Wednesday, December 23, 2009

Lampu Merah Menyala

Misteri Dan Realiti Kehilangan Enjin P-5E TUDM

KEHILANGAN dua enjin persawat F-5E milik TUDM terus menjadi bualan di mana-mana saja. Mereka yang sebelum ini buta dan jahil mengenai hal ehwal pesawat dan ketenteraan kini sudah mulai mengetahui dan mengenalinya serba sedikit.

Isu kehilangan secara misteri dan realiti dua enjin itu memaksa mereka mempelajari lebih dekat mengenai peralatan perang khasnya nama-nama kapal perang untuk dijadikan bahan bercakap. Bagus juga enjin pesawat dan lain-lain peralatan lain bernilai lebih RM100 juta itu hilang setidak-tidak ia memberi ilmu kepada orang ramai.

Dalam memperkatakan isu ini, orang ramai melahirkan rasa terkejut dan anih atas apa yang berlaku. Mereka merasa anih kenapa peralatan perang boleh hilang begitu mudah sedangkan ia dijaga dengan rapi. Jika boleh diibaratkan kepentingan dan maruah senjata milik negaranya itu samalah dengan 'senjata' milik kita di mana ianya dijaga dan dibawa ke mana-mana hatta ke jamban tanpa sedikitpun diabaikannya.

Kata menteri pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi kejadian itu dilakukan oleh pengkhianat negara! Memanglah yang melakukan perbuatan tidak bermoral penyagat dan petualang. Kalau benar begitu orang jadi terkejut mengapa musuh begitu mudah menyelinap masuk ke dalam zone pertahanan dan menyonglapkan dua enjin berkenaan. Kenapa begitu rapuh pertahanan kita dirempuh oleh musuh? Tidak kiralah musuh itu dari kalangan tentera sendiri ataupun orang luar.

Meneliti kepada kejadian ini timbul juga pertanyaan, apakah berlaku sebotaj dalam pertahanan kita. Musuh masuk ke dalam zone pertahanan keselamatan kita dan mencabut enjin serta merosakkan kapal terbang? Tujuannya bila kita bersiap sedia hendak menggunakannya ia tidak boleh digunakan.

Lain-lain keterkejutan dan keanihan ialah kenapakah siasatan dan tindakan ke atas kehilangan itu lambat diambil tindakan? Menurut laporan enjin itu hilang sejak tahun 2007 lagi. Satu laporan polis telah pun dibuat dua tahun lalu. Menurut Peguam Negara, Abdul Ghani Patail pula kertas siasatan mengenai kes itu akan dipulang kerana tidak lengkap. Penjelasan Ghani itu menunjukkan siasatan sudah dijalankan?

Soalnya kalau ia tidak lengkap kenapa ia baru sekarang nak dipulangkan? Apakah ada persefahaman antara Peguam Negara dengan Polis dalam hal ini agar melewatkan siasatan mengenai kehilangan itu. Atau apakah hal ini ada sangkut paut dengan penyambung kontrak Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya tamat beberapa bulan lalu.
Lebih rewel lagi seperti mana kata Zahid, Peguam Negara telah meminta segala dokumen dan laporan mengenai keadaan enjin itu dan ke mana destinasi asalnya. Bila Ghani baru minta bermakan kes ini baru hendak disiasat (semula)?

Apabila siasatan tidak selesai dan tidak lengkap dan pencuri gagal dibawa ke mahkamah ini bermakna siasatan itu dibuat ala kadar saja. Jadi keadaan ini menyebabkan orang mempunyai ruang dan modal untuk berandaian sehingga kepada mungkin ada usaha dipihak tertentu cuba hendak menyembunyikan kes kehilangan ini. Kenapa?

Prasangka akan terus menjadi-jadi. Mungkin disebabkan kerana ia melibatkan pihak atasan hatta menteri maka ia disembunyikan. Ingat kejadian ini berlaku semasa Najib Razak jadi menteri pertahanan. Apakah ianya ada kaitan dengan Najib sendiri?

