Monday, May 18, 2026

Rafizi buka ruang atmosfera politik buat Azmin

SUSUPAN PETANG

LANGKAH Rafizi Ramli sukarela mengosongkan kerusi parlimen Pandan untuk menyatakan sikap gentleman, kemudian akan mengutus surat pemansuhan sebagai anggota PKR kepada Setiausaha Agong untuk meninggalkan PKR esok – peristiwa itu umpama orang mengantuk disorong bantal bagi seseorang.

Kesempatan seperti itu sudah sekian lama ditunggu. Mungkin situasi ini tidak terfikir oleh banyak orang termasuk para pemerhati politik, bahkan bagi setengah orang yang menerima tindakan Rafizi itu sebagai satu langkah berani dianggap bijak, tanpa sedikit pun melihat apakah implikasi, risiko dan percaturan selepas itu. 
Tanpa melihat kesannya ia sesuatu yang silap dalam matemetika politik.

Sebab itu semasa Rafizi mengumumkan tindakan itu, beliau menerima tapok sorak bergemuruh yang hebat. Anak-anak muda yang jadi “die-hard suppoter", terlonjak-lonjak gembira macam rakyat dalam filem Nujum Pak Belalang. 

Mereka gembira kerana sudah letih menunggu pengumuman begitu. Mereka ini menyanjung Rafizi sebagai "Vishnu". 

Siapakah individu yang suka dan seronok dengan keputusan Rafizi itu? Bukan Anwar, bukan Saifuddin Nasution Ismail, jauh sekali bukan Nurul Izzah Anwar. Bagi Anwar, tindakan Rafizi itu seperti pergi rela tanpa izin, ia mengilankan tetapi tidak sampai menyesal.

Kerana sebagai orang tua yang marah kepada anak, Anwar tentu tidak sampai mengharap anaknya minggat dari rumah, apa yang diharap setakat merajuk sahaja, kemudian pulang semula apabila lapar atau haus sesudah hari sudah senja. Saya yakin Anwar tidak mahu kehilangan Rafizi seperti itu.

Manakala, mungkin Nurul Izzah merasai kesan lebih mendalam daripada itu, rasa bersalah kerana beliau sedia memenuhi kehendak bapaknya untuk menentang Rafizi yang juga rakannya dalam pemilihan lalu. Disebabkan kesediaannya akur dengan strategi politik bapaknya itu demi kepuasan bapaknya, menyebabkan Rafizi jadi seperti hari ini. Nurul Izzah sedikit sebanyak rasa bertanggungjawab atas peninggalan Rafizi.

Di sebalik seribu baulan perasaan yang muncul ekoran tindakan Rafizi itu, tidak bagi individu ini, beliau merasa senang dan bertuah dengan langkah Rafizi itu. Kenapa, kerana jika Rafizi diibaratkan berada dalam kesebelasan pasukan bola sepak Anwar, dia tidak lagi jadi penjaga gawang atau pun penyerang utama. 

Gol pasukan Anwar kini kosong, sekaligus kehilangan penyerang handalan disukai ramai. 

Keadaan itulah menggembirakan individu satu ini, kerana ia membuka peluang kepadanya bagi cuba memohon sertai pasukan Anwar, dan dengan kepakaran, pengalaman yang ada beliau boleh jadi pengganti kepada Rafizi yang sudah menamatkan kontrak lebih awal. 

Orang dimaksudkan itu ialah Mohamad Azmin Ali, yang kini merupakan Setiausaha Agung PPBM. Tidak kekok kalau Azmin tiba-tiba atau diharapkan menjadi pengganti Rafizi dalam atmosfera politik negara dari konteks PKR selepas ketiadaan Rafizi. 

Dunia politik juga tidak hairan kalau mereka bertaut kembali saling dokong mendokong kerana keduanya ada "chemestry" tersendiri. 

Kalaupun pun bukan dari salbi PKR, dengan wibawa dan kredibiliti dan track record Azmin sebagai pemimpin politik, beliau layak dimasukkan ke dalam atmosfera politik negara sebagai pengganti Anwar sebagai PM. 

Suka atau tidak bila disenaraikan tokoh-tokoh masa depan negara, nama Azmin tidak ketinggalan.
Kesimpulannya tindakan Rafizi itu suatu mimpi indah buat Azmin kerana ia membuka peluang buatnya kalaupun tidak untuk kembali bersama pasukan Anwar dalam PKR, tetapi menjadi calon PM masa depan selepas Anwar. 

Persaingannya dengan Rafizi yang juga diangan-angankan untuk jadi PM, jadi lebih menarik. Sekurang-kurangnya dengan tindakan Rafizi itu Azmin merasakan Rafizi kembali ke garis nol semula apabila menggerakkan parti baru menyebabkan dia makin jauh dari pita penamat semacam kedudukannya juga kini, ini memberi peluang untuknya sama-sama bermula digaris awal. 

Tentunya Azmi sedang mempersiapkan diri, mencari ruang dan celah bagaimana hendak menyusup atau memposisikan diri berada di belakang bekas bosnya Anwar Ibrahim dan atmosfera politik negara kini. Trims. Foto: Dr Ali Bahardin. [wm.kl. 8:20 pm 18/05/2026]

No comments:

Post a Comment