UNTUK hari ini dan sehingalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan dibuat Zambry Abdul Kadir, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Perak yang sah. Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.
Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.
Keputusan itu juga menyebabkan Zambry tidak berhak untuk menjalankan apa-apa urusan dan tugas sebagai Menteri Besar.
Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Kedua Menteri Besar itu juga hadir di mahkamah.
Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.
Bagaimana pun disebabakan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik tempoyak di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum ini oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.
Sebagai rekod Nizar, 52 dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mendapat majoriti dalam pilihan raya berkenaan. Sultan Azlan Shah perkenan untuk melantik Nizar sbagai MB.
Bagaimana pun kerusi MB Nizar itu dirampas oleh satu kudeta oleh BN pada 4 Februari lalu. Rampasan kuasa ini dengan bantuan tiga Adun yang sebelum ini berpihak kepada Pakatan Rakyat lari kepada BN.Tunggu ulasan selanjut. [wm.kl. 4:00 pm 11/05/09]
Salam,
ReplyDeleteTakbiiiiiiiiiiir! Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Dialah Perencana yang yang sebenar-benarnya, tidak ada yang lain selain daripada Dia.
Syukur dan syabas kepada Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang menjunjung tinggi undang-undang. Kebenaran itu bak mutiara, di perlimbahan sekalipun duduknya, sinarnya akan tetap memancar-mancar.
Benarlah, kerakusan dan kegelojohan itu dapat menjadi kudis dan pekung yang jika muncul di badan dapat disorok, tetapi tumbuh di muka, hendak dihalakan ke mana?
Jadikanlah peristiwa ini pengajaran, wahai BN! Impikanlah jasa bukan kuasa semata-mata, fikirkanlah pahala dan dosa, bukan ikut nafsu dan rasa semata-mata.
Syabas kepada yang bersolat hajat dan sebagainya.
Bila Zamry minta rayuan pada Mahkamah Rayuan,ia ibarat seorang perompak yang mempertikaikan hasil rompakannya dikembalikan pada tuan empunya yang asal
ReplyDeletesudah terang lagi bersuluh...bahawa kebenaran bisa disalahkan tapi kebenaran tidak bisa dikalahkan. akhirnya ia akan tegak di tengfah-tengah kebatilan. akhirnya kebatilan pasti ditumbangkan. kesombongan zambry yang mengatakan kejadian di dun perak tempoh hari adalah kebiadapan pakatan rakyat, akhirnya memakan diri.
ReplyDeleteNanti bila sidang DUN bersidang semula akan berlaku usul undi tidak percaya terhadap Nizar, kerana di pihak BN mempunyai cukup mejoriti sokongan untuk mengusulkan undi tidak percaya, pihak Zambry juga boleh mengemukakn usul di mahkamah rayuan terhadap kes ini. Oleh itu pihak pakatan mempunyai peluang yg tipis untuk kekal sebagai MB. pihak PR perlu melakukn tindakan drastik dgn memujuk kembali adun bebas untuk mnyertai PR. Hanay itu sahaja peluang yang tinggal. Bertindak segera seblom perkara yg lebih memalukan terhadap nizar terjadi.
ReplyDeleteSekadar mengingatkn
Salam,Ulasan pada ULAT DAN KULAT.. Fakta anda yg mula2 ada keraguan.. mana mungkin kerusi Dun dimenangi BN dalam dewan. Kenapa dari awal x ada buat undi x percaya dalam dewan? Sebenarnya semua maklum perlu YB yg melompat katak 3 org sebenarnya mereka BUKAN YB SEJAK speaker mengumumkan perletakan jawatan mereka beserta surat yg bertandatangan pada speaker di serahkan pada SPR. Mana mungkin kuasa speaker isu jawatan lucut atau tidak pula dipertikai oleh SPR. SPR hanya tugasnya membuat pilihan raya dengan sistematik shaja. Bukan mempertikaikan dan pulak buat kenyataan berkenaan kesahihan DUN tersebut. SPR jelas mempertikai sedangkan itu adalah keputusan speaker dlm masyuarat tergempar bersama DUN2. Berbalik pada isu utama.. Boleh saja buat undi tidak percaya dengan akta2 yg harus di ikuti.. Yg di gugur gelaran DUN kita bubarkan DUN buat pilihanraya baru. Manakala yg di lantik selepas MB Zamri termasuk zamry xperlu ada dalam dewan DUN. Dan jgn lupa dengan sebarang kaputusan HANYA DARI KUASA SPEAKER V.SIVAKUMAR termasuk menggantung SUK dewan Tetap SAH!! Dengan ini termasuk sidang DUN BAWAH POKOK tetap SAH! Usul tersebut juga telah dinyatakan antaranya BUBARKAN DUN PERAK!! Maka Usul terawal di mulai mengikut priority..BUBARKAN DUN!! KUASA RAKYAT!! Baru demokrasi. InyaAllah Islam yg sebenar dalam syahdu penghayatan mereka2 yg menggelar diri pejuang bangsa yg sama2 Islam akan lebih bermakna. Kerna Islam bawaan dunia akhirat..bukan bangsaku yg membelaku di alam akhirat. Terima kasih. Wassalam
ReplyDeletetapi kalau sempat pujuk sultan bubar dun macam mana? sebelum usul undi tak percaya. boleh kot.. moga2 ada hati yg terbuka utk perkenan bubarkan dun..
ReplyDelete