Saturday, June 9, 2007

Eksklusif

Konspirasi Zainuddin Untuk Melanun di RTM?

MASIH ingatkan kita kepada kisah ular lidi menelan naga yang menjadi gempar tahun lalu, iaitu Rangkaian Nasional (RN) RTM yang telah dikorban dan dilupuskan serta diganti dengan Klasik FM. Banyak tanda tanya dan persoalan di sebalik tindakan itu yang masih belum terungkai tentang kelogikannya.

Mungkin sebelum ini orang tidak faham kenapa Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin beriya mahukan Klasik FM yang hanya berkeudara di Lembah Kelang menyiarkan lagu-lagu tahun 60-an, 70-an dan 80-an dan pantun meluaskan sayapnya ke seluruh negara. Mungkin orang yang tidak tahu dan kenal tahi Zainuddin sebagai manusia baik akan menerima hujah dan alasannya itu.

Langkah itu juga dianggap sebagai pelik dan aneh kerana RN sudah ada yang bergema di seluruh negara sejak 61 tahun yang bertindak menjadi penyalur dan penyampai maklumat Kerajaan kepada rakyat. Bakti rangkaian itu dalam membantu pembangunan negara bukan kecil dan sedikit. (Mungkin kerana Zainuddin asyik mendengar radio Tamel menyebabkan beliau tidak tahu jasa rangkaian itu).

Perubahan polisi dan langkah RTM itu mendapat tentangan hangat di kalangan kakitangan RTM. Bekas pekerja RTM daripada juruteknik sampailah kepada bekas Pengarahnya dan pengasasnya yang mempunyai sentimental value terhadap rangkaian itu sangat kesal atas tindakan Menteri berkenaan.

Tidak kenang jasa orang

Mereka beranggapan Menteri Penerangan itu tidak mengambil kira mengenai sejarah dan tidak menghargai jasa orang yang terdahulu yang banyak berjasa dan berbakti kepada negara menerusi industri penyiaran itu. Pertukaran itu juga dilihat sebagai satu tindakan gopoh Zainuddin yang cuba mencari nama cepat di dalam kementerian berkenaan untuk meletakkan iconnya di situ.

Tindakan dan idea murah itu menggambarkan akan ketandusan dan kedangkalan (carit otak) akal Zainuddin Maidin. Ternyata agenda meremajakan RTM (Klasik FM) itu tidak berhasil bila mana kedudukan (rating) Klasik FM berbanding dengan siaran radio lain jauh ke belakang. Langkah Zainuddin itu seperti tikus membaiki labu.

Bak kata pepatah busung kalau sudah membesar ia akan pecah dan akan mengeluarkan bau busuk! Minggu lepas segala kegemparan perisitwa ganjil; ular lidi menelan naga itu terjawab apabila Zainuddin mengumumkan Bernama akan mengendalikan satu siaran radio baru mulai Ogos hadapan.

Radio baru itu akan menumpukan kepada menyampaikan info kepada pendengar di Lembah Klang. Sekali lagi idea itu dikira primitf dan cuba mengasimilasikan penduduk di luar bandar. Apakah maklumat atau info hanya diperlukan oleh penduduk Lembah Klang saja sedangkan penduduk luar bandar tidak memerlukannya?

Tuduhan tidak profesional

Zainuddin memberi alasan pengenalan rangakaian itu yang akan berfungsi sebagai setesen berita telah menghalalkan tindaknnya itu dengan tuduhan laporan berita di RTM yang disediakan oleh Unit Berita selama ini tidak profesional. Entahlah dari kaca mata apa yang digunakan pakai untuk memperlecehkan Unit Berita RTM sebagai tidak profesional.

Sekali lagi kenyataan itu menyakiti hati kakitangan unit itu dan Zainuddin sedikitpun tidak menghormati profesional orang lain serta tidak tahu mengenang jasa dan sumbangan unit itu kepada pembangunan negara sejak 60 tahun lalu.

Kalau benar unit berita tidak profesional kenapa tidak latih mereka. Gunakan agensi Bernama untuk melatih mereka setinggi yang boleh. Bukankah belanjanya lebih murah dan tidak membazi banyak wang rakyat kalau unit itu dilatih tanpa mengubahkan fungsi dan peranan mereka. Selepas ini ke manakah pula unit berita itu hendak diletakkan kerana tugasnya sudah dirampas oleh radio baru berkenaan.

