Wednesday, September 9, 2009

Menjelang Fajar Menyinsing

Rakyat Aceh Lebih Toleran

MEMBACA laporan Bernama dari Jakarta beberapa hari lalu timbul sedikit rasa cemas. Menurut laporan itu rakyat Indonesia sedang menyiapkan bambu runcing untuk mengganyang rakyat Malaysia. Kenapa begitu sekali? Dan sejauh manakah kebenaran mengenai hal ini, laporan itu masih bersifat subjektif?

Agensi berita itu memetik atau bersumberkan kepada tiga situasi untuk melaporkan mengenai sikap ekstrem rakyat Indonesia itu.

Pertama, SMS yang dihantar kepada para penuntut Malaysia di Jakarta mengenai ancaman itu, kedua, wujudnya kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demorkasi (Bendera), dan ketiga kejadian membaling telor busuk ke rumah pelajar Malaysia di Yogyakarta oleh penunjuk perasaan.

Tindakan ekstrem rakyat Indoensia itu berpunca daripada salah satunya kerana Malaysia dikatakan mencuri satu tarian milik negara itu untuk dijadikan iklan promosi pelancongan di peringkat dunia!

Wah.. hebat rakyat Indonesia. Hanya kerana mencuri sebuah lagu sehingga sanggup membambu runcingkan rakyat sejiran mereka! Kalaulah atas dasar itu betapa rendahnya nilai pemikiran dan semangat setiakwan Indonesia dan Malaysia yang terjalin sejak lama dulu. Masakan dengan hanya mencuri sebuah tarian sampai hilang pedoman mahu membambu runcingkan rakyat Malaysia.

Apakah perangai pemimpin negara itu terdahulu hendak dituruti oleh generasi muda negara berkenaan? Tahun 50-an dulu Indonesia pernah mengganyang Malaysia. Kandatipun saya secara peribadi tidak berfikir seringkas itu sebab musababnya maka rakyat negara ini perlu diganyangkan. Kalaupun ada mana-mana pihak Malaysia mencuri apakah sudah tidak ada penyelesaian ke atasnya, misalnya menuntut ganti rugi dan sebagainya. Kenapa harus bersikap semacam dunia belum tamadun?

Kalau berlaku itu - mahu menggayangkan Malaysia ia adalah kes terpencil di Jakarta saja. Mungkin warga Jakarta saja bersikap ego dan ekstrem begitu tetapi tidak ditempat lain. Justeru adalah tepat kalau Malaysia tidak melayani pandangan dan aksi segelintir manusia yang hilang upaya untuk mempertahankan negaranya dengan cara profesionalisme dan masih berpegang cara kuno itu.

Kenapa saya berpandangan begitu, misalnya di Aceh tidak ada mana-mana rakyatnya menunjuukkan sikap anti Malaysia atas apa yang berlaku itu. Tidak ada tunjuk perasaan ataupun coretan di koran di Aceh yang mempertikikan kesalahan (mencuri) dilakukan warga Malaysia itu. Dan rakyatnya juga yang ditemui tidak pun menyedari akan apa yang rakan mereka di Jakarta itu lakukan.

Apakah kerana Aceh miskin, atau menerima bantuan Malaysia semasa tsunami lima tahun lalu maka mereka tidak ambil kisah dengan kejadian itu? Ataupun kerana Aceh begitu tebal dengan semangat Islam yang memahami mana yang batil dan mana yang hak, maka mereka tidak mudah menjadi iseng seperti golongan yang menggelarkan diri sebagai Bendera itu?

Sepanjang saya berada di Aceh lebih 73 jam dari Jumaat hingga Ahad lalu tidak terdengar cerita kebencian rakyat negara itu kepada rakyat Malaysia. Ternyata persepsi rakyat Aceh kepada Malaysia berbeza dengan rakyat Indonesia di propinsi Jakarta maupun di Medan. Tidak ada sesiapa yang bertanya perihal pergeseran itu atau memperli rakyat Malaysia di bendara (airport) dan di loby hotel.