Persoalan lain juga timbul kenapa ia didedahkan hari ini. Semasa Zahid pula menjadi menteri. Zahid dikenali sebagai anak buah Najib? Atau memang sudah ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua menyebabkan Zahid tidak dapat menyekat desakan agar kes ini didedahkan? Apakah ada konspirasi senyap untuk menjatuhkan Najib?

Malam tadi saya minum bersama seorang bekas pegawai tinggi tentera yang berpangkal Kolonel pernah terlibat dalam pembelian peralatan perang tentera. Saya mengambil peluang menanyai mengenai beberapa prosuder mengenai pembelian, penjagaan dan penyelenggaran peralatan perang.

Menurutnya adalah mustahil kalau kehilangan dua enjin itu tidak dapat dikesan sejak awal-awal lagi. Ini kerana katanya setiap barangan tentera yang masuk ke inventori ianya direkod dan dikawal rapi. Bukan saja enjin kapal terbang bahkan sebatang paku pun ia direkod dan diketahui ke mana ia dibawa. Peralatan tentera begitu sophisticated sekali.

Kerana itu katanya dia yakin, sangat yakin kehilangan itu sudah pun diketahui awal-awal lagi. Kalau pun menteri tidak tahu, ketua tentera mesti tahu. Atau setidak-tidaknya pegawai tinggi yang bertanggungjawab mengawal logistik tentera sudah pun mengetahuinya. Di dalam tentera katanya ada satu psukan khas yang dinamakan risik. Pasukan ini bertanggungjawab membuat risikan dalaman dan luaran. Dan apa juga peralatan perang kalau tidak ada perintah dari atasan tidak ada sesiapa yang berani mengeluarkannya kerana risikonya tinggi.

Berdasarkan pengalaman Kolonel itu kemungkinan kes kehilangan membabitkan orang atas termasuk peringat menteri dan perdana menteri sendiri. Bagaimana pun Zahid sudah membuat penafian kes itu tidak membabitkan pegawai tinggi tentera dan ia hanya melibatkan pegawai lain-lain pangkat (LLP) sahaja. Buat sementara kita terimalah dulu apa yang dijelaskan Zahid.

Tetapi sekali lagi berdasarkan penjelasan bekas pegawai tentera itu penafian Zahid itu boleh dipertikaikan. Apakah dalam hal ini Zahid cuba menyembunyikan sesuatu kerana ingin menyelamatkan seseorang? Sebaliknya kalau Zahid ada niat begitu kenapa beliau tidak mengawal agar kes ini tidak pecah? Atau Zahid sendiri pun sudah tidak berdaya menahanan asakan bagi mengelakkan dirinya sendiri dibabitkan dengan kehilangan itu?

Disebabkan kes ini sudah terdedah dan Najib sendiri memberi pengakuan tidak akan melindungi sesiapa, maka kita serahkan kepada polis. Kita berdoa supaya polis menjalankan tugas dengan baik dan telus. Siasatlah dengan jujur dan rasa tanggungjawab kepada negara berlandaskan kepada keimanan dsn bukan nasihat isteri. Kalau polis, peguam negara dan sesiapa saja terlibat dalam menyelesaikan kes ini mengenepikan semagat itu maka negara bukan saja kehilangan dua enjin tetapi banyak lagi enjin akan hilang mungkin termasuk juga 'telor' menteri dan perdana menteri turut hilang.

