Macam-macam yang murai dengar mengenai 16 September. Tarikh ini benar-benar menjadikan orang politik yang tidak nyenyak nak tidur. Ada yang termimpi-mimpi menyebut sesuatu sambil tangan terguai gai berdekatan pipi dan telinga! Di mana-mana saja murai dengar kicauan mengenai tarikh berkenaan.
Dalam banyak-banyak kicauan itu ada yang bertanya jadi ke tak jadi? Ataupun ia hanya gimik dan temberang saja. Murai juga dihalakan pertanyaan mengenai itu dan sempat juga berdebat dengan beberapa orang kawan dari jenis burung pipit uban yang begitu percaya kepada angan-angan itu.
Kawan murai ini beriya benar menyakini bahawa 16 September ini akan berlaku sesuatu yang mencatat sejarah baru, iaini pertukaran kerajaan menerusi proses lompat katak lompat! Katanya sudah lebih 40 orang ahli Parlimen BN yang bersedia untuk lompat parti bersama PR.
Kalau menurut versi kawan murai si burung pipit uban ini cukup senang untuk berlaku pertukaran kerajaan. Bila sudah ada lebih 112 orang ahli Parlimen yang tidak mahukan kepada burung belatuk sekarang ini, maka jatuhlah ia. Katanya Yang di-Pertuan Agong akan lantik orang baru tanpa diadakan undi tidak percaya di Parlimen.
Senang bunyinya proses itu macam orang Umno nak lantik ketua mereka saja. Murai tetap tidak yakin dengan cara itu. Yang di-Pertua Agong memang ada hak melantik tetapi harus diingat baginda bertindak atas nasihat. Dalam hal ini siapakah yang akan menasihati baginda, tentulah Parlimen bila PM yang ada sekarang sudah tidak dipercayai lagi.
Maknanya perlantikan PM baru itu mesti dibuat menerusi Parlimen. Ini bermakna Parlimen harus mengadakan sidang untuk menerima undi tidak percaya kepada PM si burung belatuk itu sebelum PM baru mengangkat sumpah.
Murai: Pasang angan-angan nak kahwin satu lagi 16 September nanti.
No comments:
Post a Comment