Salentia Seperti Driver Keretapi Mabuk
MARAH betul Si Salentia kepada DAP alias orang Cina. Katanya DAP adalah antara unsur yang menghancurkan Melayu selain daripada Anwar Ibrahim dan Pas. Kata Salentia Anwar dan Pas jadi alat kepada DAP. Justeru katanya orang Melayu kena tentang Anwar, DAP dan Pas habis-habisan.
Kata Salentian lagi kalau Melayu tidak bersatu Melayu akan hancur dan negara ini akan jadi macam Palestin. Ketika berucap di Perak itu Salentia juga menghina keupayaaan Pas kelantan. Beliau menempelak Nik Aziz yang kini katanya sedang berdoa untuk kehancuran orang lain sedangkan pembangunan di negeri itu tidak ada.
Murai tabik spring kepada Salentia yang peka kepada masa depan negara, kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kalau bukan orang Melayu siapa lagi boleh diharap untuk membela Islam. DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, Makkal Sakti dan lain-lain tidak boleh diharap untuk membela Islam.
Bila Salentia menghentam Anwar dan Pas Murai nampak Salentina cuba nak jual Umnolah pembela Melayu dan Islam. Nak termuntah Murai mendengar apa yang hendak dibayangkan oleh Salentia ini. Salentia mungkin lupa bahawa parti itulah yang benci nak mampus kepadanya.
Murai akui akan masa depan orang Melayu dan Islam terancam kalau tidak bersatu. Kuasa politik Melayu juga akan hilang. Tetapi apa yang Murai nampak kenapa orang Melayu jadi celaru, jadi seperti tapai basi, jadi bubur lambuk dan jadi delca daging cincang hari ini ialah kerana orang-orang macam Salentia jadi pemimpin.
Mereka seumpamanya yang menjadikan orang Melayu hilang tumpuan dan tidak pernah tetap (istiqamah) wadah perjuangan. Mengapa tidak, sekejap sokong Umno, sekejap keluar Umno, sekejap sokong Berjasa, sekejap keluar Berjasa, sokong Umno semula. Sekejap masuk Parti 46 sekejap keluar lagi sokong Pas dan entah-entah lagi.
Apakah pemimpin sebegini yang mempunyai prinsip yang teguh dan perlu diikuti. Murai nampak Salentia dalam politik samalah dengan drivaer kepala kereta api mabuk. Dia bawa gerabak ikut suka dia saja ke mana dia nak bawah. Tak kira orang ambil tikit nak ke Alor Star atau Gusa Musang kalau dia rasa nak ke Johor Bharu dia akan tarik saja ke Johor Bahru. Inilah driver mabuk.
Jadi selagi ada kepala kereapi mabuk macam Salentia ini maka selama itu politik Melayu tidak akan aman. Masuklah parti apa, NGO apa selagi dia yang jadi kepala, akhirnya pengikut akan jadi harubiru. Murai grenti kalau PKR menang dan jadi kerajaan selepas ni Salentia akan tersengih-sengih macam cangkul buruk menginding nak masuk PKR pula.
Jadi biarlah Salentia nak kata apa pun ia tidak akan memberi bekas. Cakaplah sampai air liur menjadi lautan pun orang tidakakan peduli. Akhirukalamnya lautan itu juga yang akan menenggelamkan Salentia dan lemas terkapai-kapai. Manakala orang dikirik itu akan terus hidup dan semakin mendapat sokongan rakyat.
Murai: Tidak percaya kepada parti politik boleh mendaulatkan agama, bangsa dan negara.
Kalau ana jd si berahim ali.
ReplyDeleteAna malu nk berceramah atau nk buat kenyataan media. Sebab ana rase rakyat tentu akan meluat kat ana, pasal ana ckp tak serupa bikin. Dulu masa DAP pijak gambar 3 adun bebas, si berahim ni..(iskk tak lalu ana nk sebut nama dia ni, rase nk ludah pun ada), dia ni la yg nk jadi hero ckp tindakan tu tak bertamadun. skrg dia plak buat idea suh org pijak gambar DAP. Ana tak tahu nak ckp laa...ape ke jenis manusia la maklukh ciptaan Allah ini.
mazda BG subaru.
Brehing Ali? Species ni mungkin yang paling hina pernah wujud di pentas politik Malaysia.
ReplyDeleteEntah siapa lagi yang akan dijilatnya demi survival politik dan tembolok, serta ketaksubannya untuk masuk meraung 'Melayu' di Parlimen.