Wednesday, January 20, 2010

Hakikat Berhakikat

Anwar Sebuah Piala Rebutan

TANPA sedar atau tidak realiti menunjuk dan membuktikan Anwar Ibrahim banyak membantu dan menjadi modal kepada orang untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Jika kita mendasari suasana dan keadaan yang pernah disinggahi atau dialaminya, beliau telah memberi kebaikan dan keuntungan kepada berbagai manusia dengan keadaan dirinya itu.

Tidak melampau kalau dikatakan Anwar bertindak sebagai pemberi cahaya kepada sesiapa juga yang ingin mengambil dari sumbu kehebatan dan keistimewaanya sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah sumbu harapan kepada mereka yang tidak mempunyai sumbu sendiri.

Kebaikan atau ‘sumbangan’ itu baik bantuan itu semasa beliau berkuasa sebagai TPM, memiliki kuasa dalam kerajaan ataupun selepas beliau dihina dan dimalui secara terancang oleh Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Umno apabila beliau cuba bangun menegakkan keadilan dan kebenaran sekaligus memerangi kejelekan bikinan bekas PM ke 5 itu dan Umno.

Ternyata dari dua kondisi itu Anwar telah banyak membantu orang dan banyak individu (orang) orang memperolehi manfaat daripadanya. Di sini boleh disifatkan Anwar sebagai ‘superman’ yang membantu orang mencapai agenda peribadi yang dilanggang atas nama jihad – perjuangan tanpa pernah pamrih dan meminta ianya dibalas. Sedihnya kadang-kadang Anwar ‘berkorban’ dan sanggup terkorban demi memberi nilai dan kredit kepada seseorang.

Semasa beliau jadi menteri kewangan ramai kawan-kawannya yang ditolong. Asalnya kekawan itu hidup merempak atau berniaga tepi longkang saja akhir setelah mendapat ‘pertolongannya’ atau menumpang auranya, kekawan itu akhirnya menjadi jutawan. Setengahnya sampai ada pejabat perdagangan di luar negara.

Sementara semasa beliau di dalam penjara pula tidak kurang jumlahnya mereka yang tiba-tiba mendapat political mileage besar kerana memperjuangkannya. Apa yang tampak di luar, perjuangan itu seakan untuk membela nasib Anwar, tetapi dalam masa sama mereka mendapat manfaat mencipta nama dalam masyarakat. Sebelum Anwar di penjara tidak siapa pun mengenali nama mereka. Tetapi tiba-tiba mereka menjadi pahlawan yang dinobatkan apabila membela Anwar.

Tidak hairan kalau kumpulan yang mencari kesempatan hidup semasa ketua pembangkan itu berkuasa atau diseksa di penjara atas nama perjuangan yang bermuka-muka. Munasabahlah kalau dalam keadaan itu mereka mendapat keuntungan daripada aura kehebatan Anwar.

Tetapi yang anihnya, hari ini dalam keadaan Anwar terlepas dari tirani kezaliman, tidak jadi menteri dan sedang berusaha untuk bangkit kembali, masih ada jenis manusia oportunis yang mengambil kesempatan atas nyawa Anwar. Mereka terus mempergunakan Anwar untuk mendapat laba dunia dengan mudah. Mereka terus menggunakan Anwar untuk mencipta nama. Mereka telah mengadaikan nama Anwar demi mendapat sesuap nasi basi.

Berbeza dengan dua keadaan lampau, mereka yang mengambil kesempatan di era Anwar bebas kini dengan menggunakan nama Anwar ialah dengan menghina Anwar. Mereka mendedah keburukan Anwar yang mereka cipta sendiri. Mereka bongkar dan menceritakan keadaan Anwar yang huduh dan busuk. Mereka mengutip apa saja bahan untuk dijadikan bukti bagi memburukkan Anwar.

Tujuan mereka lalukan ialah untuk menampakkan mereka adalah kumpulan manusia yang benar. Manusia yang tidak hipokrit. Manusia yang sanggup meninggalkan hero yang mereka julang lalu kononya kerana ingin menegakkan kebenaran baru?

Manusia seperti ini adalah manusia yang tidak ada moral sama sekali, tidak ada kekuatan dalaman dan luaran. Mereka yang berjuang bagaikan lalang yang mengikut angin. Tidak ada apa-apa yang boleh diambil guna daripada mereka hatta najis mereka untuk dijadikan baja.

Mereka mengharap dengan melakukan pembantai moral dan maruah Anwar mereka akan menjadi hero. Mereka akan disanjung oleh masyarakt konon merekalah pemberani yang sebenarnya. Serentak dengan tindakan mereka itu mereka disanjung oleh media massa yang sudah lama membenci Anwar.

Gelagat dan realiti ini semua menjelaskan, Anwar dalam keadaan bagaimana sekalipun ia tetap menjadi modal dan diambil kesempatan oleh orang-orang baik yang datang kemudian atau yang dulunya adalah kawannya sendiri. Meskipun mereka mencemuh dan membenci Anwar tetapi mereka masih bergantung hidup kepada Anwar dan sejarah yang dilaluinya.

