Wednesday, July 15, 2026

Isu Lantikan Adun Tambahan: UBN tidak hormti PH

BACA POLITIK

Anthony Loke dan Anwar di malam
pengumuman calon PH.
KUBANG politik Pakatan Harapan (PH) sedikit beralun menjelang Pirane Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti apabila DAP Melaka mengumumkan penarikan diri daripada menyokong kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Semua wakil DAP yang memegang jawatan dalam kerajaan, termasuk seorang Exco, dua Timbalan Exco dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), mengumumkan peletakan jawatan mereka serta-merta.

Tindakan DAP itu dibuat kerana tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan tujuh ADUN tambahan, atas alasan ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melihat tindakan DAP itu sebagai sesuatu yang tidak baik dari sudut hubungan dalam kerajaan. Justeru beliau meminta supaya keputusan tersebut ditangguhkan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menegaskan keputusan itu kekal dan DAP tetap menarik diri daripada kerajaan Melaka.

Anwar memahami pendirian DAP, tetapi begitulah pendekatan beliau sebagai seorang pemimpin. Beliau sentiasa mengutamakan rundingan, menghormati semua pihak dan berusaha memahami sesuatu isu sedalam-dalamnya. Apa juga yang berlaku akan cuba diselesaikan sebaik mungkin agar semua pihak memperoleh manfaat.

Sebenarnya, tiada perselisihan dalam PH mengenai pendirian DAP itu kerana parti berkenaan telah pun memaklumkan keputusan mereka lebih awal. Permintaan Anwar supaya ia ditangguhkan hanyalah sebahagian daripada usaha beliau mencari ruang penyelesaian. Jika DAP tetap berkeras dengan pendiriannya, itu adalah hak dan keputusan parti tersebut, maka tidak timbul soal perpecahan dalam PH.

Semua pihak, sama ada DAP mahupun komponen PH yang lain, perlu memahami bahawa usaha meminda Perlembagaan Negeri untuk melantik tujuh ADUN tambahan itu dilaksanakan oleh UBN dengan tujuan dan motif politik tertentu. Pada pandangan saya, UBN sengaja mencetuskan keadaan yang boleh mengundang pergeseran dalam PH sebagai satu strategi politik yang akhirnya memberi kelebihan kepada kelompok mereka menjelang PRN Negeri Sembilan.

Dari sudut yang lain pula, tindakan Ab Rauf meneruskan usul tersebut memperlihatkan bahawa UBN belum benar-benar ikhlas dalam semangat kerjasama dengan PH. Sekiranya semangat saling menghormati itu wujud, usul berkenaan boleh sahaja ditangguhkan bagi mengelakkan ketegangan. Namun kerana pertimbangan politik tertentu, ia tetap diteruskan walaupun menyedari kesannya terhadap hubungan antara kedua-dua pihak.

Justeru, isu di Melaka ini tidak perlu dipanjangkan. Jangan sampai rusa yang ditembak terkena gajah; gajah tidak mati, harimau pula yang mengamuk, sedangkan kancil bersorak. [wm.kl 6 m 47 pm 15/07/2026]


No comments:

Post a Comment