Monday, December 7, 2009

Susupan Malam

Apakah Motifnya Bila Mahfuz Ajar Nik Aziz

APAKAH masalah dalam Pas yang dikatakan sudah reda dan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah dilihat stabil sehari dua ini sebenarnya cerita saja sedangkan hakikatnya bukan begitu. Bahawa acara himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz di perkarangan pejabat Pas Jumaat lalu yang dihadiri ribuan hanya sebuah sandiwara saja tetapi bukan menggambarkan hakikat kedudukan MB itu sudah stabil?

Saya mempersoalkan ini ekoran membaca kenyataan oleh Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta agar Nik Aziz bertindak segera memastikan menantunya, Ariffahmi Abd Rahman supaya segera melepaskan jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di PMBK.

Mahfuz membuat gesaan itu dalam sidang akhbar di Parlimen pagi ini.

Saya mencari di manakah rasionalnya Mahfuz (foto) membuat gesaan berkenaan. Seolah-olah Naib Presiden Pas ini ada masalah dengan Ariffahmi. Beliau juga seakan-akan tidak memahami kenyataan Ariffahmi beberapa hari lalu dan jahil mengenai prosuder dan tatacara badan berkanun.

Kenapa harus dimusykilkan lagi, menantu Nik Aziz itu sudah membuat pengakuan akan melepaskan jawatan itu pada Mac depan. Notis untuk berhenti sudah pun diserahkan. Sepatutnya semua pihak berpuas hati dan tunggulah tiga bulan lagi.

Menurut Ariffahmi tindakan beliau itu mengikut prosuder di mana tatacara badan berkanun dan korporat memerlukan notis 90 hari sebelum melepaskan jawatan. Apakah Mahfuz tidak mendapat nasihat benar mengenai hal ini dan membuat gesaan itu kerana berlandaskan sentimen atau kerana ada orang yang meludah ke dalam mulutnya?

Dalam pada itu apa mendukacitakan lagi, Mahfuz juga meminta Nik Aziz mendapatkan nasihat dari penasihat PMBK supaya menentukan apakah Ariffahmi dapat menjalakan tugas-tugas berhubung kewangan dan projek setelah notis berhenti diberikan. Gesaan Mahfuz kepada Nik Aziz itu satu penghinaan dan merendah-rendahkan keupayaan MB berkenaan.

Cara Mahfuz mengarah Nik Aziz secara terbuka ini juga menimbulkan persoalan dan seolah-olah Mahfuz mahu menekan Nik Aziz. Apakah tindakan Mahfuz ini ada motif tersendiri ataupun dibuat kerana kelemahannya berhubung pentadbiran terutamanya berhubung badan berkanun?

Kenyataan Mahfuz itu mungkin dilihat ringan tetapi kalau dihalusi ia memberi implikasi kepada Pas. Cara Mahfuz itu membuka satu lagi ruang kepada musuh Pas untuk menyerang Nik Aziz. Sudah pasti esok atau lusa wartawan akan menyerbu Nik Aziz bertanyakan hal demikian. Apakah ini sudah dipelankan untuk menyerabutkan pemikiran Nik Aziz bagi mencapai matlamat yang lebih besar?

Demikian juga kalau dilihat dari segi kewajaran, apakah wajar pemimpin tertinggi Pas membuat gesaan kepada pemimpin tertinggi lain secara terbuka?

Kalau Mahfuz mempunyai hujah dan pandangan tersendiri elok kalau beliau berjumpa dengan Nik Aziz dan memaklumkan kepadanya bukannya dengan membuat kenyataan terbuka menerusi media massa yang sudah pasti akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin sikap yang diambil atau pendekatan digunapakai seorang lagi Naib Presiden, Sallahuddin Ayub boleh dicontohi. Sallahuddin selalu mengunjungi Nik Aziz sekiranya beliau ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada Mursyidul Am itu dan bukannya ghairah membuat kenyataan akhbar. Seharusnya sikap Sallahuddin itulah ditiru Mahfuz dan pemimpin lain.

Kerana melihat tindakan ini tidak rasional dan tidak bijaksana menyebabkan saya rasa Mahfuz ada motif tertentu kenapa beliau berbuat tindakan demikian. Mungkin juga beliau telah mendapat maklumat yang salah berhubung tindak tanduk menantu Nik Aziz itu pada masa ini. Adalah dangkal sebagai seorang pemimpin kalau bercakap berdasarkan apa yang disuruh dan diajar saja tanpa berfikir dan mendapat fakta-fakta lengkap.

