Sunday, June 29, 2008

Sabda Ahad - Berita Panas

Anwar Difitnah Round Kedua?

PAGI ini Kuala Lumpur diliputi mendung. Wajah dan iklim alam hitam dan dingin. Hujan juga turun rintik-rintik seakan air mata anak dara menangis kerana merintih mengenai nasib malangnya dicabuli kekasih.

Saya sendiri juga rasa malas untuk bangun dan menulis apa-apa dalam blog. Namun kerana kewajiban dan hidup perlu berjuang saya paksakan juga diri untuk membuka blog dan menghantar mesej ini kepada penjenguk sekalian.

Sejak jam 2:00 pagi tadi saya tidak habis-habis menerima sms dan panggilan telefon. Semua mengenai berita yang menggemparkan hari ini, seperti mana yang terpampang di akhbar. Bukan soal Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy tidak mahu bertanding mengekalkan jawatan masing-masing selaku presiden dan timbalan presiden, tetapi kerana laporan polis ke atas Anwar Ibrahim kononnya bekas TPM itu melakukan lewat sekali lagi.

Kali ini giliran salah seorang pegawainya bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan pula mengakui diliwati Anwar di sebuah kondominium. Menurut laporan polis kali terakhir beliau dilewat Anwar ialah pada 26 Jun lalu.


Kenyataan akhbar Anwar Ibrahim

29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA


Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas
yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita
menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah
telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM


Tentu berita berkenaan menggemparkan! Anwar pagi tadi juga telah membuat penafian dan menyebut laporan itu adalah untuk memburukkan kerier politiknya.

Malam tadi saya tidak melayani berpuluh panggilan dan sms yang masuk ke telefon saya. Tidak tahu kenapa. Hati kecil saya merasakan apa yang berlaku itu sama seperti yang berlaku tahun 1998 dulu. Nampaknya skrip lama dibuka kembali untuk dipentaskan dengan menggunakan watak-watak baru kecuali heronya sahaj sama Anwar Ibrahim.

Sejejar itu juga sms memberi tahu Anwar akan ditangkap malam tadi. Pihak PKR sendiri yang menyebarkannya. Ahli PKR dikehendaki berhimpun di sebuah hotel di Shah Alam kerana Anwar berada di situ. Tujuannya mungkin untuk melindungi Anwar!

Tidak logik! Kalau berdasarkan laporan Saiful itu polis ingin menahan Anwar, ia tidak menusabah. Polis tentu ada strategi dan tektik lain untuk berbuat demikian kalau ia pun laporan itu benar. Masakan dalam jam sama juga sebelum siasatan sepenuhnya atas laproan Saiful polis sudah mahu bertindak.

Jadi kerana suasana itu saya tidak layan dan merasakan hebahan menerusi sms itu hanya untuk menambah gemparkan lagi keadaan.

Jadi saya tidur dalam keadaan lena tidak lena.

Pagi ini tidak ada apa maklum terbaru mengenainya kecuali laporan akhbar. Sms dari kekawan juga masuk dan bertanya, namun saya tidak membalasnya kerana berita dan kedudukan sebenarnya belum pasti.

Setakat jam 9:30 ini kita hanya perlu menerima apa yang dilaporkan oleh akhbar. Jangan percaya apa-apa berita liar dan tidak bertanggungjawab.

Semua pihak juga diharap bertenang dan tidak membuat berbagai spekulasi yang memburukkan lagi keadaan semua pihak. Kita tengok permainan seterusnya. Sekiranya skrip yang dipentas tahun 1998 dimainkan sekali lagi ini bermakna ada orang yang merasa gerun dan takut dengan kehebatan politik dan networking Anwar Ibrahim.

Apa yang dapat dibuat rumusan awal mengenai laporan itu mungkin kerana pegawai Anwar itu ada masalah dengan Anwar. Mungkin juga beliau adalah talibarut kepada musuh-musuh Anwar Ibrahim. Namun saya mengira ia lebih kepada masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari.

Kemungkinan beliau menjadi mangsa seperti mana Sukama, Azizan Abu Bakar atau Munawar juga tidak boleh dinafikan. Dan kalau plot itu digunakan ini bermakna satu lagi konspirasi untuk memburutkan reputasi Anwar disaat beliau hendak dinobatkan sebagai PM.

Sebenarnya banyak spekulasi dan andaian yang boleh dipandankan dengan apa yang berlaku itu. Namun kerana kita menunggu maklumat selanjutnya usahlah kita bermain dengan segala spekulasi itu. Kita tunggu sehingga lewat petang di mana Anwar dijangka akan membuat kenyataan akhbar meganya menjelaskan perkembangan terbaru itu. [wm.kl 9:30 am 30/06/08]

4 comments:

  1. Sambungan drama swasta episod ke 2 setelah aekian lama ditunggu oleh peminatnya. Juga kemunculan pelakun2 baru sesuai dengan watak dan skrip ceritanya. Cuma sutradaranya saya belum kenal lagi. Mungkin arahan melalui 'kuasa angin' dari mantan PM kepada kpd N...b.

    ReplyDelete
  2. Good. Ulasan yang cukup kemas dan mantap..

    Seorang Penulis yang hebat.

    ReplyDelete
  3. Saya teringin sangat nak dengar comment dari siEzam keatas laporan nakal terhadap DSAI ini.. tentu dia berbangga sakan dapat bekerjasama reform ngan orang yang ada kuasa kan....

    ReplyDelete
  4. Nampaknya BN dak tak ada idea lain untuk mengekang pengaruh Anuar selain dari dok buat fitnah ni...
    nampak nya satu usaha untuk mengagalkan Anuar ke Putrajaya bulan 9 ni....

    ReplyDelete