu, bergerak ke hadapan membina memperkasakan parti berkenaan dibawah kepimpinan yang ada kini. Masalah berlaku dalam Umno, ada yang tidak mengikhtiraf Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden. Dalam masa sama juga ada yang nakal cuba menyingkirkan Zahid. Dalam keadaan Umno tidak sekuat dahulu elemen ini tidak sepatut berlaku. 

Selagi Umno bersikap demikian ia tidak boleh mengembalikan kekuatan asalnya sebagai parti memimpin kerajaan. Orang Umno tidak perlu gusar dan kena yakin kalau mereka bersatu, kekuatan Umno akan kembali semula. Bagi Umno untuk kembali cemerlang ia tidak susah sebab ia sudah ada pengalaman, tunggu lagi Umno perlu bersatu saja.

Walaupun ada sebahagian yang meninggalkan Umno dan ada mencari alternatif dengan menyertai parti yang mereka caci sebelum ini, ia tidak menjadi penghalang. Pelarian desperado itu tidak perlu dibimbangi. Harus disedari mereka yang meninggalkan parti itu tidak jujur dan mencari kepentingan dengan parti politik, mereka bukan pejuang Umno sejati. Umno tidak memerlukan orang seperti itu.

Najib Razak biarlah beliau menjalani sisa hukum dengan damai. Meletakkan harapan Najib akan memulihkan Umno sesuatu yang mustahil. Belum tentu kalau Najib come back beliau berjaya seperti dilakukan Dr Mahathir Mohamad. 

Ada orang berteori begitu, Najib akan jadi PM kali kedua. Pengembalian Mahathir tempoh hari kerana sokongan PH dan Anwar Ibrahim, tanpa sokongan PH dan Anwar, Mahathir sudah hanyut. Buktinya dalam pilihan raya ke-15 calon partinya kalah semua dan beliau sendiri hilang deposit. Antara Najib dan Mahathir berbeza.

Orang Umno harus yakin dan melihat ke depan. Najib bukan segala galanya. Dia bukan dewa penyelamat. Cukuplah pemujaan buat Najib kerana dia anak bangsawan. Umno bukan milik golongan bangsawan. Hukuman diterimanya telah nemusnahkan segala reputasi dirinya dalam sekelip mata.

Sampai masanya Umno mengangkat dan menyerahkan Umno kepada pemimpin muda. Terimalah perubahan. Banyak pemimpin muda dalam Umno berpotensi dan jika diberi sokongan mereka berjaya dengan melihat potensi yang ada. 

Beberapa tokoh muda yang boleh disebut ialah Setiausaha Agung sekarang ini Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ahli Majlis Tertinggi, Mohd Shahar Abdullah, Ahmad Maslan, Noraini Ahmad, Azalina Othman Said, Samsul Anuar Nasarah, Zambry Abdul Kader, Ahmad Maslan dan ramai lagi. Termasuk juga ketua pemuda Umno yang lantang dan berani Dr Akmal Salleh. 

Selain itu masih ada golongan profesional dalam Umno juga boleh ditanda sebagai pemimpin masa depan. Mereka sedia berkhidmat cuma tidak diberi kesempatan. 

Sekiranya Khairy Jamaluddin masih dalam Umno, beliaulah orang paling tepat untuk memimpin Umno, namun sayang bekas ketua pemuda Umno ini kurang sabar, kurang memahami budaya dan tradisi politik Melayu dan berlagak lebih pandai kerana berbangga dengan akademiknya. 

Umno harus membuat persediaan untuk mengangkat mereka bagi memikul tanggungjawab memperkasakan Umno. Umno kena yakin dan ikhlas tanpa memisahkan mereka dengan sebarang sentimen, puak ataupun kumpulan atau kroni. Kita yakin kalau Umno move on parti itu akan dapat mengembalikan kekeramatannya. Trims.

No comments:

Post a Comment