Berita kemasukan semula Kamarudin Jaffar (KJ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan lagi berita yang mengejutkan.
Sebenarnya momen itu sudah dijangka lebih awal. Bagi mereka yang tahu hubungan dan nilai sentimental KJ dengan Anwar Ibrahim, sukar untuk membayangkan dua insan ini benar-benar terpisah. Mereka seperti jasad dan roh.
KJ yang sebelum ini beruzlah seketika daripada Keadilan kerana terpanggil dengan peristiwa Langkah Sheraton, dilaporkan telah diterima semula sebagai ahli PKR.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) meluluskan rayuan KJ bersama dua bekas Ahli Parlimen lain, Edmund Santhara Kumar (Segamat) dan Steven Choong (Tebrau), dalam mesyuarat pada 27 September lalu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) meluluskan rayuan KJ bersama dua bekas Ahli Parlimen lain, Edmund Santhara Kumar (Segamat) dan Steven Choong (Tebrau), dalam mesyuarat pada 27 September lalu.
Kepulangan semula KJ itu umpama sirih pulang ke gagang. Atau bagaikan setinggi-tinggi bangau melangit akhirnya ke ke belakang kebau juga.
Saya lihat tidak ada pengalu-aluan yang begitu meriah terhadap kepulangan KJ ke PKR, kenapa? Adakah masih ada yang tidak berkenan dan marah dengan "apolegetik" mereka itu?
Mungkin masih ada yang marah dan kecewa dengan sikap mereka sebelum ini. KJ dan beberapa yang lain pernah dikelompokkan sebagai antara Ahli Parlimen PKR yang keluar parti dalam peristiwa Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.
Mungkin masih ada yang marah dan kecewa dengan sikap mereka sebelum ini. KJ dan beberapa yang lain pernah dikelompokkan sebagai antara Ahli Parlimen PKR yang keluar parti dalam peristiwa Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.
KJ kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
Ada yang melihat pengungsian itu sebagai langkah mengejar jawatan. Kononnya kerana dahagakan jawatanlah menyebabkan mereka sanggup meninggalkan kawan.
Dengan mengenali hati budi KJ, saya kurang yakin kalau kerana itu.
Bagi yang mengerti dan memahami ilmu sains politik, apa yang dilakukan KJ bersama rakan-rakannya boleh dilihat daripada sudut yang lebih luas. Saya melihat Langkah Sheraton bukan semata-mata sebagai pengkhianatan terhadap kawan, khususnya Anwar Ibrahim, tetapi sebagai satu babak teknikal dalam politik yang penuh dengan percaturan, strategi dan kepentingan bersama.
Yang memahami makrifat politik tindakan KJ itu tidak pelik.
Tak mengapa kalau tidak ada yang mengalu-alukan atau melafazkan syukur atas kepulangan bangau yang pernah terbang jauh di udara dan meninggalkan lamannya seketika kerana terpanggil dengan peristiwa Langkah Sheraton.
Yang penting akhirnya mereka kembali juga ke belakang kerbau. Hubungan batin mereka, khasnya KJ dengan Anwar, tidak pernah putus.
Sebelum memarahkan KJ, cuba kenang pengorbanan dan sejarah perjuangannya bersama Anwar. Baca asal usul perkenalanan dan persahabatan KJ dengan Anwar sejak di MCKK.
Sebagai seorang yang mencatat ekspedisi politik KJ sejak awal, lebih 30 tahun lalu, saya cukup memahami dan mengerti perasaan kedua-duanya.
Pengembalian KJ kepada Keadilan pada saya bukan kerana mengejar apa-apa jawatan. Ia lebih kepada mahu merapatkan kembali hubungan dan menghormati seorang kawan lama yang telah melalui perjalanan politik yang panjang bersamanya.
Justeru, jangan cepat cemburu atau mengatakan KJ kembali kerana mengejar sesuatu lagi. Usianya kini sudah lanjut, berada di penghujung senja politik. Usia mereka juga merapatkan lagi hubungan.
Sekiranya dengan sisa usia yang ada masih ada manfaatnya untuk Keadilan, terima dan sambutlah KJ dan yang lain itu sebagai orang yang pernah memberikan sesuatu kepada parti.
Kalau KJ tidak lagi dapat dipecut untuk memanjat gunung, tetapi cukuplah dia menjadi penghulur galah dari bawah untuk mengait buah di puncak.
Yang penting, reti berterima kasih dan bersyukur.
Seharusnya semua pihak menerima KJ dan yang lain dengan baik. Mereka yang sama DNA sebagai ahli Keadilan, pernah mengeluarkan keringat dan air mata, bercantumlah kembali demi kekuatan Keadilan dan kerajaan.
Saat ini Keadilan lebih memerlukan mereka, ketika parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan dan ketika kestabilan kerajaan perlu diperkukuhkan, kena terima mereka, malahan sesiapa sesiapa sahaja.
Bukan sahaja Tian Chua, KJ, Edmund, Choong, malah kalau Gobala Krishnan, Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali sekalipun ingin rujuk, perlu ada kebijaksanaan dan fatonah untuk mempertimbangkannya. Cerdik dan bijaklah dalam berpolitik. Simpan marah sebaliknya tumpahkan kasih sayang.
Mereka itu semua pernah berada dalam satu rumpun perjuangan dan mempunyai DNA politik yang sama dalam perjuangan reformasi, walaupun perjalanan politik mereka kemudiannya berbeza. Mereka tidak boleh dinafikan orang yang menanam dan membibitkan Keadilan.
Sebagai orang yang menanam dan kini melihat pokok itu sudah rendang, jangan lupakan mereka apabila mereka datang untuk menumpang bayang. Berikan ruang dengan baik kepada mereka. Berikan ketenangan sama buat mereka.
Mereka yang hadir kemudian setelah pokok sudah berbuah jangan "agah" sangat. Sedar diri.
Dan ingat dalam demokrasi, nombor sangat penting. Nilai undi adalah sama antara presiden, ahli biasa ataupun mereka yang pernah dianggap sebagai pengkhianat. Satu undi tetap satu undi.
Faham matematik politik.
Berdamailah dengan diri sendiri. Trims. [wm.kl. 8:34 am 05/10/2026]
No comments:
Post a Comment