Ada Usaha Pujuk Hadi Ganti Nik Aziz
APA masalah yang sedang menghimpit Tokguruku Nik Aziz kini. Apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Mursyidul Am Pas?
Persoalan ini timbul apabila ada usaha di kalangan pemimpin tertinggi Pas akan memujuk Abdul Hadi Awang supaya memegang jawatan berkenaan. Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung Pas bersama Majlis Syura Ulama kelmarin.
Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan. Nik Abdul Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetengah pihak apabila beliau juga tidak bersetuju Pas berunding dengan Umno untuk tubuh kerajaan bersama.
Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu diadakan berunding bagi membentuk kerajaan, kalau tidak jumpa terus lagi bagus!
Keadaan ini menimbulkan sedikit tanya tanya. Sekiranya dalam mesyuarat kelamrin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak setuju kemudian setuju berunding dengan Umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan. Kerana dengan adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan!
Bagaimana pun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari bilik mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini. Apakah tindakan itu setelah timbul ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan?
Untuk tujuan membujuk Abdul Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi Pas yang menetang keras ura-ura Pas hendak bermuqabalah dengan Umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abdul Hadi. Abdul Hadi kini sudah pun berada di Jakarta.
Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimana pun pada hemat saya, tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu. Beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan berkenaan.
Cadangan itu bukan kerana Nik Aziz sudah letih atas jemu tetapi ia lebih kepada strategi. Apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abdul Hadi turun dari kerusinya itu. Mungkin mereka mengira dengan adanya Abdul Hadi di situ yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah Islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti menurut acuan sekular mereka.
Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abdul Hadi pegang jawatan Mursyidul Am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 Ogos hadapan. Pujukan itu adalah paksaan secara halus! Mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telahpun merestuinya.
Kenapa dikatakan begitu kerana kalau benar Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din, timbalan Mursyidul Am Pas? Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan! [wm.kl 12:00 t/hari 01/08/08]
Sdra penulis cukup lah membuat andaian yang boleh memecahbelahkan perpaduan PAS dan PR. saya bimbang sdra ini sebenarnya "musuh dalaman yang ingin menghancurkan PR" dan sdra juga tidak berani menyiarkan komen komen sebegini.
ReplyDeleteMohon menerbitkan artikel ini semula di http://videoreformasi.blogspot.com beserta sumber artikel ni. Timer kaseh.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan MSO,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan tuan MSO,
saya juga turut memuatkan komen yang sama di dalam blog milik saya
http://www.suaragenerasimuda.com
Assalamu alaikum..
ReplyDeletePada pandangan saya TG Nik Aziz, Dr Haron Din & TG Hadi Awang masih relevan utk memegang jawatan yang masih disandang mereka. Mereka ni dah la berilmu, ditambah pula masih beramal dgn ilmunya. Sapa la kita ni yang ada sikit ilmu agama dan terlalu kurang dgn amalannya... kalau nak tegakkan Islam, mestilah org2 sebegini memegang tampuk pimpinan. Kalau hanya pandai berapi-api bercakap tetapi isinya kosong dan pengamalan pun ala kadar ajer yakni cuma buat yg wajib tetapi perkara2 sunat kurang buat, cammaner nak memimpin, memandu & mentarbiyyah ahli2 jamaah? Fikir2kan...
Salam,
ReplyDeleteArtikel yang menarik. Apakah kesahihan berita ini? Jika boleh diulas tentang sumber berita ini, boleh meyakinkan para pembaca yang lain. Walaubagaimanapun saya, mendapat ada sedikit kebenaran pada berita ini dengan kejadian persanggahan pendapat antara Hadi Awang vs Nik Aziz berhubung pertemuan diantara UMNO dengan PAS. Mohon ingin menerbitkan artikel ini di blog saya http://wacanapascapru12.blogspot.com/