Saturday, March 6, 2010

Berita Yang Diduga

Akhirnya...Dipecat
Zulkefli Sudah Memperolehi Bantal Yang Diingini

TAHAP kesabaran PKR akhirnya berakhir juga. Petang ini parti berkenaan telah mengambil tindakan memecat ahli parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin. Pemecatan itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Tindakan itu dilihat jalan terakhir setelah parti itu begitu bertolak ansur dengan wakil rakyat berkenaan yang mempamirkan politik tikus belutnya sejak beberapa bulan.

Beliau diberi masa 14 hari untuk merayu. Namun saya percaya wakil rakyat itu tidak akan mengemukakan rayuan. Pemecatan itu bak kata seperti orang mengantuk di sorong bantal. Dia sengaja membuat pelbagai onar dan mengamalkan politik tikus belut bagi memaksa PKR memecatnya.

Saya telah mengetahui sejak awal dulu mengenai hal ini bagaimana satu konsesus telah dicapai antara wakil rakyat ini dengan Najib Razak. Penarikan balik injuksi ke atas kemenangan beliau di kerusi Bandar Baru - Kulim adalah setelah berlakunya perundingan give and take.

Siapa yang mengiringi wakil rakyat ini ke rumah Najib di Jalan Duta dalam pengetahuan saya. Orang itu adalah sang belaci poket tembus yang mudah kelihatan di kaki lima menjelang tengah hari atau senja untuk makan percuma.

Apa yang saya tulis dan dikritik hebat oleh pengkagum wakil rakyat tikus belut ini sudah menjadi kenyataan. Sesiapa berminat boleh belek arked blog ini setahun lepas.

Sementara itu saya tidak fikir wakil rakyat ini akan akur dengan desakan PKR agar beliau mengosongkan kerusi Bandar Baru- Kulim. Katak (pukul) sampai mampus pun beliau tidak akan berbuat demikian. Kalau selama ini beliau berhempas pulih dan habis cara untuk mempertahankan kerusi berkenaan sehingga sanggup menjual maruah dan mengadaikan prinsip Islamnya yang tebal itu, masakan dia akan sanggup mengosongkan kerusi?

Desakan PKR itu hanya sia-sia saja dan akan digelakkan oleh wakil rakyat itu selepas ini. PKR perlu menutup buku wakil rakyat berkenaan dan usah sesiapa mengulasnya lagi. Anggaplah apa yang berlaku satu episod untuk mengajar PKR. Selamat! [wm.kl. 7:15 pm 06/03/10]

9 comments:

  1. Assalamu alaikum tuan. Selamat jalan yang Berhormat Zul. Selamat menempoh penghujung kerjaya politik anda. Bak kata anda bila menamatkan catatan dalam blog anda "hariyos!".

    ReplyDelete
  2. Salam MSO,

    Saya pun berasa bangga kerana PKR akhirnya membuat satu keputusan tegas dalam kes Zul ni. Insyallah, selepas tiada lagi sampah sarap dalam PKR selepas ini.

    Sekarang ini, dok tunggu ramalan MSO dalam kes si baju petak2 merah, kalau dia naik jadi MB dengan cara menekan tok guru.

    Satu undi untuk Pas dalam pilihanraya seterusnya, dah takda. Undi saya kepada sebab percaya pada tok guru je.

    Bagi saya, Husam ni tak sesuai jadi MB kelantan kerana tok guru kata dia budak cerdik jadi patut dia di angkat semula ke parlimen untuk mengantikan Anwar ke, jadi Menteri Kewangan (memandangkan dia lulusan ekonomi)jika PRM (pakatan rakyat malaysia) dapat ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya drama bersiri ini berakhir juga. Dapatlah rakyat tidur lena beserta senyuman.

