Wednesday, September 3, 2008

Selepas Sahur

Umno Ternyata Semakin Naif!

SATU segi kesediaan Umno memohon maaf kepada masyarakat Cina atas keterlanjuran pemimpinnya sesuatu yang baik dan terpuji. Langkah mengaku kesilapan dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku adalah langkah terpuji. Sikap begitu juga dianggap sebagai jantan (gentelman) dan dianjurkan oleh Islam.

Bagaimana pun bukan bermakna semua sikap bertanggungjawab seperti itu perlu dan dilihat sebagai baik dan sesuai. Adakalanya bersikap demikian bukan kerana ketinggian akal budi pemimpin berkenaan tetapi ia dibuat kerana mereka dalam keadaan terdesak dan tertekan. Ada juga kadang kala kerendahan diri disebabkan kerana penakut! Hanya mereka yang lemah saja mudah mengaku salah kepada sesuatu keadaan yang belum tentu siapa salah siapa benar demi menyelamatkan diri mereka.

Begitu juga dalam hal ini, tindakan Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Razak memohon maaf kepada masyarakat Cina secara terbuka yang kurang senang dengan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail tempoh hari itu dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan tertekan serta tidak penting berbuat demikian. Apakah wajarnya bagi seorang tokoh Umno seperti Najib untuk memohon maaf?

Rasanya kesalahan atau keterlanjuran yang dilakukan oleh Ahmad itu bukan satu dosa besar sehingga sebuah parti yang dianggap bermaruah memperjuangkan Melayu memohon maaf begitu. Kalau pun benar Ahmad membuat kenyataan bermaksud menghina begitu, sepatutnya bukan sebuah parti yang menghulurkan permohonan maaf. Cukuplah individu yang nakal itu saja memohon maaf kepada masyarakat Cina.

Agak janggal dan pelik sedikit dengan apa yang berlaku itu. Menurut Najib kenyataan yang menyinggung masyarakat Cina itu dibuat oleh Ahmad atas sifatnya secara peribadi bukan menggambarkan kenyataan daripada Umno seluruhnya. Nah... kalau begitu kenapa pula Najib susah payah menjadi hamba untuk memohon maaf (apologetik) kepada masyarakat Cina? Sepatutnya Najib arahkan Ahmad saja memohon maaf dan tidak sampai melibatkan Umno!

Tidak cukup dengan perbutan Najib yang dilihat seolah-olah gentelman tetapi lemah itu, Ahmad pula akan dikenakan tindakan. Apakah permohonan maaf itu bukan merupakan satu hukuman kepada Ahmad dan Umno atas sikap yang dianggap melampau itu? Dalam konteks apa yang berlaku tindakan Umno benar-benar mencabar maruahnya sendiri.

Pada hemat saya dari segi sejarah kenyataan Ahmad itu tidak ada cacat celahnya. Menurut sejarah kenegaraan ini masyarakat Cina, India, Feringgi dan lain-lain adalah pendatang ke negara ini. Semua orang yang celik sejarah tahu akan susur galur bagaimana mulanya mereka datang bermukim seterusnya mengumpul kekayaan di negara ini.

Masyarakat itu bukan penghuni asli dan mereka adalah pendatang, yang dibawa oleh penjajah untuk dijadikan boroh ataupun datang sendiri kerana ingin mencari makan. Dalam konteks itu masyarakat berkenaan adalah pendatang dan menumpang di negara ini. Dasar Jusoli memberi kesempatan kepada mereka untuk menjadi rakyat negara ini.

Status mereka itu berubah selepas mereka diterima menjadi warganegara ini. Bagaimanapun dari segi tawarikh dan keaslian mereka ia tidak boleh dipadam mereka adalah sebagai penumpang. Tidak ada salahnya kalau Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera memberi tafsiran demikian kerana ia adalah fakta sahih dari lipatan sejarah mengenai mereka.

Apakah bercakap benar terhadap sesuatu yang benar dianggap bersalah ataupun merupakan hasutan?