Cara Mahfuz itu bukan saja tidak menghormati Mursydul Am itu tetapi menghina kemampuan Menteri Besar Kelantan itu yang sebelum ini menegaskan beliau mendapat nasihat yang betul daripada penasihat-penasihatnya dalam melantik Ariffahmi.

Ketika membalas pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung perlantikan Ariffahmi, Nik Aziz menolak andaian Abdul Hadi itu sambil menegaskan para penasihatnya tidak salah dan telah memberi nasihat yang betul.

Jika pengakuan dan kata-kata Nik Aziz itu boleh dipegang ini bermakna kesalahan dan implikasi di sebalik perlantikan Ariffahmi itu seharusnya dipikul sama oleh penasihat bijak laksana yang dimaksudkan Nik Aziz itu. Kesilapan melantik Ariffahmi itu bukan saja diletakkan atas bahu Nik Aziz tetapi bahu sang penasihat juga. Malangnya sehingga hari ini para penasihat 'otak puyuh' itu tidak pernah tampil menyatakan tanggungjawab mereka.

Sudah pasti dengan kenyataan dikeluarkan Mahfuz itu ia membuka semula bekah di PMBK yang dijahit beberapa minggu lalu. Dan saya percaya Pas Kelantan kurang minat dengan cara mahfuz yang dilihat sebagai mencampuri urusan kerajaan Kelantan. Eloklah kalau Mahfuz lebih memberi tumpuan untuk membersihkan Kedah yang kini dikatakan penuh dengan sampah sarap. [wm.kl. 7:50 pm 07/12/09]

16 comments:

  1. hmmm geram betul la kat saudara mahfuz ni. orang dah cakap jelas,letak jawatan ikut prosedur. yang gatal mulut nak bagi komen kat media pasal apa. tak puas hati sangat, jumpa personal dgn tok guru.bincang elok2.tak payah war-war kat media..makin bercelaru dah la skrg.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn tuan mso.

    Sebaiknya pemimpin pas tak payah la nk buat sidang media. Saya pun hairan apsal la pemimpin pas ni ghairah sgt nk jawab soalan dr wartawan sdgkan kadang kala hujah yg diberikan bleh dimanipulasi oleh pihak lawan dgn mudah. Rasenye elok la diam dr berckp. Kalau yg jenis berckp byk ni semestinya akan ada kesilapan kata yg terbit.

    Mcm kes arak di selangor dulu..

    masing2 sibuk pot pet pot pet bg pndangan. bukannye makin selesai masalah. Lepas keluar arahan suruh jgn bg apa2 kenyataan kat media baru la diam. kadang2 pemimpin dia dah jadi mcm budak2 pulak..sekali suruh sekali diam..kalau tak suruh tak diam.

    So saya mmg amat setuju la kalau nak buat kenyataan media, pegi la jumpa tok guru dulu biar dpt penjelasan yang sahih. maybe ade btolnye jugak yg mahfuz ni tak byk ilmu dalam bidang pentadbiran.

    Bagilah peluang org dr kelantan sendiri yang selesai masalah. Org luar kelantan eloklah tolong kutip sampah kat negeri masing2 mcm tuan mso ckp.

    Mazda BG subaru

    ReplyDelete
  3. Aduh...knape pulak saudara mahfuz nie,tak reti2 JANGAN GUNA MEDIA"PERDANA".kan senang pergi jumpa TGNA ,FACE TO FACE!!(kalu ya anak JANTAN).Baru jer semua benda nak SEJUK,hang pi bakar lagi.p/s lain kali pakai OTAK saudara mahfuz.wrong time lah Yop...

    ReplyDelete
  4. Mahfuz bukannnya seorang pemimpin yang cerdik. Education Backgroundnya pun bukannya tinggi mana. Cuma kehebatan mahfuz ni adalah pada pidatonya sahaja. Dia jaguh pidato...

    Bila dah dapat jadi wakil rakyat tu jangan lah terlalu berfikir bahawa segala tindakan kita adalah semua betul. Sebagai manusia kita ada kelemahan tersendiri.

