Monday, May 11, 2009

Ulasan Politik Perak

Inilah Masanya Untuk Bubar DUN

MAKLUMAT terkini, Nizar Jamaluddin akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Paduka Sultan Raja Azlan Shah (foto) untuk memohon agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Kini Nizar dikatakan akan meminta untuk menghadap dalam waktu seberapa segera yang dapat.

Langkah Nizar itu berikut keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi yang mengisytiharkan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Pengisytiharan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Rahim.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar.

Sehubungan itu Nizar dikatakan telah meminta Zambry dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.
Sebenarnya, Nizar tidak payah meminta Zambry letak jawatan sebab pengisytiharan mahkamah itu secara automatik kedudukan Zambry sebagai MB dan kesemua Exconya gugur.
Sekiranya Zambry dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Zambry dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Persoalannya kini, apakah Sultan Perak sedia menerima Nizar menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak? Sebelum ini pun sudah dua kali Nizar minta untuk menghadap tetapi tidak boleh.

Apakah dengan keputusan Mahkamah Tinggi tadi ia akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Nizar dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Menteri Besar yang sah itu?
Atas kapasitinya sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Raja Azlan tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Nizar!

Sekiranya Nizar dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan rasanya adalah baik kalau Raja Azlan bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian. Pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Walaupun UBN masih ada peluang untuk menyingkirkan Nizar menerusi undi tidak percaya di DUN Perak, kerana mereka mempunyai kelebihan tiga undi namun kejayaan itu kelak tidak akan menyelesaikan masalah. Berbagai kesalahan teknikal akan dilakukan untuk terus menggugat kestabilan kerajaan UBN.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.

Sekiranya selepas diadakan pilihan raya ini masih ada pihak yang berdegil dan tidak berpuas hati maka saat itulah pihak berkenaan boleh dianggap tidak bertamadun dan mereka menggunakan nafsu bukannya akal dalam berpolitik.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya. [wm.kl. 6:30 pm 11/05/09]

6 comments:

  1. Mari lah kita bersama-sama berdoa agar Allah membukakan pintu hati Tuanku Sultan untuk perkenan pembubaran DUN Perak. Tuanku sultan juga manusia biasa yg mempunyai hati dan emosi. Kalau terasa diri ada membuat kesilapan sesama manusia mohonlah kemaafan. Buangkan segala sifat riak, ego & merasakn diri lebih baik dari org lain..segala yg baik dtg dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan manusia itu sendiri.

    Apa jua keputusan tuanku sultan..diharap kedua-dua belah pihak dapat menerima dgn hati terbuka.

    ReplyDelete
  2. Kalau DS Nizar diiktiraf sebagai Menteri Besar yang sah, maka sidang DUN dibawah pokok juga sah. Ini bermakna segala usul yang diluluskan dibawah pokok juga sah. Usul tersebut juga termasuk Pembubaran DUN

    ReplyDelete
  3. Salam. Sdr MSO, kalau mengikut YB Khalil Idham Lim, juak2 UMNO disekeliling Tuanku Sultan yang punya angkara membuatkan PR sukar nak mengadap. Kita berdoalah semoga dgn perkenannya Raja Nazrin utk DS Nizar mengadap 8.30pg esok akan boleh disampaikan kepada Tuanku.

    ReplyDelete
  4. PAS jgn seronok sangat nak bubar DUN. Belum tentu terjamin Nizar akan jadi MB selepas PRK. Andaian dari posting BELACAKBAROH mungkin ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  5. PR bukan bergantung pada Nizar je InsyAllah lepas ni banyak lagi bakal MB seperti Tuan haji Zainuddin Yusof Exco Agama , bekas PTD yg pernah jadi pengarah bberapa Jabatan

    ReplyDelete
  6. Tidak semestinya calun MB PR dari org melayu dari PAS atau PKR.. Kini DAP juga sudah mempunyai calunya sendiri dari kalangan org melayu. Jika pembubaran DUN di perkenan sultan, andai kata DAP menguasai DUN perak, Dap jugak berhak mengemukakan calun mereka dari kalangan org melayu. Rakan dalam pakatan harus juga menghormati keputusan DAP, berkemungkinan MB nizar sekarang tidak akan dilantik semula atas apa yg telah berlaku di Perak sekarang. Oleh itu kita harus memberi sokongan penuh kepada DAP sekiranya PR berjaya mengusai DUN perak.. **Ke Arah Dunia Baru**

    ReplyDelete