BEGITULAH kalau sudah terdedah ia sukar untuk ditutup. Dan perkara busuk itu akan tetap busuk juga berbau kalaupun cuba disapu dengan minyak wangi. Attar gaharu tidak dapat menutupi bau busuk walaupun ia diambil dari pohon depu dari Kelantan. Begitulah apa yang dapat dilihat kepada isu kehilangan dua enjin jet pesawat supersonic F-5E milik TUDM.
Mulanya kata Zahid Hamidi kehilangan itu tidak melibatkan pegawai tinggi tentera, sebaliknya ia hanya melibatkan pegawai lain-lain pangkat (LLP) berpangkat sarjan saja. Budak kecil pun rasa tak logik dengan kenyataan Zahid itu dan lebih bersifat nak tudung bangai dengan nyiur.
Kita tahu cara Zahid itu nak jaga maruah dan wibawa tentera tetapi cara dia membela itu tidak kena pada tempatnya.
Masakan pegawai peringkat sarjan mampu untuk melarikan enjin bernilai RM50 juta setiap satu, tak sepadan sangat nampaknya. Siapalah mereka yang berani untuk melarikannya. Mucung senjata senantiasa terhala ke arah mereka. Logiknya perkara besar mesti dilakukan oleh orang besar juga. Budak Tadika hanya curi buah rambutan tetapi kalau guru besarnya songlap yuran sekolah.
Apabila Ketua Polis Negara, Musa Hassan menjelaskan pihaknya perlu menyiasat pegawai tinggi termasuk jeneral, maka apa yang hendak disembunyikan itu mula terbongkar. Ia sudah mula menampakkan siapa yang bertanggungjawab memakan duit negara itu. Kenyataan Zahid sebelum ini tertolak secara automatik. Terserlahlah sifat munafik Zahid untuk melindungi sesuatu yang tidak sewajarnya beliau lakukan kerana mencalarkan dirinya sendiri.
Siasatan ke atas jeneral kata Musa tidak ada pilihan. Katanya pihak polis juga sudah merampas dokumen berhubung penjualan pesawat berkenaan dan termasuk dokumen berkaitaan penghantarannya ke luar negara. Kata Musa enjin pesawat itu ditemui di Argentina.
Bila polis siasat para jeneral terbabit nanti, maka akan terbongkarlah segala-galanya. Kita harap jeneral itu akan bercakap benar dan jangan menyembuyikan sesuatu lagi. Katakan dari hati anda untuk didengar oleh negara anda.
Soalnya kenapa Zaid cepat sangat cuba menutup perkara ini dengan hanya meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah? Sikap ini seolah Zahid cuba hendak melindungi jerung dan membiarkan bilis tertangkap atau menjadi mangsanya. Naiflah Zahid sebagai menteri pertahanan kalau beliau mengamalkan sikap ini.
Seorang menteri seharusnya bersikap adil dan berwibawa. Zahid tidak sepatutnya cuba melindungi sesiapa dan dalam masa sama cuba merendahkan pihak lain. Apa yang Zahid jelas itu – hanya melibatkan pegawai pelbagai pangkat (LLP) menunjukkan kerja jahat dilakukan pegawai rendah dan pegawai tinggi tidak terlibat. Walhal pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan.
Atas khilafan ini mungkin Zahid boleh memikir sendiri tanpa disuruh mengenai kedudukannya di kementerian itu. Beliau perlu mahasabah diri apakah wajar beliau berada di situ dengan kapasiti dan pengetahuan yang ada. Jangan hanya menerima jawatan itu kerana ingin menjadi menteri tetapi kelayakan kita boleh dipertikaikan.
Seorang menteri pertahanan memerlukan tokoh yang komited, tegas dan jujur bukannya hanya tahu bercakap menggunakan lidah politik semata-mata.
Pertahanan bukan boleh ditadbirkan dengan gelak tawa ataupun bermodalkan PR yang baik dan ramah tamah dengan orang ramai tetapi harus seorang yang mempunyai 'intelektual intelegen' yang tinggi. Mengawal keselamatan negara bukan seperti mengawal gudang garam. [wm.kl. 10:40 am 24/12/09]
Sapa yg ada rasa bertanggung jawab..?
ReplyDeleteSapa yg ada rasa bersalah atau malu bila beri jawapan atau buat statement bodo..?
Tak pernah jadi dalam sejarah selama umno memerintah..menteri letak jawatan sbb 'terbodo beri kenyataan'..
Jawatan tak ubah sebagai batu loncatan utk mengaut keuntungan dan aset buat diri kekal pada election yg akan datang...itu je..!
Salam Tn MSO...yang paling aula menerima tanggungjawab di atas kehilangan enjin jet pejuang tersebut ialah DS Najib sendiri.Atas alasan, dia yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.Keduanya, bom C4 dikeluarkan dari simpanan tentera pun pada ketika DS Najib menjadi menterinya.Sepatutnya kredibiliti DS Najib sebagai PM pun sudah hilang.Beliau perlu mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.Status tahap keselamatan negara kita hari ini entah berada di tahap mana...entah2 dalam keadaan yang amat bahaya.Sistem pertahanan mungkin sudah berada dalam poket musuh...
ReplyDeleteSelain itu, Menteri Pertahanan sekarang juga perlu meletakkan jawatan atas sifatnya yang tidak begitu bertanggungjawab di atas komennya yang melibatkan pegawai rendah di atas kehilangan ejin yang berharga puluhan juta.Sungguh dangkal dan tidak ilmiah hujah yang diberikan kepada umum.Jika begini kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri yang bertangunggjawab terhadap keselamatan negara maknanya tahap keselamatan negara di ambang yang amat membimbangkan...wajar jika PM dan Menteri Pertahanan sekarang undur diri.Bukan kecil kesalahan yang dilakukan.Pegawai tentera yang terlibat setinggi mana pun pangkat mereka wajib dihukum sama.Korek sampai ke lubang cacing..perlu dibawa ke muka pengadilan.
Cuma, mungkin juga apa yang berlaku ini memang sengaja dirancang untuk mendedahkan sesuatu..siapa tau?.isu altantuya masih menghantui negara dan pemimpin tertentu, dan mungkin ada kaitan dengan isu yang sedang hangat ini...kita tunggu dan lihat apa kebenarannya.
biarlah masalah ini diselesaikan secara tentera dengan tentera, dengan kata lain dengan tradisi diorang sendiri, maruah tentera sememangnya telah tercalar dalam hal ini
ReplyDeletesemoga bahagian selatan yang menganjung ke arah laut cina selatan akan tetap selamat, takpe jet pejuang SU-30MK memang hebat
F-5E boleh dikatakan sudah agak ketinggalan zaman
semoga para pejuang diluar sana akan tetap tabah mempertahankan tanahair.....
kemunkinan lapuran kehilangan lambat dikeluarkan supaya Panglima Tentera Udara ketika itu dapat di naikan ke jawatan Panglima Angkatan Tentera
ReplyDeletesaya setuju benar2 pendapat MEJ Z itu lah demi kepentingan jawatan apa2 pun sanggup buat asal jawatan yang diidamkan dapat
ReplyDelete