Syabas Khairy Jamaluddin
PETANG tadi sambil baring atas katil Murai mengikuti sidang Parlimen yang sedang membahaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) pindaan 2008. Sempatlah Murai mengikuti perbahasan beberapa orang ahli Parlimen.
Dunia kini cukup canggih.. sidang Parlimen boleh diikuti sambil tidur dan di mana-mana saja. Inilah kecanggihan IT yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Makanya sesiapa yang mengabaikan IT akan ketinggalan dan mundur seperti saleitia di bawah tempurung.
Perbahasan itu disiarkan menerusi web tvpas.com. Banyak faedah dan gunanya siaran tv ini membei laporan penuh kepada peminat Parlimen. Webtv ini lebih baik dan bebas daripada RTM yang menyiarkan persidangan berkenaan. RTM hanya siar 20 minit sahaja sebalik web tv ini menyiarkan dari mula sidang jam 10:00 pagi hinggalah sidang ditangguhkan pada setiap hari.
Terima kasih Murai ucapkan kepada webtvPas dan pengendalinya yang rajin atas inisiatif menyediakan siaran langsung ini. Semoga pihak ahli Parlimen Pas akan menambah elaun mereka.
Perbahasan mengenai Auku memang dijangka hangat. Akta ini sama hebat dan sama popular dengan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau ISA dianggap musuh kepada rakyat Malaysia yang rindukan kebebasan, Auku pula dianggap rantai besi kepada mahasiswa dan kakitangan akademik.
Sudah berdekad akta ini dibahas dan diperkatakan. Sudah beribu protes dan demonstrasi dilakukan untuk menghapuskan akta ini. Sudah berbelas menteri dan timbalan menteri Pendidikan atau Pelajaran bertukar ganti, namun ia tidak memberi apa-apa hasil. (Terima kasihlah kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Khalid Nordin kerana peka dan berani membuat pindaan). Kerajaan tetap mempertahankan akta ini sebagai relevan atas maslahat kebaikan seperti mana ISA. Bagaimana pun mereka yang terhalang dan terkena merasakan ia zalim dan tidak adil. Menganggap akta berkenaan mengongkong, memandul, memondan dan berbagai me... lagi terhadap mahasiswa dan tenaga akademik.
Antara beberapa ahli Parlimen yang membahaskan pindaan Auku ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Ada sesuatu yang menarik dan menyerlahkan realiti sebenarnya tentang politik dan perjuangan Khairy di sini. Ternyata menantu PM ini lain daripada ahli BN yang lain dan mempunyai pandangan politik yang bebas dan bersikap gentleman. Beliau benar-benar rasional, berani dan sedia bertanggunjawab.
Tidak salah kalau Murai katakan, inilah watak, peribadi, bakat dan minda (cara berfikir) yang diperlukan oleh Pemuda Umno untuk memimpin sayap kanan parti itu.
Betapa tidak, tadi Khairy memberi pandangan yang akademi dan berbahas secara profesional berhubung dunia pendidikan. Khairy mempunyai pandangan jauh dan tidak terikat dengan tradisi dan pemikiran sesetengah pemimpin partinya yang kolot dan primitif. Beliau juga mempunyai maklumat terhadap apa yang beliau ingin perkatakan.
Dan paling mengejutkan Murai ialah apabila beliau menyatakan persetujuannya kalau mahasiswa dibebaskan dari ikatan Auku itu. Dalam erti kata lain beliau mahu mahasiswa berkecimpungan dalam politik dan berikan ruang sepenuhnya untuk mahasiswa terlibat dalam politik. Mahasiswa katanya tidak perlu disekat dengan akta itu. Realiti hari ini bahawa politik berlaku dalam kampus walaupun ada Auku.
Katanya kerajaan tidak perlu takut kepada penglibatan mahasiswa dalam politik. Hadapilah secara profesional dan secara terbuka. Alasannya mahasiswa sudah matang dan dapat berfikir dan menilai baik buruk dan tidak wajar ianya disekat. Beliau sendiri sanggup turun padang bagi menghadapi fenomena itu. BN tidak perlu bimbang katanya.
Jarang ahli BN yang berfikir dan bersikap terbuka macam Khairy. Pendebat lain dari BN masing-masing beselidung disebalik bayangan ketakutan yang dangkal dalam mempertahankan akta berkenaan agar ianya dikekalkan dengan pindaan yang dianggap lebih ketat itu. Kebanyakan mereka juga berdebat untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi yang berlagak sokong membawa rebah.
Syabas Murai ucapkan kepada Khary atas keterbukaan dan rasional beliau dalam melihat isu yang membelit mahasiswa itu. Seharusnya wakil rakyat BN yang sudah tua, 'mamba' dan kehabisan idea patut belajar dan berkursus pencambahan minda dengan menantu PM ini.
Melihat kehabatan itu maka wajarlah kalau Mahathir takut dan bimbang kepada Khairy kerana penampilannya boleh menenggelamkan kehadiran anaknya Mukhriz Mahathir. Sekali lagi syabas untuk Khairy.
Murai: Mengikat diri dengan hukum hakam.
Mahathir memang takut anaknya dicabar dan tercabar dengan Khairy Jamaluddin. Sebab itulah sekarang ni Mahathir cuba bantu anaknya untuk jadi Ketua Pemuda. Mahathir cuba tunjuk hebat, berceramah sampai ke luar negeri kononnya beliaulah yang paling hebat di Malaysia ni...
ReplyDeletesetuju, tu pasal lah mahathir bermati-matian menyerang khairy
ReplyDeletesaya sebagai mahasiswa berterima kasih kerana khairy sanggup menerima realiti dalam hal ini.dalam blog pak habib juga ada diselitkan kenyataan khairy sewaktu persidangan di luar negara dimana khairy mengatakan mahasiswa malaysia penakut.nampaknya merit khairy dalam hal AUKU ni melonjak naik dan kepada rakyat malaysia umumnya,janganlah memandang seseorang hanya dari satu sudut sahaja.khairy punyai kelebihan dan kelemahan juga.
ReplyDelete