Kendangkalan Otak Politik Pemimpin Umno
MANUSIA politik kadang-kadang menjadi tidak siuman dan kadang-kadang menjadi buta mati dan buta perut. Apabila Dr Wan Azizah Ismail (foto) berkorban untuk suaminya, Anwar Ibrahim dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh berbagai tafsir dan ulasan dilemparkan. Semua ulasan itu menggambarkan kecetakan daya politik mereka.
Nak tak tahu sejauh mana cerdik atau bodohnya makhluk politik Umno ini bacalah akhbar penjilat buntut mereka keluaran hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah Anwar untuk bertanding di
Permatang Pauh ialah kerana takut kalah dan tidak yakin menang kalau bertanding di kawasan lain. Kata menantu Perdana Menteri itu isu-isu di sekliling Awnar kini menyebabkan bekas TPM itu gentar.
Kata bos Khairy pula, Hishamuddin Hussein tindakan Anwar itu satu helah untuk mengalihkan perhatian tetang dakwaan liwat yang dilemparkan ke atasnya. Hishamuddin juga mempersoalkan pengumuman itu lebih awal daripada tarikh 16 September di mana tarikh untuk menumbangkang kerajaan BN.
Kata Cina bernama Liow Tiong Lai Ketua Pemuda MCA, tindakan Wan Azizah itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada pengundinya dan menjadikan jawatan ahli Parlimen sebagai hak milik keluarga.
Manakala juara baru Umno, Ezam Mohd Noor pula menjual diri beliau bersedia bertempur dengan Anwar dan akan berada di barisan hadapan bagi menentang Anwar dalam pilihan kelak meskipun beliau tidak menjadi calon BN.
Kecuali ulasan Dr Mahathir Mohamad dan Syed Hamid Albar kesemua ulasan itu menandakan kerendahan akal fikir politik mereka dan menunjukkan betapa dangkalnya nilai siasah para pelaung tetuang itu.
Kepada Khairy mengapa beliau jadi begitu bodoh mempersoalkan bila Anwar memilih Permatang Pauh. Sesiapa pun akan mencari kawasan selamat dan adalah bodoh kalau sengaja menghulurkan tenguk untuk di sembelih. Orang yang bodoh itu semakin bodoh kalau dia tidak tahu menjaga dan mengawal kebodohannya.
Kenapa Khairy semasa bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini tidak mencari kerusi di Sabah dan Sarawak? Bukankah Khairy seorang yang hebat beliau boleh bertanding di mana saja termasuk Brunei dan Singapura!
Kepada Hishamuddin alsan yang anda berikan dangkal dan remeh. Apakah apabila Anwar mengumumkan untuk bertanding ia boleh mengalihkan hasrat dan niat pihak tertentu untuk menyusahkan Anwar dengan tuduhan itu? Samada ada pilihan raya ada atau tidak, konspirasi untuk menjatuhkan imej dan maruah Anwar tetap akan dilakukan. Jadi soal tindakan bertanding tidak timbul untuk mengalihkan pandangan terhadap isu yang berlaku di sekitar bakal Perdana Menteri itu.
Kepada Cina bernama Liow Tiong Lai jangan membuat ulasan double standard. Apakah penyerahan kuasa jawatan perdana menteri menerusi pelan peralihan kuasa antara Abdullah Badawi dan Najib Razak itu tidak boleh dianggap jawatan itu seolah milik peribadi dan harta mak bapak Abdullah dan Najib?
Kalau hanya berani menunding jari kepada Anwar dan Azizah tetapi pengecut dan dayus untuk mengkritik perdana menteri lebih baik jangan cakap. Orang seperti ini makin banyak cakap akan menggambarkan makin besar kebodohan dan kebandutannya. Sebagai ahli politik kalau berani mengusik kancil mestilah juga berani mengusik gajah.
Kepada Dr Mahathir dan Syed Hamid teruskan melontarkan kewarasan ulasan anda. Benar kata mereka berdua tidak ada hadiah paling mahal daripada seorang isteri yang disukai suami apabila isteri sanggup berkorban segala-galanya untuk suami. Kata Mahathir kalau Siti Hasmah duduk ditempat Azizah isterinya juga akan melakukan demikian. Manakala kata Syed Hamid tindakan Azizah itu sebagai pengorbanan dan simbol kasih sayang seorang isteri. Walaupun kata-kata itu masih sinikal namun ia lebih lunak daripada kata para pelaung di atas.
Dari saya tahniah dan syabas kepada Wan Azizah. Andalah isteri mithali yang patut diteladan dan dijadikan rule model oleh kaum hawa negara ini. [wm.kl 9:45 am 01/08/08]
apa yang kj,hishamudin dan Liow Tiong Lai tu semua "political statement".biasa la tu.Anwar pon apa kurangnya.mula-mula kata nak bertanding di Kulim kemudian ambil keputusan bertanding Permatang Pauh kerana mungkin dia nampak harapan untuk menang lebih tinggi disitu.
ReplyDeleteini semua cara ahli politik untuk berpolitik.psikologi dalam berpolitik.
tapi tidak dinafikan Wan Azizah adalah seorang isteri yang baik.
"Kata Cina bernama Ketua Pemuda MCA,"
adakah ayat tersebut menggambarkan penulis artikel di atas mempunyai sifat rasis?apa salahnya di letak "kata Ketua Pemuda MCA bernama Liow Tiong Lai" tanpa ada "cina" di dalam ayat.
salam mso..
ReplyDeletesaya tertarik dgn tulisan saudara kali ini..memang kadang2 susah jadi pembangkang di msia nie..lebih2 lagi peminpin2 umno yg kurang cerdik menjadi menteri.. kalau anwar bertanding tempak lain,, mereka kata PKR jadi parti suami, isteri. dan anak.. dah anwar pilih permatang pauh..persoalkan lak menipu pengundi..aduh... bagi saya mereka yg mengundi wan azizah adalah utk menyokong anwar.. itu lumrah.. mengundi wan azizah seperti mengundi anwar juga... jadi apabila anwar di bennarkan bertanding.. memang patut anwar mengambil kembali pematang pauh...
salam perjuangan...
salam reformasi..
lawan tetap lawan..
angahsp..