Elak Kejadian Buruk: Gerak Cadang Empat Langkah
SEMUA pihak memandang berat tragedi kematian pegawai Exco Selangor, Teo Beng Hock yang ditemui mati di atas bumbung bersebelah pejabat SPRM Selangor di Wisma Masala tengah hari semalam. Semua pihak mahu pihak berwajib menyegerakan siasatan mencari punca kematian dan sebab musabab kenapa Beng Hock yang disoalsiat berhubung rasuah melibatakan wakil rakyat Selangor itu berlaku.
Turut sama member perhatian berkaitan kes itu ialah, Gerakan Anti Kosupsi (Gerak) Malaysia. Dalam kenyataan yang diemailkan ke blog ini, Gerak memgemukakan empat langkah yang perlu dilakukan segera oleh SPRM bagi mengelakkan kejadian seumpama itu yang boleh menimbulkan kontroversi berulang.
Langkah-langkah itu berkaitan dengan keadah soal siasat dijalankan termasuk juga waktu. Gerak mencadangkan seseorang disoalsiasat hendaklah dihantar atau dilepas pulang dengan pengawasan sekurang-kurang dua pegawai mengiringinya.
Berikut adalah kenyataan penuh Gerak;
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia) dan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia menyarankan agar pihak polis dan SPRM menyegerakan pengumuman hasil siasatan lengkap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Pengumuman segera ini amat penting bagi mengelakkan spekulasi negatif berterusan terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga memberikan penjelasan seadilnya terhadap masyarakat umum dan keluarga mangsa tentang kejadian.
Justeru, Gerak Malaysia menyarankan empat langkah segera yang perlu diambil oleh SPRM bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seumpama ini berlaku lagi. Saranan tersebut adalah:
1) Pihak SPRM hendaklah dengan kadar segera memasang kamera litar tertutup (CCTV) disetiap cawangan SPRM Negeri termasuk di bilik siasatan dan ruang premis berkenaan pada lokasi yang strategik.
2) Jangka waktu siasatan haruslah ditetapkan dengan waktu yang lebih wajar dan tidak melebihi jam 9.00 malam bagi mengelakkan risiko keselamatan terhadap saksi.
3) Bagi kes-kes penting dan memerlukan rakaman percakapan dalam tempoh 24 jam, pihak SPRM adalah wajar untuk memastikan keselamatan saksi termasuk menyediakan pengawal pengiring sehingga dipastikan saksi selamat beredar daripada pejabat SPRM.
4) Saksi yang terpaksa disiasat sehingga lewat malam haruslah dipastikan pulang dengan sekurang-kurangnya dua orang wakil keluarga yang boleh datang mengambil saksi bagi memastikan kondisi mental, fizikal dan emosi terakhir saksi selepas di soal siasat oleh pihak SPRM.
Gerak Malaysia yakin jika langkah-langkah segera ini diambil, maka kemalangan yang tidak diingini terhadap saksi boleh dikurangkan risikonya secara segera.
Dalam masa yang sama, Gerak Malaysia berharap agar pihak SPRM terus mengekalkan darjah profesionalisme dengan tidak hanya menyiasat kes-kes terpilih. Kita juga menyarankan agar mana-mana pihak yang terlibat dalam siasatan termasuk saksi memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran siasatan.
Mana-mana saksi yang diugut sama ada oleh pegawai SPRM ketika siasatan ataupun oleh orang luar yang disyaki terlibat dengan rasuah adalah wajib melaporkan kejadian itu terhadap pihak Jawatankuasa Aduan SPRM atupun pihak polis bagi memudahkan tugasan pihak berkuasa melakukan pemantauan terhadap keselamatan saksi.
Gerak juga bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik pakar patologinya sendiri bagi membantu pakar-pakar patologi polis dalam melengkapkan kertas siasatan kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor terbabit. Langkah ini juga penting bagi memastikan ketelusan, keadilan dan dapat memuaskan hati kelurga mangsa terhadap laporan siasatan nanti.
Dalam perkembangan lain, Gerak Malaysia amat mengalu-alukan langkah SPRM untuk menubuhkan panel baru yang mewakili rakyat awam bagi memaklumkan keputusan yang telah dibuat SPRM terutamanya kes-kes yang tidak dituduh di mahkamah. Panel baru ini bertanggungjawab untuk menyenaraikan sebab-sebab dan faktor-faktor kes yang tidak dituduh di mahkamah supaya orang ramai faham mengapa kes-kes itu tidak dibawa ke mahkamah.
Jika sebelum ini ramai yang beranggapan SPRM tutup kes tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya panel baru yang mewakili rakyat awam ini , maka daptlah dimaklumkan kepada orang ramai apakah faktor dan sebab-sebab rasional tersebut.
Gerak juga menyarankan agar semua pihak bertenang dan memberikan ruang buat pihak polis dan pakar perubatan menjalankan siasatan bagi memastikan keadilan buat semua. Jika terdapat bukti ada pihak yang bersalah, Gerak Malaysia menyokong tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bersalah tersebut. Jika tidak berlaku kesalahan maka nama baik SPRM juga wajar untuk dibersihkan dan tidak dilakukan tuduhan melulu terhadap mereka.
MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi GERAK MALAYSIA &
Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia [wm.kl. 12:15 t/hari 17/07/09]
SPR & SPRM sewajarnya dibawah Kuasa Yang DiPertuan Agong...barulah telus 90%. AHLI PERLIMEN buat cadangan segera dlm hal ini, banyak untungnya
ReplyDeletekenapa, kita kalau benda tu dah berlaku baru nak bagi cadangan.sebelum ni tak ada pun saranan supaya pejabat sprm dipasang cctv?
ReplyDeletekpd GERAk saranan untuk mengelak perkara ini berulang dah terlambat, bai GERAK cuba buat saranan agar suruhanraya diraja ditubuhkan segera klu tidak buat demo besaran untuk menuntut kerajaan buat siasatan dgan segera melalui suruhanraya diraja
Assalamualaikum,
ReplyDeleteLOGIKNYA SEMUA MANA MUNGKIN PEMBUNUH AKAN MEMBUNUH SIRUMAH MEREKA SENDIRI. Lagipula Teoh adalah SAKSI bukan yg tertuduh. Cuba check...telefon si mati dengan siapa dia bercakap sebelum kematiannya, mungkin disitulah punca!. Apakah bosnya yg telefon, apakah sigengster yang telefon atau siapa?. Tak susahkan!