Saya rasa baik Najib atau Abdullah Ahmad Badawi memahami hakikat ini. Namun kerana kedudukan Umno yang lemah, tertekan menyebabkan mereka jadi kabur mengenai realiti ini dan lebih merelakan memukul anak sendiri kerana ingin menjaga hati jiran.Tidak ada gunanya kalau menjadi baik tetapi hipokrit?

Perlu diingatkan pemohonan maaf seperti mana disebut Najib itu adalah kali kedua dalam tempoh terdekat ini selepas adik sepupunya yang juga Ketua Pemuda Umno, Hishmuddin Hussein memohon maaf atas keterlanjurannya bermain dengan keris telanjang tidak lama dulu. Apakah tugas dan kewajiban kedua anak bekas Perana Menteri itu ialah memohon maaf kepada masyarakat Cina di negara ini?

Dalam musim hari ini pemimpin Umno hendaklah berhati-hati dan menjaga lidah dan tangan jangan sesekali bermain dengan peralatan tradisi Melayu seperti keris atau lembing ataupun bercakap mentafsirkan sejarah kalau tidak mahu kena potong tangan dan dikerat lidah oleh parti mereka bernama Umno.

Apapkah pengertian yang boleh diambil dari apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Umno itu (desakan dan tekanan) ialah bernatijah kerana parti tertua orang Melayu itu sedang diancam kepupusan semangat dan berada dalam tahap jiwa paling lemah kini. Kelemahan dan kepupusan semangat ini salahnya bukan orang lain melainkan pemimpin tertinggi mereka disaat ini, iaitu Mohd Najib Razak dan Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru kalau begitu sudah sampai masanya Umno menyalinkan kedua pemimpin mereka itu dengan watak-watak dan sosok yang berani, bersih dan tidak mudah akur kepada tekanan dan asakan serta berani pula berlawan mempertahankan maruah dan martabat bangsanya! [wm.kl 5:30 am 03/09/08]

4 comments:

  1. Sepatutnya Ahmad Ismail yang meminta maaf bukan TPM. Ini adalah kerana yang terlanjur ialah Ahmad seorang, bukannya sebuah parti. Seperti dalam kenyataan di atas, adalah bagus jika kita meminta maaf jika melakukan kesalahan tapi yang menjadi persoalan, bukan TPM yang meminta maaf!

    ReplyDelete
  2. Perjungan perkauman melalui kaedah 'divide and rule' sudah tidak relevan lagi.

    UMNO hanya begitu lantang memperjungkan ketuanan melayu bila tiba musim pilihanraya di kawasan majoriti melayu.

    Pada waktu yang lain pula, umno akan memperkatakan persoalan perpaduan, kongsi raya, ikatan istimewa BN dan sebagainya.

    Kaedah hipokrit ini sudah tidak berguna kerana rakyat sudah berpelajaran dan menuntut keadilan yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. Akum MSO

    saya amat bersetuju dengan tulisan saudara, kedua2 PM dan TPM adalah dayus dan permohonan maaf tidak seharusnya berlaku.

    INDIA dan CINA dah beberapa kali mempersoalkan tentang orang melayu tapi kita tak pernah mendesak untuk permohonan maaf.

    bagi saya ini adalah sikap orang terdesak untuk meraih sokongan maka sanggup buat apa saja. Sebenarnya rakyat benci UMNO kerana sikap pemimpin la.

    ReplyDelete
  4. Salam MSO,

    Tahniah diatas ulasan yg berani tersebut dan tahniah juga kerana blog saudara telah mencecah lebih daripada sejuta pelawat sekarang.

    Apa yg menarik perhatian saya ialah, bahawa ulasan saudara mengenai permohonan maaf oleh TPM tersebut lebih mendahului ulasan yang ditulis oleh TDM dalam blog beliau. TDM menulis mengenai isu tersebut pada September 4 jam 5.50pm untuk versi Bahasa Melayu dan diikuti pada September 5, 2008 6:32pm untuk versi Bahasa Inggeris..Sedangkan saudara dengan nada yg hampir sama dgn TDM telah menulis mengenai isu tersebut pada 3 September jam 5.27am!

    Bukan calang-calang orang untuk mendahului pemikiran TDM dalam sesuatu isu..Tahniah sekali lagi dan keep up the good work!

    ReplyDelete