Perak Jangan Jadi Macam Palestin dan Israel
JIKA hendak dikira negeri Peraklah sepatutnya negeri termaju di negara ini. Negeri Peraklah sepatutnya mempunyai kestabilan politik yang paling stabil sekali bebanding dengan negeri-negeri lain. Kenapa saya berkata begitu kerana negeri Peraklah mempunyai dua menteri besar, Nizar Jamaludin dan Zambry Abdul kadir.
Negeri Perak juga mempunyai 14 orang Exco, lapan dari kerajaan Nizar Jamaluddin dan enam dari kerajaan Zambry Abdul Kadir. Perak juga diperintah oleh dua buah kerajaan! Mereka nampaknya saling memerintah negeri Perak. Nizar memerintah selama hampir setahun sebelum diperintah oleh Zambry. Selepas kira-kira lebih tiga bulan Zambry memerintah, ia diperintah pula oleh Nizar.
Dan selepas hampir sekerat hari Nizar memerintah, (bermula pagi tadi dan berakhir jam 2:30 petang) ianya akan diperintah oleh Zambry pula esok. Kan gilir mengilir itu bagus.
Mengenangkan ini saya teringat kepada dialog di dalam filem Madu Tiga oleh Rohani (Sarimah) isteri ketiga Jamil (P Ramlee). Katanya; esok abang balik ke rumah kak Tipah, lusa ke rumah kak Hasnah dan esok rumah Ani. Begitulah bergilir-gilir sehingga abang mampus!
Tetapi tidak mungkin giliran yang dibuat oleh Ani atau Sarimah itu akan berlaku demikian di Perak. Kerana jarak penggilirannya akan ditentukan oleh mahkamah. Sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan yang akan ditetapkan nanti akan berpihak kepada Nizar, ini bermakna Nizar akan menjadi menteri besar pula, dan Zambry kena keluar.
Keputusan Mahkamah Rayuan nanti adalah jalan terakhir. Selepas ini Zambry tidak akan dapat berbuat apa-apa atau menggunakan saluran mahkamah lagi.Tetapi tidak tahulah kalau pertelingkahan ini akan di bawa ICJ – Mahkamah Keadilan Dunia pula?
Namun Zambry atau UBN masih ada satu lagi mekanisme. Mereka boleh adakan sidang DUN dan adakan usul undi tidak percaya kepada Nizar. Untuk mengadakan sidang UBN tidak ada masalah kerana mereka juga ada speaker sendiri, Ganesan.
Jika ini diadakan usul akan diluluskan kerana UBN mempunyai majoriti. Bila Nizar jatuh maka sekali lagi Zambry akan kembali memerintah.
Apakah mungkin akan berlaku demikian? Kita serahkan kepada kebijaksanaan orang-orang Perak. Para pemimpin politik di negeri Perak bersama sultan mereka.
Cuma apa yang saya nak sebutkan di sini, janganlah kemelut dan krisis politik tempoyak itu berpanjangan dan menjadi timbul tenggelam. Kenapa saya kata begitu kerana bimbang bila kuat sangat berbalah lama kelamaan orang naik mual dan meluat. Orang tidak akan suka kepada Perak lagi.
Kalau terlalu mengada-ngada lama kelamaan orang akan melupai Perak dan mengira politik Perak sudah sah sebagai tidak siuman. Jadi jangan panjang rekod dan sejarah memalukan Perak ini di hari-hari akan datang.
Lihat kepada apa yang berlaku kepada Palestin dan Israel. Mereka bergaduh sejak lebih setengah abad lalu. Sebaik saya tahu mendengar radio dan mendengar berita saya diasak dengan perkataan Israel dan Palestin. Di asak dengan berita perbalahan dan pembunuhan antara kedua pihak.
Jangan peduli peperangan itu atas dasar apa? Tetapi itulah yang berlaku di Semenanjung Gaza itu. Peperangan dan krisisnya tidak akan habis-habis hingga ke hari ini. Kerugian kedua pihak usah dikira lagi, beratus billion. Demikian juga dengan Perak apakah dalam keadaan politik tidak stabil, kerajaan bertukar ganti pelabor akan masuk ke Perak?
Jadi untuk kesekian kalinya saya sepakat dengan pandangan lain supaya isu dan perbalahan di Perak diselesaikan segera. Dalam hal ini kalau Istana tidak dapat memanggill kedua-duanya duduk sekali, saya rasa elok kalau Mahkamah Rayuan mempercepatkan persidangan dan jangan lengahkan. Bila cepat keputusan dibuat maka cepatlah pengakhiran yang diharapkan tadi akan muncul.
