RENCANA
| Setiakawan |
menumbangkan dan merampas kerajaan di luar pilihan raya adalah amalan dan kegemaran Umno. Sekiranya tindakan teknikal politik itu boleh disifatkan satu pengkhianatan yang tidak menghormati mandat rakyat, maka ia suatu perulangan kejadian sebelum ini.
Penbubuhan kerajaan Negeri Sembilan yang merupakan gabungan PH dengan BN dibuat atas persetujuan dan persefahaman bersama. Persefahaman kedua gabungan itu dibuat semasa pilihan raya, dimana mereka tidak saling berlawanan di antara satu sama lain. Seperti mana kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pilihan raya Negeri Sembilan itu berlangsung ketika kerajaan Perpaduan sudah terbentuk, makna sudah ada kebersamaan di antara PH dengan BN. Makanya apabila kerajaan yang ada itu hendak ditumbangkan perbuatan itu tidak menghormati mandat rakyat.
Apabila Umno bertindak demikian, melupai persefahaman itu boleh disifatkan Umno khianat dan tidak amanah serta menghormati mandat rakyat. Perbuatan itu meskipun dihalalkan, tetapi ia satu pengkhianatan. Jika Umno tidak jahat dan mengidam untuk menguasai Negeri Sembilan, ia perlu tunggu pilihan raya, ketika itu nanti berlawanlah bersungguh-sungguh, bukannya mengambil kesempatan menangguk di air keruh seperti hari ini.
Buat masa ini kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin Aminuddin masih wujud dan berfungsi atas kehendak Yang diPertuan Besar Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir yang menitahkan meminta Aminuddin terus mentadbir kerajaan negeri sebelum ada kejelasan muktmad, seperti usul undi tidak percaya dalam Dewan. Walaupun disegi angka kerajaan itu kini minoriti apabila Umno menarik sokongan, tetapi diizinkan oleh Yang diPertuan Besar untuk diteruskan demi kesejahterraan negeri dan rakyat.
Buat masa ini Umno kantoi dengan projek Tebuk Atap itu walaupun mereka mempunyai jumlah untuk membentuk kerajaan, apabila lima Adun pembangkang (PN) menyatakan sokongan mereka, tetapi tidak boleh move untuk menggugurkan Aminuddin dan bentuk kerajaan baharu. Penegrusi Umno Jalaluddin Alis dan 'geng buah kecupu' tampak terus kempunan untuk jadi Menteri Besar dan Exco.
Berlaku silap teknik menjatuhkan Aminuddin dan menumbangkan kerajaanya, ini kehendak Allah. Aminuddin sangat percaya kepada takdir itu seperti mana diluah. Umno tidak berhati-hati dalam konspirasi jahatnya itu. Sekiranya Umno meneliti dan membuat sedikit penyelidikan, mungkin mereka berjaya dengan melakukan penarikan sokongan itu di dalam Dewan Undangan Negeri, bukannya dalam sidang akhbar, di luar Dewan.
| Sidang media tarik sokongan. |
Kembali kepada mauduk yang saya hendak sebutkan disini, apa berlaku di Negeri Sembilan itu sudah lama berlaku sebelum ini. Jika ia satu pengkhianatan, bermkna Umno khianat dan jahat sejak tahun 60 lagi. jadi tidak menghairan dan memelikkan. Semua orang harus waspada apabila berkawan dan bermuafakat dengan Umno.
Khianat pertama yang Umno lalukan ialah tahun 1961, di negeri Terangganu. Umno telah mempengaruhi beberapa orang wakil rakyat Pas dan parti Negara untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan. Usaha itu berjaya akhirnya kerajaan Pas pimpinan Daud Samad tumbang. Umno berjaya membentuk kerajaan dan melantik Ibrahim Fikri sebagai MB.
Pada tahu sama juga Umno berusaha untuk jatuhkan kerajaan Pas di Kelantan dengan menculik dan melakukan tekanan mental (torture) terhadap lima orang wakil rakyat Pas. Mereka menculik wakil rakyat Pas dan mengurungnya di Kuala Lumpur. Bagaimana pun usaha itu gagal, apabila Dewan bersidang wakil rakyat yang diculik itu, kembali menyatakan sokongan kepada kerajaan Pas. Hasrat dan harapan Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas tidak kesampaian.
Bagaimana pun kerajaan Pas Kelantan akhirnya berjaya juga ditumbangkan Umno tahun 1978. Kejayaan itu pun melalui projek jahat politik yang diatur melibatkan para aparat - jentera kerajaan. Umno mengambil kesempatan atas krisis dalaman Pas menimbulkan huruhara di Kelantan kemudian meletakkan Kelantan dibawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Kerajaan Kelantan digantung.
Tiga bulan selepas itu diadakan pilihan raya negeri, pilihan raya yang diadakan dalam keadaan Pas kebingungan dan rakyat seperti dibius, Umno-BN berjaya merampas Kelantan dengan kemenangan besar 37 - 2.
Tindakan sama berlaku sekali lagi tahun 2009 di Perak, apabila tiga orang wakil rakyat PR, dua dari PKR dan seorang DAP keluar dan menyokong Umno. Sebelum lompat parti oleh tiga Adun itu, Umno melalukan seperti apa yang mereka lakukan ke atas lima wakil rakyat Pas tahun 1960 lalu. Wakil rakyat itu di torture dan di brainwash, akhirnya mereka melompat kepada Umno.
Dengan tindakan tiga Adun itu, Umno memperolehi majoriti mudah dan membentuk kerajaan yang penuh kontroversi kerana bertentangan dengan semangat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Pertikaian itu akhirnya dibawah ke mahkamah.
Apa berlaku di Perak itu mahu diulang kesekian kalinya di Negeri Sembilan. Kesimpulan usaha dan tindakan menebuk atap adalah serasi dengan kerja jahat dan khianat Umno. Justeru apa yang berlaku di Negeri Sembilan dan di negeri negeri lain selepas ini, tidak perlu hairan. Selagi Umno wujud di negara ini mereka terus melakukan tabiat dan budaya itu kerana DNA kejahatan masih berada dalam tubuh Umno.
Umno ini tidak ubah macam tabiat anjing yang suka makan tahi, kalau tidak makan pun dia akan hidu jua.
Bagaimana pun dari segi politik jahiliah yang dipraktikan oleh Western, perbuatan itu tidak salah. Dalam politik Western, matlamat menghalalkan cara. Mereka tidak pedulikan apakah ia kotor, tidak bermoral atau halal haram, yang penting dapat berkuasa untuk kepuasan nafsu. Politik Western berlandaskan nafsu bukan akal.
Berbeza dengan politik Islam mementingkan soal prinsip, intergirii dan keadilan. Sebab itu Pas yang bernuansakan politik Islam masih belum menguasai Malaysia spenuhnya kerana mereka tidak tegal untuk melakukan kejahatan seoptimumnya. [wm.kl.10:55 am 28/04/2026]
Betul tuan..umno gila kuasa.. angkoh dan bongkak..rakyat akan buang umno di PRU akan dtg
ReplyDeletePAS PUN JADI PENEBUK ATAP BERSAMA MAHAIDIN SELEPAS PRU 14. INILAH SIFAT ORANG POLITIK BUSUK YANG GILA KUASA DAN HABUAN . BUKAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT. ANWAR SEDANG BERUSAHA MEMUKIHKAN EKONOMI NEGARA DAN RAKYAT, MANA KALA MEREKA CUBA MEMUSNAHKAN NEGARA DEMI MEREBUT KUASA. MEMANG PERANGAI YAHUDI.
ReplyDelete