Mengenai arahan Zahid supaya bloger tidak membuat spekulasi mengenai hal ini ia bukan mudah untuk dipatuhi. Bloger atau penulis mereka meriwayatkan apa saja yang menjadi sunggutan alam dan maklhluknya. Selagi alam memperkatakan apa saja isu termasuk isu kehilangan dua enjin itu maka selama itulah bloger akan menulis dan mengulas dengan akal, pengamatan dan firasat siasatannya sendiri. [wm.kl. 9:50 am 23/12/09]

5 comments:

  1. Salam Tn MSO...kalau enjin jet pejuang yang dikawal rapi pun boleh hilang, maka apa yang nak dihairankan kalau bom C4 boleh dibawa keluar dengan mudah sehingga boleh meletupkan manusia?
    Tahun 2007, Kementerian Pertahanan di bawah kawalan DS Najib sendiri sebagai menterinya.

    Apa agenda DS Zahid, biar masa menentukan kerana semua mengetahui DS Zahid anak didik DSAI.Dulu kini dan selamanya.Dalam politik, musuh dengan kawan saling tak tumpah, bagaikan si kembar siam.Sukar nak membezakannya..

    Sekadar membuka minda yang agak membeku...sekian seadanya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    ada tak mana-mana blog yang menyimpan senarai skandal-skandal yang ajaib dan tidak munasabah yang dialami oleh Negara Malaysia sejak kita merdeka!

    Oleh juga kalau melihat kembali perkara-perkara pelik yang berlaku dan menilai semula apa kerajaan UBN telah buat selama ini.

    ReplyDelete
  3. Meneliti kepada kejadian ini timbul juga pertanyaan, apakah berlaku sebotaj dalam pertahanan kita. Musuh masuk ke dalam zone pertahanan keselamatan kita dan mencabut enjin serta merosakkan kapal terbang? Tujuannya bila kita bersiap sedia hendak menggunakannya ia tidak boleh digunakan.


    Menurutnya adalah mustahil kalau kehilangan dua enjin itu tidak dapat dikesan sejak awal-awal lagi. Ini kerana katanya setiap barangan tentera yang masuk ke inventori ianya direkod dan dikawal rapi. Bukan saja enjin kapal terbang bahkan sebatang paku pun ia direkod dan diketahui ke mana ia dibawa. Peralatan tentera begitu sophisticated sekali.


    Tok ayah su- ya memang betul setahu saya sebatang spana dan skru pun sememangnya mesti direkodkan kedalam lejer,setiap anggota yang ingin mengambil alih jawatan juga mesti dijelaskan dan didalam pengetahuannya apa juga peraalatan dibawah jagaan masing masing.

    andaian saya perkara ini bukan berlaku dan dilakukan dinegara ini kerana kawalan keluar masuk dipintu kem juga teraga rapi namun demikian keberangkalian jika dijual terus diluar negara dan terima kes money secara terus manakala peratan hanya tercatat diatas kertas sahaja, serba kemungkinan.....

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum tuan. Sama ada bloger buat spekulasi atau tidak, menteri buat kenyataan atau tidak, yang berlaku telah berlaku. Saya sendiri sudah mempunyai persepsi sendiri terhadap beberapa individu dalam kementerian pertahanan sama ada yang dulu atau sekarang. persepsi itu tidak siapa yang boleh menghalang kerana itu adalah kata hati masing-masing. Yang pengting, kita tak tahu apakah kita selamat dalam negara kita sendiri sekarang. Kalau Kuwait boleh jatuh ke tangan Iraq dalam masa 6 jam 18 tahun yang lalu, berapa jamkah musuh akan dapat menawan Malaysia. Moga Allah akan melindungi kita dari semua itu.

    ReplyDelete
  5. masaalah dengan TUDM ini kes2 yang sepatut diambil tindakan tegas contoh dialam kes ini lambat diambil tindakan macam2 dinyatakn untuk cover the story tetapi dalam kes remeh dalam kes 14 kedet dibuang dari pusat latihan bukan sekadar di buang tetapi mereka ini di tudoh di mahkamah pula ia berlaku di tahun yang sama 2007. tak ada sifat balas kasih orang kepada 14 orang melayu yang rata2 memperjuang melayu?

    ReplyDelete