    Ingat!!! 1 jari telunjuk kearah orang, 4 lagi kearah kita.

    Kamu menang sebagai MP dan Naib Presiden pun atas undi rakyat kepada PAS, bukannya kepada individu. Kalau kerana individu jangan harap lah kamu nak menang.

    Cermin-cermin lah diri kamu dan Negeri Kedah Darul Aman kamu..
    Betul kata MSO, elok selesaikan masalah sampah tempat kamu dahulu..
    Umpama Kita dok sibuk nak jual ubat kurap kat orang sedangkan badan kita penuh dengan kurap.


    * NH Shah Alam *

    ReplyDelete
  5. Betul apa mahfuz kata tu..sebab untuk kebaikan party.Percayalaa mahfuz bercakap bukan dari pihak individu tapi bagi mewakili kebanyakan pemimpin atasan pas pusat..kita diajar supaya tidak wala' membuta tuli kepada pemimpin..sekarang baru nampak fair & square TGHH org boleh dikritik, hina dan kutuk..sama juglaa dengan TGNA..so lepas ni org akan hina mahfuz plak..

    sepatut kes nie dah selesai masa meeting tempoh hari.

    ReplyDelete
  6. ha ha .... isu ni aku setuju kata mahfuz ni bodoh dan bebal sikit..

    dan juga ada agenda geng dia.

    salahuddin mmg aku tabik.. dia yg paling bagus dan cerdik dlm 3 naib presiden tu.

    ReplyDelete
  7. Adakah ada sesuatu yang tidak kena antara Mahfuz dengan Ariff..nampaknya Mahfuz memihak sebelah pihak..apakah hubungannya dengan pihak tersebut..bijak sungguh dia apabila melihat api yang sudah mahu padam disiram dengan minyak.

    ReplyDelete
  8. Ariffahmi mesti berhenti serta merta. Sepatutnya PMBK bayar gaji Ariffahmi utk tiga bulan dan hentikannya. Ini utk mengelakkan dia bermaharajalela menukar semua minit mesyuarat dan menghapuskan segala bukti di pejabat. Jadi bila SPRM siasat tidak akan jumpa apa2 bukti. Tetapi seperti biasa mesti ada ramai yg terlibat dalam skandal penyelewangan ini sebab itulah nak didiamkan dan di sapukan ke bawah tikar. Perkara macam ini dah menjadi kebiasaan bagi PAS. Kalau kita tahu seorang ahli PAS itu bersalah, diamkan. Jangan aibkan dia, kononnya!

    ReplyDelete
  9. Mengata kan Mahfuz memang bijak dan memang bagus...pi jumpa tokguru cakap berdepan la, terus tegur berdepan la...macam2 cadangan dibuat.Masalahnya kat blog ni dah berapa ramai yang dok menegur tokguru dengan cara yang biadap, boleh menjatuhkan airmuka tokguru,sekejap sokong, sekejap macam memalukan tokguru.BErlagak pandai konon2nya.Bila orang lain buat kita kata tidak sedar diri, tunjuk pandai, kutip sampah kat negeri sendiri.Ini semua cakap2 manusia yang juga masih tidak bertamadun.Mahfuz tu naib presiden, maka dia lebih layak untuk menegur berbanding dengan kita yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti.Lagi tidak layak untuk menegur....kita orang luar walaupun penyokong tegar.

    Selama ini berapa ramai yang celupar mulut menegur tokguru kat blog ni, malahan memfitnah pihak lain pun ada...senyap je.Tiada pulak ditegur akan sikap sedemikian.Makin seronok menyebar firnah ada laaa...gajah depan mata, gelap tak nampak langsung tetapi kuman seberang laut jelas kelihatan.Silap sendiri, buat tak tahu je,silap orang lain [ pada pandangan kita lah ] terus melenting...

    ReplyDelete
  10. Salam MSO,
    Bersetuju benar dengan ungkapan tuan agar setiap permasalahan yang telah diselesaikan dititip rapat & tak perlu diselak untuk menghidu wangi atau busuk sesuatu isu. Memang benar peranan sebagai Naib Presiden parti boleh menegur mana-mana ahli parti samada di peringkat negeri, kawasan atau cawangan tetapi perlulah dengan berhemah tanpa perlu mengwar-war terutama sekali media milik musuh...Cuma harapan ana tidak dimainkan sentimen ke'negerian' sepertimana kenyataan tuan yang lebih bermaksud..."Engkau jaga engkau dan aku jaga aku"...kan tidak bercirikan Islamik!!

