Tuesday, May 12, 2009

Politik Perak Belum Siuman?

Apakah Esok Berlaku Perebutan di SUK?

KEBENARAN Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengesahkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah menjadikan politik Perak yang sejak semalam agak kebah kini bakal kembali tidak siuman semula.

Dengan penangguhan yang dibuat oleh Hakim Ramly Mohd Ali ini bermakna Nizar dan Exconya tidak mempunyai hak untuk memasuki pejabat menteri besar dan bangunan SUK hari ini. Rayuan bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat oleh bekas Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir.

Sehubungan penangguhan itu juga tindakan dan keputusan dibuat Nizar bersama Exco semalam yang menggantungkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang juga tidak sah?

Dengan penangguhan itu Zambry dan Exconya sudah tentu akan meminta Nizar dan Exconya mengosongkan semula pejabat berkenaan yang baru dimasukkan Nizar dan exconya pagi tadi.

Jelas dengan perkembangan demi perkembangan ini politik Perak terus demam dan semakin tidak siuman lagi.

Janganlah esok akan berlaku perebutan di pintu masuk pejabat SUK. Pasukan polis perlu ditambah dan membuat kawalan ketat bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Dari segi semangat meskipun keputusan semalam ditangguhkan namun hakikatnya dengan keputusan semalam meletakkan Nizar adalah menteri besar yang sah selagi tidak ada keputusan lain selepas ini. Satu pertanyaan untuk Sultan Perak, apakah baginda tidak terbuka hati untuk memanggil kedua pihak bagi memberi nasihat agar menyelesaikan kemelut itu dengan cara terbaik?

Pandangan dilontarkan Muhyiddin Yaasin agar dicari pendekatan menyelesaikan kemelut politik itu diberi perhatian oleh semua pihak. Apakah dalam soal ini tidak ada formula bagi UBN dan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan politik di Perak itu? Apakah kedua pihak terus mahu berlagak macam "meow "dan "hukk hukkkk?"

Apa yang boleh dilakukan oleh Sultan Perak sekiranya enggan mahu merestui pembubaran DUN seperti mana diminta Nizar ialah memanggil kedua kumpulan itu. Formula yang boleh dilakukan ialah melantik Nizar sebagai MB dan wujudkan jawatan timbalan menteri besar untuk Zambry Abdul Kadir. Manakala kedua-dua Exco kanan dari DAP boleh dikekalkan pada jawatan itu.

Mungkin formula ini tidak kekal tetapi sekadar menanti DUN Perak dibubarkan saja samada sebelum tamat tempoh penggal ke 12 ini ataupun dalam masa terdekat. Saya percaya kalau Sultan Perak berkenan memanggil kedua-duanya, semua pihak akan akur dan tunduk. Cubalah formula ini. [wm.k. 2:30 pm 12/05/09]

6 comments:

  1. Saya teringat ketika PAS/S46 mula mengambil alih semula kerajaan Kelantan pada tahun 90. Masalah SUK juga menjadi duri dalam daging dengan kerajaan negeri melantik orang lain manakala SPA/JPA mengiktiraf orang lain.

    Tapi saya lupa bagaimana kes itu akhirnya diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. ingat kerajaan pasir dua butir dan memerlukan konsultan doreme,dengan pertolongan teropong ajaib dapatlah kerajaan tersebut dikembalikan,maka cerita pun tamat setelah juak doreme bertiga terlopong berputih mata kerana kompunan kepada siputeri raja.

    hari ini sambungan cerita tersebut berlaku pula dinegeri demokrasi bawah pokok kemudian akan dituntut untuk mendapat hak kuasa mutlak dibalai rong seri...apa akan terjadi untuk episod seterusnya kita tunggu dan lihat...sambil sambil itu berserah dan berdoalah kita semua !

    ReplyDelete
  3. salam pak sayuti..

    saya ditanya oleh orangmuda umno apa yang patut umno lakukan untuk krisis di perak...pada pandangan pak sayuti sekiranya jadi umno apa yang patut pemimpin nya lakukan..samada bubar dun atau bertahan..daripada apa yang diberitakan tindakan mahkamah terima rayuan adalah langkah sementara untuk umno membuat keputusan..

    saya berikan pandangan sebagai orang muda atas pagar, umno patut bubar dun.. sekiranya tidak dibubarkan rakyat bukan sahaja terus membenci umno sebaliknya termasuk ngan sultan sekali..sekiranya dun dibubarkan at least orang masih respek pada sultan, jadi taklah kebencian bersarang dalam dada rakayat terhadap umno dan sultan.. apa yang dilakukan oleh umno yang mengheret sultan akan memudahkan lagi serangan oleh dap untuk mengahpuskan kuasa sultan dan menjadikan negara ini sebuah republik.. apa pandangan tuan..

    ReplyDelete
  4. Salam Pak MSO

    Setelah apa yg berlaku hari ini menjadikan ramai orang kelihatan tidak siuman kembali. Daripada pemerhatian saya dari semalam Nizar telah melakuan sedikit kesilapan kerana mengikut rentak BN berpolitik.
    Se eloknye selepas dpt pengesahan dari mahkamah tinggi pihak PR perlu berbincang dgn rakan dlm parti bagaimana untuk memantapkan stratigi parti. Mungkian ada perkara yg pihak PR terlepas pandang. akibat kegopohan nizar membuat bnyk pemecatan meyebabkn PR terlupa bahawa masih ada paluang utk BN membuat rayuan ke mahkamah rayuan, tanpa memikirkan keputusan rayuan itu samada memihak kepada BN atau PR. Sebetulnya pihak PR harus bersabar dahulu sementara menunggu selesai semua keputusan mahkamah. Setelah selesai baru lah pihak PR blh membuat sebarang tindakan. Berfikir lah sebelum bertindak.Apabila membuat tinjauan di blog2 pro BN ramai yg mentertawa dan mempersendakn Nizar.Ambil lah iktibar dari peristiwa ini.

    salam

    ReplyDelete
  5. Salam MSO,

    kerajaan PR dan UBN ibarat minyak dan air.jika MSO mendapat formula untuk mencampuradukan air dan minyak secara kimia maka beritahu saya secepat mungkin.formula yang MSO usulkan dilihat baik namun tiada makna perjuangan kedua pihak yang berebut kuasa sebelum ini jika ia dipraktikkan...perangai kedua pihak umum sudah mengetahuinya tidak mungkin bersatu.Pas dan Umno mungkin ia.bagaimana DAP?

    ReplyDelete
  6. yb nizar tak salah dalam kes ni. saya rasa saudara ulatdankulat tak kena kalau nak salahkan yb nizar. saya rasa dengan mengengkang anasir-anasir yang merbahaya dalam kerajaan adalah astu cara mantapkan kerajaan dan parti. lagipun mana sempat dalam masa 18 jam nak buat itu ini dan yang saya nampak tak kena disini adalah peranan mahkamah rayuan yang boleh menangguhkan dan meluluskan rayuan yb zambry tanpa memberi masa untuk masalah yang terdahulu lega dahulu. saya rasa dalam kes2 lain yang melibatkan mahkamah rayuan banyak kes2 yang tertangguh dan bertimbun belum diselesaikan tapi berlainan dalam rayuan yb zambry yang segera sungguh macam kilatan di langit...

    ReplyDelete