(Bahagian 2 dan Akhir)
MENYAMBUNG tulisan bahagian pertama dulu di bawah tajuk "Siapa Taukeh Cah Keting Dalam Pas Kelantan?", yang mahu mendeskripsikan di sini ialah kenyataan Nik Aziz itu berhubung dengan permainan jatuh menjatuh dalam politik Pas dan bukan dalam aspek lain. Lagipun saya percaya orang akan cenderong mahu mentafsirkan maksud Nik Aziz itu dalam aspek politik.
Saya tidak akan menamakan sesiapa orang yang menjadi taukeh kepada cah keting itu. Saya hanya menghurai dan menurunkan semula sejarah kegeloraan politik Kelantan dari tahun 1995 hinggalah ke hari ini. Dari sini nanti penjenguk dan pemerhati politik Kelantan yang cekap akan dapat membuat kesimpulan sendiri.
Yang ingin saya tegaskan di sini tidak mungkin taukeh cah keting ini Nik Aziz sendiri. Apa yang mungkin terjadi dan itulah hakikatnya Nik Aziz hanya melaksanakan apa yang orang cadang, usulkan atau nasihatkan dia sahaja. Penasihat itu tidak kira dari kalangan kroninya atau penasihat politiknya.
Selebih dia renung dan tilik sendiri dan kalau sempat dia adakan solat istikharah sebelum membuat keputusan atas nasihat yang mungkin datang dari taukeh cah keting itu. Agak malangnya kalau keptusan atas penasihat itu tidak sempat diistikharahkan,
Sejarah politik Kelantan dari 1995 sehingga kini seperti berikut. Tiga tokoh Pas Kelantan telah terpelanting dari kedudukannya yang menjadi tiga tungku kepada pentadbiran Nik Aziz. Mereka ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Abdul Fatah Haron. Mereka ini digelar sebagai Tiga Abdul yang menguasai Nik Aziz.
Abdul Halim dipecat dari kedudukannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Sejajar itu juga beliau telah dipindah bertanding dari kerusi DUN Kijang ke parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 2004. Sekaligus perubahan Abdul Halim itu menafikan peluangnya nuntuk jadi MB Kelantan. Tempat Halim dipenuhi oleh Husam Musa yang sebelum ini bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian.
Serentak dengan tindakan ke atas Halim, Wan Abdul Rahim juga dipecat dari menjadi Setiuasaha Badan Perhubungan Pas Kelantan. Manakala Abdul Fatah yang menjadi regu intim mereka dipecat dari menjadi Ketua Penerangan Pas Kelantan. Tempat Rahim diganti dengan Wan Ismail Wan Jusoh. Manakala tenpat Fatah diganti dengan Takiyuddin Hassan.
Pecat memecat tidak berakhir di situ saja. Selepas pilihan raya umum 2004 berlaku lagi rombakan badan perhubungan Pas Kelantan. Wan Ismail Wan Jusoh yang menjadi setiausaha dipecat atas alasan kegagalan Pas dalam pilihan raya umum pada tahun itu. Pas hanya menang dengan lebihan dua undi saja. Wan Ismail digantikan dengan orang bernama Manaf Daud.
Selepas itu kerja pecat memecat terus berlaku. Takiyuddin Hassan yang mengambil alih tempat Fatah Haron digantikan dengan Zulkefli Mamat. Manakala Manaf yang menjadi Setiausaha dipecat dan diganti dengan Takiyuddin Hassan. Perubahan ini boleh disifatkan sebagai pertukaran logik.
Pecat memecat terus berlaku. Zulkefli Mamat dipecat sebagai ketua penerangan dan diganti dengan Mohd Bhaiki Atiqullah. Pecat memecat terus berlaku lagi selepas itu. Dalam penyusunan badan perhubungan Pas Kelantan, kedudukan Taikyuddin sebagai setiausaha dipecat dan diganti dengan Mohd Zaki Ibrahim. Pemecatan atau cah keting ini yang terbaru.
Sebelum itu pemecatan juga berlaku ke atas penjawat jawatan Bendahari, di mana Dr Izani Hussein yang mengganti Wan Othman Abdullah dipecat dan digantikan dengan Annuar Tan Abdullah.
Kedudukan para pesuruhjaya juga mengalami proses yang sama. Halim Abdul Rahman dipecat sebagai timbalan pesruruhjaya dan tempatnya diganti oleh Ahmad Yaacob. Ismail Noh juga dipecat dan tempatnya diganti dengan Husam Musa. Begitu juga dengan Mohammad Iraq dipecat dan diganti dengan Mohd Amar Nik Abdullah.
Sekali pandang proses pecat memecat dan ganti mengganti itu adalah proses biasa untuk mencari keserasian demi memantapkan parti. Tetapi kalau diselami ke bawa ia akan memperlihatkan permainan politik apa yang dinamakan "cah keting" seperti mana disebut Nik Aziz itu.
Kalau boleh disebut tindakan Abdul Latiff Abdul Rahman merebut jawatan ketua pemuda Pas bersama Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga boleh digolongkan sebagai cah keting. Awalnya pemuda sudah setuju supaya proses peralihan dalam sayap kanan parti itu berjalan secara tradisi di mana naib ketua akan diangkat menjadi ketua. Tetapi tradisi berkenaan tidak menjadi amalan akhir-akhir ini menyebab Latiff sanggup untuk menentang Abduh.
Apakah proses pecat memecat dan gantin menggantikan ini sebahagian buduaya cah keting. Fikirlah sendiri. Dan siapakah yang menjadi master mind di sebalik itu, juga fikirlah sendiri. Biasanya orang yang tidak pernah jatuh dan selalu di atas itu akan dianggap sebagai raja yang penuh berkuasa! [wm.kl. 12:00 t/hari 21/01/10]
Tulisan nya jelas, manusia yg tetap menjadi bahan pukulan tetap anak Musa yang seorang ini.
ReplyDeleteMengapa mengunakan perkataan "pecat memecat" hanya sekadar untuk mengambarkan buruknya cah keting di kelantan.
Saya rasa kalau Tok Guru mengekalkan penjawat awal dan menutup peluang kehadiran bakat baru semata-mata utk menjaga "cah keting" tidak membudaya di kelantan, nescaya Tok Guru juga dirotan. Mungkin dengan perkataan-perkataan lain sebagai pemimpin politik buntu atau sebagainya.
Betulkan ingatan pembacaan saya tentang tulisan karya tuan, suatu dialog tuan dangan Tok Guru tentang membawa pulang baja ke negeri Serambi Mekah ini. Anak Musa yang seorang ini pun baja yang tuan usaha bawa pulang kan?