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. sedara anafakir

    ana rasa enta yg tak bertamadun kot. Setiap org berhak memberi pandangan masing2. kenapa nak halang ahli dr memberi pendapat pulak. Yang berhujah dgn biadap tu kite tolak ketepi psl dah terang2 bukan seorang ilmuan. Org yang maki tok guru pun bknnya tok guru baca pun blog2 ni. Tok guru kato "ambo ngaji quran lagi bagus".

    Ahli.

    Dimanakah kedudukan mahfuz skrg kalau tiada ahli2 kerdil mcm kita ni yg tak sokong dia? kenapakah kite sebagai ahli kerdil ni yg tade apa2 jawatan tak bleh nk bersuara? yang Hak wajib kite sokong, yg Batil kita tentang.

    Dari sudut mane enta fikir tindakan mahfuz itu satu tindakan yang bijak? Mahfuz sekadar naib presiden saje. kalau di ikutkan pendapat enta itu,ana rase mahfuz mmg tak layak nk tegur tok guru psl tok guru pemimpin tertinggi pas. Wajarkah ahli kerdil nk tegur naib presiden pas? dan Wajarkah naib presiden pas nak tegur mursyidul am pas?

    Mazda BG subaru

    ReplyDelete
  13. katakan mahfuz tak berkelulusan tinggi ie universiti, maududi pun bukan kelulusan universiti. beranikah kita kata maududi tak cerdik? kalau memang mafuz tak cerdik mengapa perwakilan pilih dia? atau perwakilan paspun tak cerdik? atau apakah kriteria kita dalam menilai sesuatu pandangan? lulusan atau isi nasihat atau cara atau kedudukan dalam organisasi dan masyarakat?
    katakan cara tak kena walaupun beliau seorang naib presiden, bagaimana cara yang betul? cara solahudin? atau cara presiden? sedangkan presiden, timbalan almursyid serta bendahari pergi bisik2 pun tak menghasilkan tindakan sepatutnya dan dalam masa yang sepatutnya? nak tunggu apa lagi?

    bagaimana pula cara nik aziz melayani pimpinan lain? misalnya us nasha dan cik pa? bagaimana hanya komen aziz bari, nik aziz tergamak mendesak dipecat 2,3 kerat pimpinan utama pas termasuk presiden, serta mendesak EGM? apa hujah syarak nik aziz yang kita sering terlupa bahawa nik aziz tidak boleh ditaqdiskan?
    Mengapa tidak saja mendesak HUSAM membuka mulut, sedang kick tu "budak" dia dan dia adalah "budak" nik aziz katanya?

    ReplyDelete
  14. betul lah maududi bukan lulusan universiti, tapi beliau berhemah tinggi, akal panjang & mulut nya tidak secelupar mulut datuk mahfuz.

    dah lah bukan lulusan universiti (spm jah), pahtu mulok celupar pula. Apa yg dah dibuat oleh beliau tu sedikit-sebanyok telah membuka laluan kpd pihak lawan..ibarat jahitan luka ditoreh semula.

    Menantu Datuk Nik Aziz telah bersetuju & memaklumkan bahwa beliau akan meletak jawatan dgn 3 bulan notis, ikut procedure letak jawatan dalam badan berkanun....alih2 mahfuz pulok hok sibuk....nahfuz x pernah jadi CEO gamak nya.

    ReplyDelete
  15. Bila YB Datuk Mahfuz Omar membuat teguran di mikrofon Astro Awani pada 7 Dis. 2009 yg lalu berhubung dgn isu perletakan jawatan Ir. ArifFahmi (menantu TGNA), secara otomatik telah mendedahkan ketidakcerdikan & kedunguan beliau tentang tatacara serta prosidur Penjawat Awam.

    Perletakan jawatan Ir.Arif Fahmi selaku CEO PMBK adalah tidak sama dengan perletakan jawatan 'Seorang Store Keeper' di Lapangan Terbang Antara Bangsa, Bayan Lepas, Penang sedikit masa dulu.

    ReplyDelete