Blog Merah Tinta Dijenguk Oleh Sejuta Penjenguk!
EMPAT hari lalu 'kiraan imbas' penjenguk blog ini mencecah 1 juta orang. Sesuatu yang membanggakan saya kerana blog ini terus mendapat perhatian daripada penjenguk. Dan untuk saat ini penjenguk berjumlah 1,o12, 366.
Tidak ada apa yang boleh saya katakan melainkan mengucapkan terima kasih kepada para penjenguk sekalian. Sudah pasti sekiranya tidak ada sokongan daripada anda budiman blog ini tidak sampai ke tahap ini.
Terima kasih kasih khusus kepada penjenguk setia yang tidak pernah jemu memberi pandangan, nasihat dan teguran terhadap sesuatu apa yang diinsertkan ke dalam blog ini.
Saya mengharap semoga sumbangan anda budiman itu berterusan dan didoakan kita semua sihat dan selamat. Sumbangan kita menerusi blog ini hendaknya bermanfaat dan membawa faedah kepada pembangunan agama, bangsa dan tanahair yang kita cintai ini.
Sempena dengan penjenguknya mencecah 1 juta mashead blog ini juga diubah ke arah lebih dinamik lagi. Wassalam dan salam: MSO.
Tahniah diucapkan...
ReplyDeleteKalau dah ada buku baru..kabor2 le!
Tuan MSO,
ReplyDeleteBlog tuan semamangnya santai dan ringan untuk memudahkan pembaca mencerna apa yang tuan tuliskan.
Tuan juga konsisten dalam penulisan dan berpengalaman dalam susur galur politik tanahair. Maka sudah barang tentu, kami pembaca yang naif mengharap blog tuan untuk memahami sesuatu isu atau paling tidak memahami komentar peribadi tuan.
Tahniah atas pengunjung blog tuan yang melebihi angka 1 juta!
Sekian, semoga tuan akan bersemangat untuk terus mengemaskinikan blog tuan ini.
Terima kasih.
salam. tahniah lah tuan, dapat hits yg banyak. saya minat ulasan dan komen tuan yg straight forward, tak hipokrit.Tok guru pun tuan pernah komen, komen membina. Tahniah.
ReplyDeletehj sham
Assalamualaikum Tahniah! Tuan haji kerana berjaya mencecah pengunjung yang ke sejuta.Blog tuan haji berjaya meredakan ketegangan politik yang banyak fitnah
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMSO,
Saya antara pembaca setia blog anda. Bagi saya blog ini memberikan perspektif politik dari sudut yang berbeza daripada apa yang disediakan sekarang, samada dari pihak BN atau PR.
Cuma satu teguran saya, diharapkan dapat dibaiki kesalahan ejaan yang terdapat dalam blog anda. Walaupun kecil, tapi mengganggu mood pelawat yang sedang bersemangat nak baca tulisan anda.
Teruskan blog anda, MSO. Moga moga Allah merahmati anda sekeluarga.
Skuad Peninjau
Tahniah dan salam ramadhan kareen sdr mso.
ReplyDeletewarta & berita2 dari blog anda adalah garapan dari wartawan yg cukup beretika dan jujur.
ulasan2 pula tidak extreme atau berpihak kecuali mengarah kebenaran. syabas dan pastikan sumbangan jasa kita mengarah pahala dan menghindar dosa.
Allah taala tahu apa yang kita kerjakan, malah nawaitu kita.
akhirulkalam, semoga kita mendapat rahmat Allah.
Tahniah Saudara Mso,
ReplyDeleteSaya adalah salah seorang penjenguk setia, semasa pilihan raya saya mesti menjenguk tiga kali sehari dan hari hari biasa cuma sekali sehari sebab berita dari Mso adalah berita yang boleh dipercayai.
Tahniah di atas kejayaan anda mencapai sambutan yang amat menggalakkan itu.
ReplyDeleteAnda telah berjaya menjana minda khalayak pembaca ke arah mencapai minda dunia pertama melalui laporan yang berkualiti. JIka berbanding dgn sumber senget sebelah, mereka tak mampu menjana minda rakyat.Syabas, anda buktikannya. Drpd: Lee
salam..
ReplyDeletetahniah tuan haji..
sy suka akan penulisan tun disamping tuan haji rajin mgupdate berita terkini..blog tuan haji mjadi salah satu rutin harian yg akan sy buka slalu dismping harakahdaily,malaysiakini, dll lgk..
tahniah n terima kasih byk2..
kami smua sntiasa mndoakn kesihatan tuan..amin insyaallah
Assalamualaikum Saudara MSO
ReplyDeleteSaya rasa pendapat saudara adalah jujur dan berani tanpa berselindung menerangkan pendapat anda mengenai penduduk berbangsa Cina, India dsb di Malaysia.
Saya juga merasakan ia bukan satu kenyataan yang berbau rasis. Boleh juga saudara jelaskan kenapa ia bukan rasis, sekiranya pendapat saudara juga begitu, buat modal minda ramai umat Melayu akhir-akhir ini yang dihentak akhir-akhir ini perasaan bersalah kerana dituduh rasis oleh media-media alternatif di luar sana.
Tahniah,
ReplyDeletewalau ada artikel ustaz yg adakalanya tidak 'berkenan' dihati saya utk membacanya dan ada komen saya yg ustaz tak 'lepaskan' blog ini tetap menjadi hit utama saya tiap pagi dan petang.
Terus dan kekalkan apa yg dirasa ianya molek bagi ustaz. Menulislah ikut cetusan hati sendiri bukan melalui nafsu nafsi yg tersembunyi.
blog ini adalah blog yang saya TAK suka kerana terlalu tajam menghunuskan pedang, malah lebih tajam kerana ia terus menikam minda dan hati.
ReplyDeleteOleh kerana tak suka, maka saya menjadi terlalu kritikal terhadap setiap bahan-bahan yang dipaparkan dan menjadi bahan 'balah' dengan sumber lain yang amat pedas.
Tetapi lama-lama, rasa pedas itu sudah rasa macam 'solok lada', kelainan yang hidangkan bukan lagi nasi biasa, tetapi nasik kerabu yang bercampur-campur dengan ulam dan tumis yang manis. Satu hidangan yang sihat bagi orang kelantan...Satu kritikan yang sihat bagi politik malaysia termasuklah untuk kerajaan Kelantan.
Maka bagi orang kelantan, makan nasik kerabu tiap-tiap hari bukan luar-biasa bila ada daging bakar atau ayam bakar yang bercicah budu. Maka untuk meninjau perkembangan politik tanahair setiap hari bukan perkara yang luarbiasa lagi dari blog ini lebih-lebih lagi ada isu-isu yang panas dan memerlukan pandangan alternatif dari mso.
sebagai pengunjung blog ini, dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya mendoakan agar mso lebih gigih dan bersemangat untuk menyediakan yang terbaik buat semua. Saya juga ada satu doa khusus, iaitu semoga Allah taala menjernihkan kembali persahabatan mso dengan si baju petak merah. Semoga Allah swt. menempatkan anda berdua sebelah-menyebelah di syurga. Amin ya Rabba al-'alamin.