Tuesday, June 12, 2007

Bapa Lanun Kibar Bendera

Dah kena dah... pencuri menipu penyamun
(Bhg Akhir)

TIDAK sangka banyak orang yang memberi respons kepada tulisan saya mengenai Zainuddin Madin – “Bapa Lanun Kibar Bendera”. Apakah dengan respons itu, (majoriti, turut tumpang semangkuk menghentam beliau) menandakan menteri berkenaan tidak popular dan membawa penyakit kepada kabinet Abdullah Ahmad Badawi dan negara?

Dalam email langsung kepada saya dan (komentar) di bawah tulisan itu yang turut di pastekan ke Malaysia-today ada yang begitu emosi daripada saya bila melihat dan menyebut nama Zainuddin Maidin.

Marahnya mereka seolah mereka tidak mahu saya mencatatkan nama Zainuddin di laman-laman web bekenaan, kerana mengotorkan laman itu. Tidak cukup itu ada yang menelefon terus kepada saya memberi komen tambahan dan ada juga yang tidak setuju dan melanyak saya kerana mengusik Zainuddin.

“Buat apa you usik dia,” begitulah kata seorang pemanggil bergelar Datuk yang mendakwa pernah memberi makan Zainuddin Maidin semasa di London ketika Zainuddin membawa diri ke sana selepas dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan!

Tersintak juga saya dengan panggilan itu. Tetapi apabila beliau menjelaskan kenapa dan maksud larangannya itu saya menjadi lega; “Orang gila macam tu tak payah komen apa-apa biarkan dia terjun dengan labu-labunya,” kata Datuk bertaraf korporat itu. (Sumpah saya tidak tahu kalau Zainuddin tidak siuman!).

Menurut Datuk itu lagi, lebih baik saya menggunakan pena dan kolom dalam Malaysia-today untuk menembak burung yang lebih besar. “Rugilah Sayuti, you tembak orang macam Zam itu,” desahnya tanpa menghuraikan apakah maksudnya. Tetapi Datuk yang satu ini beriya benar mengajak saya menembak burung besar dan bersedia memberi beberapa formula atau teknik dan peluru buat menebak yang betul!

Saya menghormati tawaran itu tetapi sedikit menimbul kemusykilan kenapa tidak mahu masuk rimba dan menembak sendiri!

Jangan bagi publisiti free

Seorang pemanggil lain pula, (sebenarnya seorang kawan lama yang lama tidak menghubungi saya, sebab saya ada belasah dia dalam suatu tulisan dulu), memberi pandangan yang hampir sama. Beliau berharap dan merayu kepada saya agar jangan beri publisiti percuma kepada menteri haprak itu. “Dia tu haprak, you tau tak?

“Takkan you tidak tahu tentang manusia ini, semua orang dah kenal temberang dan egonya yang melebihi Everest itu. Dahlah hentikan saja beri publisiti percuma kepadanya,” ujarnya penuh mengharap. “Apa yang lebih baik, elok you halakan mata pena you kepada Azalina tu, banyak lagi orang nak tahu cerita Azalina beli batu apa di Nepal tu,” katanya.

Saya tidak banyak membalas kata dengan para pemanggil yang memberi respons terhadap tulisan itu. Saya lebih bersikap mendengar dan mengangguk dari jauh sahaja. Tetapi diam-diam saya memahami bahawa Menteri Penerangan ini banyak musuh dan tidak disenangi oleh ahli Umno sendiri. Kenapa?

Saya lantas menoleh ke belakang mencari sebab musabab kenapa orang tidak gemar kepada bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu ini. Antaranya yang dapat dirasakan ialah sikap antinya kepada Islam (pakaian Islam dan Gerakan Islam) yang agak tinggi berbanding dengan pemimpin sekular lainnya.

Sewaktu beliau menguasai Utusan dulu digunakan akhbar itu untuk memperleceh dan mempersendakan syariat agama. Zainuddin telah menjadikan Utusan sebagai medan untuk melemah dan menimbulkkan tanggapan negatif orang ramai kepada Islam. Zainuddin seorang anti kepada syariat dan sunnah Rasulullah menyebabkan orang berpendapat beliau adalah egen Yahudi.

Hidup secara primitif

Saya masih ingat antara orang dan media pertama yang menimbulkan isu Darul Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, ialah akhabr Utusan Melayu. Utusan telah melaporan terdapat satu kumpulan yang meninggal kesenangan dunia dan hidup secara primitf. Kalau tidak silap wartawan yang menulis berita berkenaan Arqam ialah wakil Utusan di Klang yang kini bergelar Datuk.

Tindakan Zainuddin dan Utusan yang ‘attack’ Arqam waktu itu tidak tepat. Arqam waktu itu masih lagi belum menyeleweng dan merupakan jemaah dakwah – yang mengajak dan menyeru orang ramai agar kembali mengamalkan syariat Islam. Apapun tindakan itu dikira mendahului orang lain kerana selepas itu Arqam ternyata sesat barat. Dalam bak ini kita kena tabik (sekerat) kepada Zainuddin Maidin ini.

Tetapi yang terkilannya beliau tidak menggunakan belas ehsannya sebagai orang Islam dalam isu ini. Beliau membawa isu Arqam itu untuk dipalitkan kepada gerakan Islam lain. Sikapnya yang anti kepada Arqam yang mengamalkan budaya tutup aurat (berpurdah) terbawa sampai ke hari ini. Sebenarnya isu purdah dan Arqam dua perkara berbeza tetapi disamakan oleh Zanuddin kerana emosi dan amarahnya.