Di sinilah saya melihat Anwar benar-benar seorang pemimpin yang menempati falsafah pemimpin itu perubahan manusia, pemimpin pencipta sejarah dan pemimpin itu pembangun budaya.

Selamanya Anwar di mana saja beliau berada dan dalam keadaan apa jua, baik direndam atau digantung, di simpan dalam tembok besi ataupun dilepas atas padang luas beliau akan terus di manfaatkan baik oleh malaikat ataupun oleh iblis untuk kepentingan diri dan agenda puak masing-masing. Anwar adalah piala rebutan kepada semua orang yang menyimpan satu cita-cita yang sama, untuk berkuasa. [wm.kl. 5:50 pm 20/01/10]

6 comments:

  1. Tuan,
    Satu analisis yang adil. Sangat bertepatan sekali jika diunggap bahawa Anwar ibarat yang 'bathil' sekiranya dipolish menjadi cantik dan menarik, orang akan suka juga. Ditambah pula mereka yang ada kepentingan untuk berkuasa. Agama pun boleh diketepikan. Cuma kita kena ingat kesan dari menyokong Anwar itu kerana bencana dan malapetaka yang mengikut bersama tubuh badannya itu ditakuti akan turut menimpa ramai yang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak.
    Dan bagi mereka yang memang telah tahu tetapi masih menyokongnya, tidakkah juga akan turut menerima musibah nanti. Wallahhuallam.

    ReplyDelete
  2. Memang setiap pemimpin mempunyai jasa dan legasi yang ditinggalkan. Sama seperti Tun Mahathir yang dibenci oleh sesetengah pihak, jasanya juga cukup besar untuk rakyat Malaysia. Bagi saya hatta penghulu kampung sekalipun jasanya pasti ada untuk masyarakat yang dipimpinnya. Jadi jasa dan pengorbanan semua pemimpin haruslah kita hargai bukan sekadar Anwar.

    Tentang kawan yang menjadi 'lawan' akhirnya, saya kurang bersetuju jika kita labelkan mereka kurang bermoral. Bagi saya mungkin mereka tahu perkara yang kita kurang tahu kerana mereka pernah menjadi orang kuat dan orang dalam yang sanggup keluar masuk lokap demi Anwar. Mungkin ada sebab musabab mengapa mereka harus tinggalkan Anwar.

    Apa yang saya nampak anwar tidak lebih dari seorang yang cukup bercita-cita tinggi dan akan melakukan apa yg beliau rasa patut(saya ulang apa yg beliau rasakan patut) lakukan demi mencapai cita-citanya.

    seperti yang Tuan nukilkan sebelum ini, cakap dan cara berpolitik orang politik amat susah untuk difahami oleh manusia biasa seperti kita.

    Anwar tetap Anwar. Dan saya rasa kita semua sudah boleh menilai siapa Anwar. Terserahlah kepada kita untuk mentafsirkan SIAPA ANWAR...

    ReplyDelete
  3. Dalam perjuangan politik, 95% adalah golongan opportunist, hanya 5% betul-betul pejuang sejati utk maslahat negara dan ummah.

    ReplyDelete
  4. iutlah masalah kita di malaysia terutamanya kaum melayu..

    kadang-kadang kita terlalu nak bermusuhan sampai lupa hakikatnya orang yang kita musuhi itu tetap ada peranannya satu hari nanti

    kita berparti kita berpilihanraya bukanlah semta-mata mahu jadi jaguh mahu menyelamatkan negara semata-mata

    negara ini adalah negara bersama

    kita mahu menukar dan memilih sesuatu pihak itu bukanlah bermakna kita bersengkongkol dan mahu menghalau kaum sendiri jauh kedalam hutan

    kita hanya mahu apa sahaja pilihan yang terbaik untuk kita dan keluarga kita dan negara kita - rumah kita

    KITA NAK MENGUASAI SIAPA SEBENARNYA, MENGAPA KITA TAK PERNAH CUBA MENGUASAI DIRI KITA SENDIRI....

    ReplyDelete
  5. Memang benar kata tuan manusia yang bernama Anwar ini sekarang terlalu ramai orang yang memusuhinya,yang pasti suatu ketika dulu mereka ini datang dari kumpulan yang sama aliran.
    Lihat saja didalam blog yang anti Anwar,mereka memberi gelaran yang sungguh hina dan mengaibkan.

    Apakah mereka ini sudah tidak mengenal DOSA dan PAHALA oleh kerna terlalu taksub pada partai politik!!!.

    ReplyDelete
  6. Anwar ialah legenda moden,suatu ketika dahulu nasionalis seperti beliau ialah Dr.Burhanuddin al-Helmi yang hari ini gagasan pemikirannya menjadi rujukan ilmiah.

    ReplyDelete