Thursday, September 10, 2009

Celoteh Murai 51

Munafik Seorang Ahli Politik

SEMALAM Murai menerima SMS dari seorang kawan Murai. SMS itu dikirim oleh seorang ahli politik paling munafik di negara Malaysia ini kepadanya. Dia menguar-uarkan akan tujuannya menerusi SMS itu untuk membantu 12 hero kepala lembu yang semalam didakwa di bawah akta hasutan dan juga kerana mengadakan perhimpunan tidak ada permit.

Bunyi SMS itu ialah; "boleh tak bantu. Peguam2 Melayu Islam secara sukarela menjadi peguam kepada 12 orang yang didakwa berhimpun bantah bina kuil di Shah Alam. ....... (nama persatuannya) sedia jadi penyelaras. Kalau ada yang prihatin (nama pengirimnya)."

Murai tidak tahu kenapa kawan Murai itu menghantar SMS itu kepada Murai. Walhal Murai bukan peguam ataupun lawyer. Murai percaya SMS itu dihantar kepada ratusan peguam Melayu Islam.

Untuk mendapat penjelasan lanjut Murai menghubungi kawan berkenaan tanya pendapatnya mengenai ajakan iu. Katanya, dia tidak sedia untuk jadi barua membela hero kepala lembu itu. Bukan dia tidak prihatin dan bersetuju kepada perjuangan tolol hero kepala lembu itu, tetapi dia benci kepada pengirim SMS berkenaan.

"Kau bayangkan macam mana aku nak bantu. Dia ni pernah pelekehkan peguam Melayu. Pernah dia ucap depan aku dia tidak percaya kepada peguam Melayu sebab kalau bicara kalah, sebab itu dia ambil peguam India," kata kawan Murai itu kesal.

Dapat Murai fikirkan di sini bila sudah terdesak si politik munafik ini sanggup menjual air mukanya dan melupai apa yang diucapkan. Dia fikir kawan Murai yang pernah mendengar kritikan dia itu macam dirinya juga, tidak bermaruah dan berintergriti? Sedia memakan tahi sendiri bila sudah kelaparan.

"Jadi kau tidak akan sedia membantu?" tanya Murai. "Iya aku tidak akan membantu sebab dia yang mempelawanya.." balas kawan Murai.

Moral of the story di sebalik SMS ini ialah, janganlah kita perlekehkan orang sebab satu masa mungkin kita memerlukan bantuan dan khidmatnya. Dan jangan cakap lepas mulut sebab satu hari dia akan memakan diri. Sebelum cakap fikirlah sedalam-dalam sebab bila sudah cakap susah. Kata orang tua cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Nak duduk kena berlunjur dulu.

SMS itu juga menjelaskan peranan yang dimainkan oleh persatuan yang diketuai oleh politician munafik berkenaan. Kalau sebelum ini orang hanya mengagak akan penglibatannya tetapi dengan SMS itu yang menjadi barua di sebalik tunjuk perasaan kepala lembu adalah si poliician munafik itu.

Tujuan dia mengambil bahagaian dan beriya membela 12 hero kepala lembu itu bukan apa kerana nak menjual dirinya kononya masih berguna untuk mendapat perhatian orang atasan dalam Umno walhal ianya sudah lama busuk dan sudah tidak berharga lagi. Usahkan orang kalau dilemparkan kepada ayam, ayam sudah tidak patut itik sudah tidak mahu menyudunya lagi.

Murai: Mintalah peguam India yang dikatakan bijak pandai untuk membela si hero kepala lembu itu.

5 comments:

  1. salam..tuan MSO, dedahkan sahaja nama si munafik tu.buat apa selindung-selindung lagi?...selama ini kan pihak yang berkepentingan dalam kerajaan selangor sering menafikan mereka menjadi dalang atau terlibat dengan politik kepala lembu tu.politik lempar batu sembunyi tangan..kenapa kali ini tuan MSO tidak pulak mendedahkan secara jelas batang tubuh si ahli politik munafik tu? sedangkan bila melibatkan "si baju petak-petak merah" tuan MSO cukup kejam menghentamnya.Kenapa ada 'dauble-standard'?...kelau benar kerana mencari keadilan dan yang benar tetap benar..kenapa berteka-teki?...sekadar mencuit je.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. saya rasa pendapat saudara anafikir ada kebenarannya... janganlah kita laks dituduh munafik

    p/s: hanya mahu kebenaran x double standart

    ReplyDelete
  4. Apa susahnya kalau MSO tak sebut nama si munafik tu.. Kalau sesiapa yang setia dengan blog MSO sudah pasti siapa bapak segala munafik tu. Orangnya tak lain dan tak bukan adalah "Raja Segala Katak". Kalau tak tahu juga siapa Raja Segala Katak biar saya sebut namanya. Orang itu adalah MP Pasir Mas Kelantan si IBRAHIM ALI....
    Puas hati?


    -NH Shah Alam-

    ReplyDelete
  5. siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya..malangnya simunafik ini lidahnya telah menjadi kebal tak terasa apa-apa lagi..

    ReplyDelete