Saturday, May 30, 2026

Korban kita biarlah sempurna

RENUNGAN AIDIADHA

Saya tidak korban tahun ini hanya memerhati dan melihat saja kegiatan atau upacara kebajikan itu. Itu pun lihat dari gambar dan video yang diposkan dalam medsos saja.
Bila usia sudah dihujung tidak larat dan rajin pula untuk saya melaku dan menguruskan korban. Sebelum ini, boleh dikatakan setiap tahun saya akan menguruskan korban dalam meraikan masyarakat Islam yang kurang bernasib baik.
Kali terakhir saya menguruskan korban ialah di perkampungan Melayu Klong Nueng di Bangkok Tahun 2016.
Sejak kewujudan medsos ke belakangan ini, semua upacara dan amalan korban dimuatkan dalam medsos. Saya tidak tahu apakah matlamat dan tujuannya. Mungkin hendak maklumkan yang si anu berkorban di situ dan disini.
Selain itu rasanya tidak kurang juga upacara itu dijadikan konten dalam medsos masing masing. Semacam berebut rebut pula untuk jadikan upacara ibadah korban sebagai konten dalam medsos.
Banyak benar aktiviti korban yang dimuat naikan dalam pelbagai medsos. Dan macam macam cerita dan aksi berlaku disekitar upacara korban itu, ada yang lucu ada yang menggerikan. Ada yang baik, bermanfaat dan ada yang kurang elok juga dipublishkan.
Kita tahu upacara korban sebahagian dari ibadat kita kepada Allah SWT. untuk menyatakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Korban adalah sunnah Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s.
Ia satu upacara atau perintah ibadah yang suci untuk pertingkatkan keimanan dan ketawakaan kita Kepada Rabb. Upacara itu menguji tahap keimanan dan keredahan kita demi Allah.
Tetapi apa yang saya hendak musykilkan sedikit di sini mengenai gambar gambar yang ditularkan mengenai upacara berkenaan, ini yang tidak wajar bagi pandangan saya. Penggunaan medsos secara melulu wajah diperhatikan, agar ibadah kita tidak cacat atau tercela.
Misalnya gambar bagaimana haiwan korban mengamuk terlepas dari ikatan dan sampai ada mencederakan orang. Ada gambar mengejar haiwan korban itu ramai-ramai macam sekumpulan harimau mengajar kancil atau rusa. Yang mengejar pula bersorak macam kaum Asli mengejar buruan mereka.
Saya rasa keadaan itu tidak kondusif apabila dipadankan dengan upacara korban dilakukan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail as. Upacara korban mereka berlangsung dengan penuh tawaduk dan tenang sekali. Nabi Ismail tidak sediktpun resah dan menggeletar dengan apa yang hendak dilakukan oleh ayahnya. Dan si ayah sedikitpun tidak ralat dan terkilan dengan perintah itu.
Gambaran itu menunjukkan upacara korban itu dilakukan dalam situasi yang penuh terhormat, tuma’ninah dan pasrah.
Iya, haiwan korban itu berbeza dengan manusia, ia hanya gantian kepada insan yang tawaduk dan redha. Itulah nilai status dan juga keadilan Allah ke atas makhlukNya. Tetapi sungguh pun begitu, kita kena faham manusia yang hendak melakukan korban, menjadikan haiwan sebagai gantian ada akal fikiran.
Allah berikan manusia akal yang panjang dan lebih cerdik dan mulia dari haiwan. Sepatutnya dengan akal dan status itu dapat dielakkan kejadian kejadian tidak sepatut berlaku ke atas haiwan korban itu, sampai ada yang terpaksa ditembak. Paling parah lagi aksi itu disiarkan pula dalam medsos ditonton jutaan manusia di seluruh dunia.
Menebak haiwan korban yang liar dan dianggap merbahaya, bukan alasan, bukan satu tindakan bijaksana, kerana menjadikan haiwan korban itu tidak afdal lagi sebagai korban kerana ia dizalimi sebelum disembelih.
Diharap kejadian kejadian yang tidak wajar seperti yang berlaku itu tidak akan berulang lagi dimasa depan. Semoga semua orang yang hendak melakukan ibadah korban mempersiapkan bukan sahaja fizikal, tetapi mental juga, agar upacara korban berjalan dengan tertib. Mudah mudahan segala korban dan pengorbanan kita akan diredai Allah SWT. [wm.kl. 10: 57 am 30/05/2026].
See less


No comments:

Post a Comment