Mungkin Siasatan Ke Atas Mahathir Dibatalkan!
SAYA memahami kenyataan Mohd Najib Razak menerusi berita tv sekejap tadi, beliau menjelaskan siasatan ke atas enam orang individu yang dibabitkan dengan video VK Lingam tidak menjurus kepada pendakwaan. Benarkan begitu?
Kalau begitu ini bermakna siasatan itu tidak memberi apa-apa faedah pun dan tidak lebih daripada gimik saja!
Kata Najib siasatan itu berhubung dengan salah laku penyiaran media yang menyiarkan laporan Suruhanjaya Di raja mengenai video Lingam itu mendahului Kabinet dan tidak mengarahkan kepada pendakwaan keenam orang individu berkenaan. Nampaknya kenyataan Najib menyembunyikan motif lain di sebalik penjelasan itu.
Apa yang dapat difahami bahawa siasatan ke atas enam individu itu termasuk Mahathir Mohamad tidak sampai kepada pendakwaan. Apa guna siasatan dijalankan kalau tidak untuk didakwa? Membuang masa dan menyusahkan polis saja.
Ada semacam percanggahan dan berlaku miss communication di sini antara Najib dengan Abdullah Badawi. Abdullah semalam bersetuju mereka disiasat di bawa beberapa akta seperti Kanun Keseksaa, Rasuah, OSA, Hasutan dan sebagainya.
Apakah kenyataan Najib itu kerana sudah dapat mengesan 'ugutan' Mahathir semalam yang memberi ingatan kalau nak siasat dan dakwa jangan pula diakhirnya tidak ada apa-apa pendakwaan?
Kata-kata Mahathir itu mempunyai motif yang cukup dalam dan mungkin dimengerti dan difahami oleh Najib. Mungkin Najib dapat menghidu apa yang akan didedahkan Mahathir jika bekas PM itu di bawa ke Mahkamah? Khabarnya Mahathir akan mendedahkan atau mengambil peluang pendakwaannya di Mahkamah nanti satu dokumen penting negara yang selama ini menjadi rahsia.
Atau Najib telah dihubungi Mahadir hari ini agar arahan menyiasat dan hendak dakwa beliau (Mahathir) itu dihentikan.
Kalau beliau diheret ke mahkamah sudah pasti rahsia yang bakal memalukan banyak pihak termasuk Raja-Raja Melayu itu akan terbongkar. Apakah semasa pertemuan Mahathir dengan Najib dua tiga hari lepas Mahathir sudah memberi amaran kepada Najib mengenai hal itu?
Saya difahamkan Mahathir ada menyimpan sepucuk surat yang ditandatangai oleh seorang Raja Melayu yang ada kaitan dengan perlantikan Hakim. Apakah surat itu yang bakal dijadikan senjata oleh Mahathir untuk mempertahankan dirinya?
Menarik. Sama-sama kita tunggu apakah rancangan untuk menyiasat enam individu itu akan dijalankan ataupun ia terhenti setakat malam ini saja. Kalau ia berhenti di sini maka sekali algi kerajaan Abdullah dan Najib terus kecut perut dengan ugutan Mahathir yang geliga dan licit itu? [wm.kl 9:15 pm 18/05/08] .
Kenapa Najib boleh kata begitu apa kuasa dia nak kata begitu...
ReplyDeletekenyataan najib ni seperti dia hendak melindungi pihak-pihak tertentu dalam kes ini.
sepatutnya peguam negara buat dakwaan dulu kalau terbukti ada kes polis hendaklah siasat dan bawa ke makamah hanya makamah lah yang boleh buktikan mereka bersalah atau tidak.
kenapa awal-awal sudah buat kenyataan begini apa motif najib...?
macam ni kah cara kerajaan hendak mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman malaysia...?
Bila Najib berkata sedemikian, itu adalah langkah awal untuk menyimpang. Apatah lagi ianya berlaku setelah perjumpaan Najib dengan Tun Mahathir baru-baru ini.
ReplyDeleteApabila Najib menyimpang, tekanan adalah ke atas Abdullah. Kini Abdullah perlu bersedia bergerak tanpa Timbalan seperti dulu.
Suara Najib adalah lakaran awal kepada "show down" Disember nanti, atau ia berlaku lebih awal lagi.