Sunday, November 15, 2026

Iktisar Kekalahan PH di Melaka

SUSUPAN PAGI
Keputusan pilihan raya Melaka ke-16 muktamad, BNPN menang, PH kalah. BNPN memperolehi 24 daripada 28 kerusi,manakala PH menang hanya 4 kerusi, semua menerusi DAP.
Lain-lain parti tidak menang walaupun satu kerusi, dan hilang wang pertaruhan.
Kemenangan BN itu merupakan kemenangan hattrick, dan kekalahan trilogi buat PH di Semenjung.
Beberapa pengajaran dan kesan daripada pilihan raya tersebut kepada PH yang membawa kesimpulan berikut.
1. Kerjasama BN dengan PN (Umno-Pas), benar-benar membawa kesan. Ini membuka keyakinan kerjasama lebih meluas ke dalam pilihan raya umum ke-16 kelak. Kerjasama BNPN nanti bakal memberi pukulan berat kepada PH.
2. Perpecahan dalam PKR yang membawa kepada kelahiran parti Bersama, tidak memberi kesan besar. Bersama tidak menjadi faktor kepada kekalahan PH khususnya PKR baik di Melaka maupun di Johor tempoh hari hari. Ini jelas apabila jumlah undi diraih calon-calon Bersama, jauh lebih kecil, tidak sampai 10 peratus undi majoriti diraih oleh calon-calon BNPN.
3. Kerjasama dan persefahaman dengan Bersatu tidak membantu PH, malahan semua calon Bersatu kalah.
4. Politik projek, bantuan, subsidi tidak memberi kesan kepada rakyat. Pengundi tidak teruja untuk menyokong parti kerajaan. Populariti Anwar sebagai PM tidak membantu. Is setakat jadi buih buih di lautan sehaja.
5. Kenaikan gaji dan elaun serta pelbagai kemudahan diberikan kepada kakitangan kerajaan, tentera dan polis, mewujudkan peluang pekerjaan, juga tidak memberi kesan. Undi awal tentera dan polis tidak berpihak kepada parti kerajaan. Pelbagai janji dan harapan untuk generasi Z tidak dipedulikan. Ini bermakna politik membalas budi mengenang jasa tidak berlaku.
6. Tidak ada kebangkitan daripada pihak PH, walaupun sudah tiga kekalahan sebelum ini. Kekalahan itu tidak menginsafkan. Bentuk kempen, kelemahan jantera pilhan raya, isu-isu dimainkan tidak berubah. Anwar tetap jadi enjin lama yang utama dalam kempen, penampilannya tidak lagi mempengaruhi pengundi, khasnya pengundi muda, juga tidak mampu mengubah pegangan pengundi konservatif Umno dan Pas.
7. Kekalahan di Melaka semalam dan kehilangan kerajaan Negeri Sembilan, kegagalan di Johor dan Sabah, perlu ditangung oleh Anwar Ibrahim sebagai pengerusi seratus peratus. Beliau perlu berbuat sesuatu yang signifiken ke arah untuk menghadapi pilihan raya ke-16 nanti, sekiranya beliau berhasrat untuk jadi PM untuk penggal kedua. Beliau perlu ubah sikap egoisme dan diktatorisme.
8. Perkara perlu disegerakan perkemaskan struktur PH menyuntikan semangat kepembangkangan (oposisionalisme) yang wujud sebelum ini ke dalam PH, disamping memperkasa jentera pilihan raya parti disemua peringkat.
9. Semua parti gabungan dalam PH, PKR dan Amanah perlu mengurus dan tadbir perjalanan parti dengan lebih teratur dan kemas, termask menyalin ketua parti yang sudah tepu dan mangli sesuai dengan citarasa kehendak pengundi semasa. Majlis Pakatan Harapan (MPH) juga perlu bersidang mengikut jadual secara berkala.
19. Jangan segan dan malu, bentuk dan jalin kerjasama intim dengan mana-mana parti lain seperti Bersatu, Putra, Bersama dan lain-lain. BNPN perlu dihadapi secara satu lawan satu. [wm.kl. 9:14 am 15/11/2026]


5 comments:

  1. Anuaranis is a victims of the current situation due to the will and behaviour of people who have lost their minds. Juga sihir politics dan sihir rituals memisahkan kepercayan masyarakat kepada kepada sesuatu sesuatu yang tidak percaya selepas covid19 juga virus virus meruntuhkan institution law,judgment and justice...This is the current title?

    ReplyDelete
  2. When Anwar become the leaders of the opposition and today's as heads of government schedule musuh tetap sama fitnah tetap berlaku dan boleh dilihat hari ini..anuar adalah mangsa fitnah anuar adalah mangsa fitnah anuar adalah mangsa fitnah dan keuntungan darinya...it happened at the beginning of civilization and, the and of civilization and the projects ,collapsed adap sopan dan kesusilaan tetap berlaku ..impact on the race and religion does not menusakan nilai kemanusian..

    ReplyDelete
  3. Heii Opportunities come not free, the value of the price is very expensive, but finally disappointing..amat kecewa dan tidak perlaku format reforms yang sepatutnya..rafizi dan pasukanya inipun satu amat mentah dalam menjana strategies seolah akalnya sebesar alam..back to basic kenapa anda sertai pkr dahulu? dan akhirnya anda kalah dan diremehkan dan dan dan aku membayangkan panji keadilan mekar gathering ke timur tengah dan bukan panji yang gelap shyaaah yang dilihat hanya manipulation keadaan dan waktu dan selepas itu menjana ketakutan dan mengolah kesesatan darinya...jadi amat perlu muhasabah diri dan bermulakan sesuatu yang baru..yee byee

    ReplyDelete
  4. Maaf ya Bang. Ingin buat reflection sjikit.
    Pertama Anuaranis mangsa keadaan. Kedua Anwar mangsa fitnah. Ketiga reform tak berlaku walaupun orang sekeliling Anwar kata, semua OK. Keempat, salahkan Rafizi.
    Budak mentah tak tahu politik pada tahun 1998, Memang tepat. setelah 27 tahun (2025 - 1998), baru lah matang sikit.
    Makanya amat perlu muhasabah diri dan mulakan sesuatu yg baru. Tepat, betul dan setuju.

    ReplyDelete
  5. Mula dari yg berkuasa, Siapa yg berkuasa sekarang ini? Anwar.
    Ada dia buat sesuatu setelah terbarai di sabah, johor, NS dan melaka?
    Ada tindakan baru yg dicadang dan dilaksnakan? Tanya Anwar dan penasihat keliling beliau,
    Rafizi tidak ada kuasa, tidak ada penyokong tegar, cuma idea dia, ramai yg hargai. Ramai juga yg skeptik. Boleh buat atau tidak, time will tell. Orang yg tak mahu idea dia, dia pun tak ambil pot. Jadi masing masing ada tugas masing masing,

    ReplyDelete