Thursday, July 16, 2009

Tragedi Panas

Kematian Teo Beng Hock Pasti Akan Dipolitikan

POLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 14 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.

Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.

Semestinya SPRM harus memberi penjelasan di atas apa yang berlaku secara jujur dan telus. Adalah dibimbang kalau ia bersifat menyembunyikan keadaan sebenar kes ini akan menjadi polimek berpanjangan dan menyebabkan keyakinan umum kepada SPRM yang sering dipertikaikan akan terus diragui.

Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat melalui pejabat daerah Petaling. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa dokumen (bukti) yang diminta.

Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).

Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalkan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Shukri Abdul siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.

Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.

Untuk sementara waktu seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-andaian dari sentimen peribadi apa lagi bermotif politik, sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM dan pihak polis tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka. [d'kota kl. 9:15 pm 16/07/09]

11 comments:

  1. macam mana tak prejudis Tuan MSO... nampak sangat berat sebelah!! Apa cerita siasatan Khir Toyo.. tak kena geledah dan panggil pun??? Apa cerita rasuah politik khairi dan ali rustam.. sikit pun tak sebut!!. Apa cerita perlabuhan klang!!... SPRM yg membiarkan kredibiliti dorang dipersoalkan.. So jangan salahkan rakyat jika prejudis terhadap mereka!!

    ReplyDelete
  2. Bagaikan helilintar pehak berkuasa kerajaan dan sprm membuat siasatan kestas ahli pembangkang sedangkan terdahulu dan beberapa tahun dulu banyak polis report telah dibuat oleh pembangkang yang mewakili rakyat atas penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pehak kerajaan serta pemimpin mereka satu habuk pun tak siasat.Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan,demokrasi dan islam?cukuplah tu jangan tipu tuhan.

    ReplyDelete
  3. Saudara MSO,
    Persoalan timbul mengapa sampai 7 serentak.Kenapa semua keturunan Cina.Dalam keadaan begini Nazri Aziz patut tutup mulut kerana apa yang keluar daripadanya semuanya berupa api yang membarakan sekam.
    Juga persoalan,adakah layanan begini akan diberi pada politikus UBN jika mereka diadu menyalah guna kuasa.Bukan sepuluh,atau berpuluh malah hampir tak terkira lapuran demi lapuran,amat jarang diberitahu secara rasmi olih SPRM bahawa politikus UBN dsiasat dan jika ada media meminta komen ,pasti akan diberi jawapan"Etika SPRM tidak membenarkan".

    ReplyDelete
  4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan SPR perlu ditukarkan dibawah kuasa Yang Dipertuan agong bagi mengekang jahatnya pembuatan jenayah UMNO/BN. Pohon segera melalui sidang parlimen.

    ReplyDelete
  5. Itu lah yg sebaiknya.... tunggu siasatan tanpa prejudis....

    Tapi yg panas sekarang... yg belah sana kata... ini taiko punya kerja.. mau cover line exco... yg belah satu lg kata SPRM punya kerja....

    Jadinya.. alkisah....

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Mereka mesti bertindak untuk kepentingan umum bukan untuk sesuatu pihak, kita jangan lupa apa yang dilakukan hari ini akan jadi sejarah dan akan dianalisis oleh anak-anak bangsa kita akan datang. Yang terluka pasti akan meninggalkan parut. Jangan lupa kita akan ditanya oleh ALLAH di sana.

    ReplyDelete
  7. tuan mso, minta pendapat tuan apakah rasionalnya macc menyoal siasat suspek hingga jam 3.45 pagi sepertimana dijelaskan oleh ketua sprm selangor semalam? adakah itu mengikut prosedur biasa soal siasat dijalankan hingga waktu sedemikian? benar kata menteri jangan buat spekulasi hingga siasatan selesai.

    ReplyDelete
  8. rasanya tghh akan berasa sedih dengan apa yang berlaku ni...

    persepsi terhadap sprm, spr, polis dan mahkamah inilah yang ingin diubah oleh tghh melalui konsep ug..salah satu agenda ug adalah membetulkan semula halatuju jabatan2 kerajaan tersebut supaya lebih telus... sekiranya semua parti duduk dalam kerajaan dapatlah halatuju diubah..

    lihatlah bagaimana perjalanan politik indonesia.. di zaman suharto parti golkar ajalah yang menguasai kerajaan. bila reformasi berlaku, bj habibi membentuk kerajaan perpaduan dengan semua parti.. hasilnya kita lihat harini, pilihanraya di sana lebih telus dan semua parti mendapat kebebasan bercakap di media.. pensyarah universiti pun bebas mengeluarkan pendapat dan mengkritik kerajaan atas dasar yang dirasakan tidak sesuai.

    pemilihan ketua turus tentera juga perlu ditemuduga oleh panel parlimen sebelum boleh dilantik..

    jadi sedarlah pr dan bn.. bersatulah..

    ReplyDelete
  9. salam Tuan,
    sebenarnya tuan tahu apa yang di nyatakan. Sedangkan benda yang belum berlaku, tuan dapat menganalisa ( banyak contoh analisa tuan hampor tepat), apatah lagi yang sudah berlaku. Jadi tulisan tuan , pada saya sekadar teknik tulisan reverse physico. Saya takkan fikir tuan berniat menulis seperti mana tulisan di dalam UTUSAN atau NSTP .tulisan menutup atau menukar cerita kerana tuan penganalisa and penulis yang berani. Cuma nya, saya rasa, tulisan tuan kena hantar kepada UTUSAN so, dengan cara nie diorang akan ambil tulisan tuan. kelihatan seperti tuan menyokong UMNO, tetapi selitkan 'hint' how cruel they are..tuan lebih arif ayat yang mampu menyelongkar. saya rasa kalau RPK boleh buat satu chronology write up yang biler di kumpul all tulisannya, akhir terungkai satu cerita. Tuan pun mampu buat dengan yang demikian.

    sekadar pandangan

    ReplyDelete
  10. Rasuah dalam UMNO sudah disahkan oleh jawatankuasa disiplin UMNO. Apa SPRM buat?

    ReplyDelete
  11. Akmal, Siapa kata Khir Toyo tak disiasat, cuma tak buat publisiti macam Pakatan Rakyat. Baca posting terbaru Khir Toyo di www.drkhir.com baru buat ulasan

    ReplyDelete