Segala alasan yang diberikan itu tidak logik dan nampaknya ia sengaja direka-reka bagi menghalalkan sesuatu yang tersirat. Apakah ada motif lain di sebalik pengenalan radio (Bernama) itu?

Frekuensi yang bakal digunakan oleh radio itu kelak ialah frekuensi 93.9 yang pernah digunakan oleh RN. Frekuensi itu kosong - tidak dipakai apabila Klasik FM telah mengambil alih tempatnya. Jadi kekosongan ituah yang dirancang bagaimana untuk dimanfaatkan.

Mungkin juga segala ini sudah dirancang awal-awal lagi dengan tujuan untuk menggunakan frekuensi itu kelak.

Melihat kepada beberapa tindak tanduk dan kegopohan Zainuddin serta cara beliau membuat keputusannya itu menimbulkan beberapa tanda tanya. Perbincangan untuk mewujudkan radio itu secara tertutup hanya dengan pihak Bernama, menjadikan ia makin penuh bertanda tanya.

Pegawai atau eksekutif di RTM tidak pernah dipanggil ataupun diajak berunding. Segala perbincangan dan perundingan hanya dibuat antara beliau dengan Pengurus Besar Bernama, Azman Ujang saja. Semuanya secara tertutup. Para pegawai eksekutif di RTM tidak pernah dipanggil.

Ada pakatan.

Kelakuan ini menjadikan tanda tanya dan timbul tanggapan bahawa semacam ada pakatan untuk menubuhkan radio berkenaan yang dimulakan dengan menggantikan peranan RN itu dengan Klasik FM kerana sesuatu untuk kepentingan diri.

Bukan payah untuk mengetahui ke mana hujung jatuh mengenai projek ini. Apabila radio itu wujud sudah tentu ia akan merupakan radio yang canggih kerana peralatannya moden dan canggih. Khabarnya radio itu akan beroperasi di bangunan Bernama. Ini sudah tentu peralatan moden dan canggih akan digunakan kerana ia beroperasi di tempat baru tentunya memerlukan perkakasan yang serba baru.

Apabila kesemuanya selesai, beres, Zainuddin akan mereka pula sebab dan alasan untuk membolehkan radio itu dijual. Tentulah penjualan itu nanti akan diberi keutamaan kepada para pekerjanya. Dalam hal ini orang macam Pengurus Bernama, Azman Ujang yang terlibat dalam pewujudannya tentulah akan ditawar untuk membelinya.

Kalaulah ini akan berlaku, tidak sukar untuk kita menyelami rahsia disebalik idea Zainuddin Maidin itu. Apabila beliau bersara nanti tentulah beliau akan dilantik menjadi Presiden atau CEO Radio berkenaan ataupun akan ditawarkan saham kepadanya. Jadi mungkin apa yang berlaku selepas ini adalah proxynya.

Keadaan ini tidak aneh dan asing. Ia pernah berlaku dalam beberapa syarikat milik Kerajaan sebelum ini. Beberapa syarikat Perbadanan Kerajaan diubah, dirombak dan disuntik modal atas alasan untuk berdaya maju. Akhirnya apa jadi syarikat berkenaan dijual, kebanyakan pembelinya ialah orang mengemukakan cadangan untuk memajukan syarikat tadi.

Jadi tidak mustahil taktik yang sama digunakan dalam hal ini. Radio Bernama itu diwujudkan sebagai persediaan untuk masa depan Zainuddin Maidin dan orang-orang tertentu.

Adalah elok kalau pihak BPR memantau perkara ini sebelum terlambat. Kita tidak mahu khazanah dan harta negara dan rakyat dilanun begitu saja. Perdana Menteri, Abdullah Ahamd Badawi mungkin tidak boleh diharap untuk menyemak dan memantaunya lagi kerana sekarang ini sibuk dengan agenda untuk memperagakan isteri barunya kepada rakyat di seluruh negara.

Begitu juga dengan timbalan Menteri Penerangan Zahid Hamid tidak boleh melakukan apa-apa kerja tidak memilik apa-apa kuasa!


No comments:

Post a Comment