Thursday, January 29, 2026

Harapan rakyat kepada PN kian memudar

ULASAN

Keikhlasan antara keduanya boleh
dipertikaikan.
KEJAYAAN Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya ke-15 (2022) lalu dapat menuaikan 73 kerusi parlimen dan 146 kerusi Dun, sementara Pas berjaya mengekalkan dua buah negeri sambil menawan semula Kedah dan merampas Perlis suatu kejayaan yang gemilang dan mengejutkan.

PN adalah koliasi oposisi kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada PKR, Dap dan Pas yang dapat menafikan majoriti 2/3 diparlimen. Pertama kali majoriti 2/3 yang sebelum ini dimonopoli BN dinafikan dalam pilihan raya ke-12 (2008), BN menang 140 kurang lapan kerusi untuk mendapat 2/3. 

Dalam pilihan raya ke-13 sekali lagi majoriti 2/3 BN dinafikan, tetapi BN masih mampu menubuh kerajaan, tanpa bergabung dengan mana-mana parti.

Riwayat BN akhirnya ghuyup dalam pilihan raya ke-14 (2018) apabila PH berjaya membentuk kerajaan apabila menang 113 kerusi BN hanya 79, semantara Pas bertanding bersendirian 18 kerusi. 

Kejayaan PH itu menjadi semangat kepada PN, dan apabila ia berjaya diulang oleh PN dalam pilihan raya lalu. Kejayaan PN itu dikira lebih hebat kerana ia baru saja dibentuk. Lantaran itu para penyokong PN kemaruk dengan kemenangan dan terngian dengan kuasa jadi kerajaan (hasil projek tebuk atap sekejap itu) mereka akan mengambil alih kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Sewaktu mencatat sejarah itu Bersatu baru berusia enam (6) tahun. Cuma kelebihan mereka sertai pilihan raya selepas adanya kerajaan, ini berbeza dengan PR dan PH menyertai pilihan raya 2008 dan 2013 masih bersifat dagang merantau. 

Pilihan raya ke-15 (2022) disertai Pas dan Bersatu semasa mereka menjadi kerajaan Perikatan Nasional. Keadaan itu memberi nilai tambah buat PN. Semantara baik PR atau PH menyertai pilihan raya sebelum ini dalam statusnya yatim piatu. 

Berdasar pencapaian itu ramai pemerhati politik merasakan PN akan menjadi koalisi yang akan mencabar PH/BN masa akan datang. Dari kedudukan kerusi diwakili parti-parti kedua komponen Pas dan Bersatu ia mengatasi kerusi dimiliki PKR, BN dan Amanah. Nisbah kerusi Melayu PN realtif menguasai berbanding PH/BN.

Lantaran itu ada menaruh minat mendalam dan optimis kepada PN bakal menjadi kerajaan selepas pilihan raya datang. Dengan kekalahan PH dan BN di Sabah dalam pilihan raya negeri baru-baru ini ia menambahkan keyakinan penggemar PN kepada koalisi itu.

Kakitangan awam juga ada menyimpan harapan itu pada mulanya, tetapi bergeser berubah apabila beberapa insentif diberikan kerajaan seperti kenaikan gaji serta kesungguhan kerajaan Madani membenteraskan rasuah disemua peringkat dan melakukan reformasi pentadbiran dan pengurusan.

Bagaimana pun keyakinan kepada PN seperti hujan ditengah hari, bersifat sementara, malahan kian pudar dan meleset kini apabila berlaku pergolakan hangit dalam PN yang tidak kunjung padam, dan sukar untuk dilengsaikan hingga saat rencana ini ditulis. 

"Perselehengan" Pas-Bersatu mengenai isu pelantikan pengerusi PN menjadi appetizers dan keyakinan umum kepada PN semakin tawar "lembal". Bersatu dan Pas masih belum jumpa jalan keluar untuk mengatasi perebutan itu, masing-masing mengklaim mereka lebih berhak. Beberapa perjumpaan diadakan, gagal mendapat persetujuan, bahkan ia menjadi kian memborak. 

Krisis yang berlaku dalam PN bukan sahaja terbatas dalam gabungan itu, tetapi ikut terheret ke dalam parti Pas dan Bersatu. Dalam Pas wujud dua kumpulan bertentangan pendapat antara satu sama lain, satu kabilah Mursyidul Am dan satu lagi kabilah harki Presiden. Walaupun lautan Pas nampak tenang tetapi di dibawah ia berkucah sakang. 

Begitu juga dalam Bersatu, wujud dua kumpulan, satu kumpulan mahukan Mahiaddin kekal sebagai presiden Bersatu sekumpulan lagi yang mahu Mahiaddin digantikan dengan Hamzah Zainuddin. Pertembungan dua puak ini menjadikan bahtera Bersatu terhuyung hayang. 

Ekoran perbalahan dan situasi itulah menyebakan timbul kesangsian kalangan orang ramai bagaimana untuk PN tubuh kerajaan, mentadbir dan menguruskan negara sedang perpaduan semasa sendiri pun kucar lanar dan hancur. Belum menang besar sudah berlaku perebutan jawatan jadi ketua, bagaimana kalau sudah diberikan kuasa? Perkara ini menjadi stigma dan phobia kepada rakyat umum.

Apakah PN dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat? Untuk menyelesaikan masalah PN ini, masing-masing parti Bersatu dan Pas perlu mendamaikan dulu dua puak yang berselisih dalam rumah sendiri. Melihat kepada kenyataan dan sikap pemimpin mewakili puak masing-masing, ia bukan mudah untuk didamaikan. Perbalahan berlaku bukan atas motif mencari kebaikan, tetapi untuk memenuhi lubang nafsu. 

Kemelaratan dan kecelaruan inilah menyebabkan keyakinan dan kepercayaan umum kepada PN kian terhakis dan memudar. Bunga raya menjadi lambang Bersatu kelayuan, manakala bulan Purnama menjadi lambang Pas, terus dibaham gerhana. [wm.kl. 6:10 pm 29/01/2026. 


No comments:

Post a Comment