Apa yang berlaku di Perak ini juga menjadikan anak-anak sekolah keliru bila bercakap mengenai sejarah Perak di masa depan. Tentu generasi akan datang juga bingung kenapa negeri Perak bertukar kerajaan dalam tempoh yang singkat dan menteri besarnya seakan-akan jadi pengamal poligami, bergilir-gilir masuk ke bilik MB. [wm.kl.7:00 pm 12/05/09]
Memang confuse jadinya. Kejap nizar, kejap zambry, pastu nizar lagi.
ReplyDeleteKita yg pening kepala dibuatnya. Macam kes budak2 jadinya.
Bagi seorang lelaki apabila terdengar cakap cakap pasal poligami pasti akan terbuka mata luas luas,mata mengantuk jadi segar, inilah tarikan magnet naluri yang lahir sejak azali fitrah kejadian semula jadi manusia yang berkehendakkan akan pasangan lebih daripada satu.
ReplyDeleteCerita dari orang tua saya lebih kurang bunyinya lebih kurang begini :terdapat dua orang perempuan berpoligami (berkongsi suami),terdapat kelebihan diceritakan olih sisuami akan kehebatan isteri pertamanya apabila dia berada dirumah isteri muda dan diberitakan juga akan perkara perkara yang baik baik belaka akan isteri mudanya apabila berada dirumah isteri tuanya,ini menimbulkan timbul perasan cemburu diantara satu sama lain,tetapi yang positifnya masing masing ingin menunjukkan "service" terbaik kepada sisuami termasuklah masak memasak makanan yang sedap sedap semata mata untuk menarik hati bagi menarik perhatian sisuaminya tadi.
Kesimpulannya:jika dikaji yang bertuah badan ialah sisuami dan jika dalam kontek dua kerajaan yang bersaing sudah tentu rakyatlah yang mendapat untung kerana kedua kerajaan tadi pasti akan memberi khidmat terbaik kepada rakyat kerana kehendak rakyat akan diutamakan sebagaimana kedua isteri tadi bersaing untuk memikat suaminya.
Jika dipandang secara global khususnya diantara Hamas dan Fatah diPelestine adalah hampir sama dengan apa yang berlaku diPerak, cuma bezanya fokus mereka lebih kepada hak siapa patut berkuasa dan tidak melihat siapa musuh mereka (Israel). Makanya yang dijadikan mangsa siapa? jadi fikir betul betul....!
politik di perak dah macam politik main-main bola. tendang sana tendang sini tapi tak gol-gol jugak! nak kena tunggu penalti jugak baru boleh tahu sapa menang sapa kalah. yang masalahnya pengadil yang mengadili semua ni masih tak tiup-tiup wisel penamat sampai dah minit-minit akhir ni. tak perasan masa dah tamat ke atau belum terima isyarat daripada pengadil di luar, tak sapa pasti tapi yang pastinya penonton dan penyokong kedua-dua pasukan dah muak dan jelek tunggu nak tamat separuh masa kedua dan nak tengok tendangan penalti pulak. kesudahannya tak pasti team mana yang menang lagi sampai la ni...
ReplyDeleteIni satu kerugian buat semua, tidak kira mereka sokong siapa....
ReplyDeleteeven mahkamah dah putuskan yang Nizar adalah MB sah.. skg ni dah ada penangguhan plak.. pada saya.. lebih elok dibubarkan sahaja DUN .. buat undian percaya/xpercaya. baru tahu siapa yang akan menjadi MB ...
ReplyDeletemasalah yg berlaku jikalau zambry memanggil DUN bersidang utk membuat usul tidak percaya terhadap nizar seolah-olah menunjukkan bahawa dia mengiktiraf bahawa nizar adalah MB selama ini. oleh yg demikian zambry mungkin berharap supaya mahkamah rayuan kelak membuat keputusan pengishtiharan yg menyebelahi dirinya. sementara itu, dia boleh menikmati kerusi MB sementara perintah pergantungan masih berkuatkuasa. dan percayalah, mahkamah rayuan akan mengambil masa utk bersidang, tidak seperti apa yg berlaku semalam..
ReplyDeleteGua dah tak percaya kp sistem kita...memang korup...
ReplyDeleteTerasa lambatnya PRU13 ni...
NEvada.. tu play safe namanya.. kikiki! :P
ReplyDeletealamaks.. SPR lak kena balun .. :)
Ader benarnyer kater2 poksu..
ReplyDeleteterutamanyer di PERENGGAN TERAKHIR..