Sebulan lala saya ke Medan. Rakyat di sana heboh menceritakan dan bertanya perihahal Monahara Odelia Pinot si ratu mereka yang diculik pengeran Kelantan. Di sebatang jalan besar di tengah kota metropolitan Medan disiapkan di pasang dengan satu reklemir siaran tv yang menyiarkan kisah penderitaan Monahara. Isu Monahara juga terbawa sampai ke dalam rumah penduduk di sana.

Alhamduliha bicara dan pemandangan demikian tidak kedapatan di bumi Aceh. Bahkan rakyat Aceh tidak tersedar pun apa yang terjadi itu.

Bolehkah di sini saya menyifatkan rakyat Aceh lebih toleran dalam menerima isu-isu sekecil tarian atau kasus Monahara itu. Dan bolehkah disimpulkan di sini rakyat Aceh yang diasimilasi dan diskriminasi oleh Jakarta itu sebenarnya mempunyai daya tamadun yang tinggi dan nilai pengertian berbeza dengan sekumpulan orang menggelarkan diri mereka sebagai Bendera di pulau Jawa itu?

Sebagai negara berjiran rakyat Indonesia seharusnya toleran terhadap rakyat Malaysia. Ejekan dan persendaan melampau terhadap bentuk kemerdekaan ini dicapai janganlah dilakukan. Saya percaya walaupun dalam kondisi apa kemerdekaan negara ini dicapai, rakyat Malaysia juga ada maruahnya sendiri. Jangan persendakan rakyat negara ini berlebih-lebihan sangat.

Mungkin tidak semua rakyat Malaysia tidak mempunyai jiwa seberani Sukarno. Tetapi kalau Indonesia kerap menjual kata-kata nesta dan mempamirkan perbuatan jahil mungkin ada yang memberanikan diri untuk menyahutnya. Kalau pun mereka tidak beruang (berwang) untuk membelinya mungkin ada yang sedia untuk melihatnya dan menawar dengan harga murah bagi membelinya. [wm.kl 6:25 am 09/09/09]

3 comments:

  1. bodoh dan bahlol puak ni... tapi dari komen forumers indon kat internet, nampak sangat ada agenda nasrani yang tak sudah-sudah nak melagakan rumpun muslim ni.. umpama dilagakan rumpun muslim arab.. bodoh sangat la bergaduh hal tayangan discovery.. kan itu media luar malaysia..ganyang la media tu.. bukan Malaysia..

    ReplyDelete
  2. salam mso..
    sekadar membetulkan fakta.dokumentari tarian pendet itu dibuat oleh syarikat swasta yang berpangkalan di singapura.hal ini telah disahkan oleh pihak discovery channel sendiri dan pihak yang bertanggungjawab telah memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.hal ini bukanlah datang dari pihak malaysia.jadi tidak timbul isu kerajaan atau pihak malaysia yang mencuri tarian ini dari indonesia..salam ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Indonesia mendapat kemerdekaan dengan titisan darah oleh itu darah panas mereka sentiasa bersedia bila-bila masa untuk mencari gaduh..waima hal sekecil isu tarian pendet yang menjadi punca kemarahan mereka..mereka beranggapan ilmu kebal dan ilmu silat mereka yang paling ampuh dan terhandal...bingai punyai manusia.Menolak kekuasaan Tuhan..macamlah orang lain tidak ada amalan untuk menewaskan mereka.Cuma kematangan yang masih bersarang dibenak rakyat Malaysia...tunduk bukan untuk dilangkah, berlembut bukan untuk dilipat-lipat.Jangan terlalu menjual...kelak tak mampu nak tunaikan permintaan.Rakyat Indonesia yang merempat di negara ini bukan sahaja tidak sedar diri tetapi terlibat sama dengan kes jenayah.Kenapa mereka di sana tidak sedar betapa melakukan jenayah berat di negara orang lebih jahat dan keji daripada secara kononnya menuci tarian yang tidak seberapa, sedang fakta rakyat indonesia yang membuat onar di negara kita ini lebih jahat dan kejam dari itu...buat jiran kita tu khususnya rakyatnya yang berfikiran cetek...renung-renungkahlah.

    ReplyDelete