Kerana kebencian kepada Arqam dan purdah, Zanuddin turut membencikan kepada tudung dan kupiah atau apa-apa juga pakaian tradisi Arab macam juban dan serban. Manifestasi disebalik kebencian itu ialah benci kepada gerakan Islam, kepada syariah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Semasa beliau di Utusan juga beliau pernah mengarahkan para wartawannya yang membuat interviu dilarang menemu-ramah dan mengambil gambar mereka yang tutup aurat atau pakai kupiah. Di sinilah Zanuddin membawa sentimen peribadinya untuk membenci Islam. Sejak itu gambar-gambar di Utusan semuanya mereka yang tidak bertudung atau bersongkok sahaja.

Tetapi arus dan fesyen itu tidak mampu dibendung oleh Zainuddin. Tuntutan semasa dan trend terkini menyebabkan Utusan tidak ada pilihan lain melainkan turut akses arus dan menyiarkan juga orang-orang yang pakai purdah atau pun menutup aurat di dalam akhabrnya sebagai sumber berita.

Namun bagi Zainuddin, beliau tetap degil dengan pendiriannya. Bila beliau menjadi Timbalan Menteri Penerangan kemudian menteri, beliau teruskan sikap anti kepada tudung dan Islamya itu. Pembaca berita di TV1 yang berhasrat untuk pakai tudung dinasihatkan agar berhenti ataupun diberi tugas lain dan dihalang muncul di skrin tv.

Kumpulan nasyid seperti Raihan,Rabbani, Hijaz dan sebagainya yang sebelum ini mengenakan pakaian ala-ala kupiah dan menunjukkan imej budaya Arab (Islam) dilarang muncul di RTM. Mereka dikehendaki menukar aksesosi itu kalau mahu muncul di RTM. Begitulah benci dan menyampahnya Zanuddin kepada penampilan imej Islam di televisyen milik partinya itu.

Sejarah tersendiri

Sebenarnya kebencian dan kemarahan Zainuddin kepada tudung ini ada sejarahnya tersendiri (chemistry). Ia berlaku dalam hidup dan keluarganya. Seorang anak perempuannya yang menuntut di London dikatakan menerima dan mengamalkan feseyen bertudung, menutup aurat. Kejadian inilah menyebabkan Zainuddin terasa tercabar dan terus berdendam untuk melawannya.

Beliau yang mahu menjadi Kamal Alttartuk kedua di negara ini ingin menghalang umat Islam dari negara ini terus dalam keadaan primitif – menutup aurat seperti mana fahamannya itu. Tetapi apabila beliau dilawan oleh anaknya sendiri dan beliau kalah inilah menyebabkan beliau berang dan menjadi beruang.

Beliau beranggapan perubahan sikap dan watak anaknya yang belajar di London itu disebabkan oleh pengaruh gerakan Islam seperti Abim, Arqam dan Pas. Itulah sebabnya beliau menjadi berdendam dengan gerakan Islam itu kerana ianya berjaya melindungi anaknya dari dosa!

Dan kepada penulis sendiri (semasa di kedai Durba Taman Melawati) beliau pernah menyebut betapa bencinya beliau kepada Pas atau gerakan Islam yang disifat primitif dan otordoks itu. Menurutnya Islam seperti inilah yang merosakakn akiqah dan kemajuan Islam. Demikianlah beku dan jumudnya pemikiran Zainuddin Maidin.

Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar.

Sebenarnya secara peribadi saya tidak peduli kepada pegangan dan keyakinan beliau itu. Aliran dan mazhab Zainuddin itu dia punya fasal. Itu adalah hak mutlaknya yang mungkin terkecuali daripada tanggungjawab orang lain sebagai sesama Islam. Tetapi apa yang menjadikan saya naik syeikh menulis mengenainya ialah kerana sikap ego dan sikap cerdik tidak boleh tumpang dan bodoh tidak boleh ajarnya yang diamalkan olehnya itu.

Bagaimana pun saya kena mengakui di dalam menyentuh Zainuddin ini saya tersilap. Saya ingat dia seorang yang ego saja, tetapi rupanya dia juga seorang yang kurang cerdik. Ingatkan kita mahu menumpang intelektual yang dimilikinya, namun rupa-rupa sangkaan saya itu meleset.

Saya kira dia cerdik dan bijak, kerana tidak mempunyai jawatan dalam Umno pun dilantik menjadi menteri kerana ingin pakai kebolehannya. Rupa-ruapanya ia tidak betul. Perlantikan Zainuddin mengganti Kadir itu bukan kerana dia seorang inteletk tetapi kerana yang melantiknya juga tidak berapa cerdik.

Bak kata Tan Sri P Ramlee, dah kena dah, pencuri menipu penyamun!

Akhirnya usaha untuk mengubah dan menyedarkan Zainuddin daripada persepktif silap mengenai Islam serta membuang ego dan sikap muka tebalnya itu sesutau kerja yang sia-sia saja. Ia tidak akan terlaksana seperti mana Allah menyebutkan hal ini terhadap orang yang kafir di dalam surah Al-Baqarah, ayat 10, yang bermaksud; Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereks seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”

No comments:

Post a Comment