    ReplyDelete
  4. Saya berasa amat bangga kerana saudara Zul tetap tegas dalam mempertahankan prinsip hidup dan perjuangan beliau. Walaupun beliau dikritik hebat dan dituduh dengan pelbagai, at least beliau tetap teguh disebalik prinsip, dan tidak menjadi lalang bagi membela bangsa dan agama. Saya berharap beliau tidak akan melepaskan jawatan beliau sebagai AP. Kerana beliau berkhidmat utk rakyat skg bukan utk parti. Tahniah Sr. Zul.
    Nizam

    ReplyDelete
  5. saya hairan betul ada yg mengagung2kan tindakan yb zul sebagai 'pejuang Islam'. mungkin org2 umno agaknya. saudara2 sekalian, kalau betul pejuang Islam, x kira siapa pun jadi ahli panel tu, bangun dan tegakkanlah Islam di depan mereka itu. berhujahlah dan berdebatlah. mcm hassan al banna datang berdakwah di kelab malam sampai tumpah semua arak yg dipegang. ini tidak, perangai mcm budak2. kenapa nak sibuk2 pilih sendiri ahli panel Islam saja. adakah ini kualiti pejuang Islam di negara ini, katak bawah tempurung saja layaknya? setahu saya tugas berdakwah tentang keindahan Islam ni bukan pada muslim saja tapi pada non muslim lebih wajib. pada saya yb zul telah gagal dlm ujian Allah kpdnya bila dipecat pkr. gelarannya hanya retorik dan sangat patut dia kosongkan kerusinya!

    ReplyDelete
  6. aku tak paham benar ape pinsip yg cuba diperjuangkan oleh YB Zul nie eloklah dia dikeluarkan.

    pasal jawatan tu eloklah lepaskan saja sebab rakyat pilih bukan sebab dia bagus tapi sebab parti PKR. sudah2lah menjadi hipokrit kata dia bagus sbb ramai orang kulim kata dia mmg tak bagus.

    ReplyDelete
  7. sdra nhasrul.... Alhamdulillah sdra zul mendapat apa yang diidamkan. Sekarang tidak ada lagi halangan zul untuk menyertai UMNO kerana dengan kredibilitinya sebagai pejuang islam yang tulin sebagaimana sdra kata pasti akan membawa manafaat kepada UMNO.

    Tuan Mso,

    Nampaknya selama ini YB Zul sangka dia begitu gah dan cerdik, tiba-tiba kena "berkas dan di tohok" oleh orang yang lebih cerdik dan smart.

    Sejak yb zahrain melompat, YB Zul telah "up"kan permainan dengan PKR untuk menunjukkan bahawa dirinya hebat kepada UMNO sehingga dia boleh demand macam-macam dari PKR. Last-last dia sendiri kena "cah keting dan kena henja" oleh PKR.

    Dalam minggu-minggu mendatang ini sama-sama kita perhati reaksi UMNO mengenai kes yb zul kena pecat. Dari komen-komen pembesar UMNO nanti bolehlah kita nilai harga diri YB Zul ni yang terhegeh-hegeh nak berbudi kepada UMNO.

    Pada saya, peluang yang diperolehi PKR untuk memecat YB zul ni ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Kena atah tong. Setelah PKR dilanyak hingga nak pengsan angkara YB-YBnya keluar parti, ketegasan PKR didalam kes YB Zul ini mempunyai 2 implikasi besar :-

    i. Memberi amaran kepadaa bakal-bakal katak yang bercita-cita nak melompat keluar.

    ii. Memperlahankan rancangan UMNO untuk membeli bakal-bakal katak PKR. saya percaya UMNO sedang mengkaji dengan serius implikasi tindakan PKR terhadap YB zul ini.


    sama-sama kita tengok drama UMNO.


    bat8

    ReplyDelete
  8. Tuan MSO,

    Jika tuan masih ingat masa zaman awal 90an dulu ketika Zulkifli Nordin tengah dok gila ceramah atas pentas PAS di sekitar Tmn Melewar dan Kg Medan..waktu dia ceramah, ada ahli PAS yang terpaksa kerat wayar microfon kerana isi ucapan Zulkifli Nordin ni menghina UMNO cukup menakutkan kerana seoalah2 jika sokong UMNO..maka terpaksalah merengkok dalam Neraka Jahanam selama-lamanya.
    Di kalangan peguam..Zulkifli Nordin adalah dikenali sebagai peguam yang amat tidak difahami perangainya.Cakap tak serupa bikin dan lebih2.
    Watak Zulkifli Nordin inilah yang menyebabkan orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam .
    Maka PKR patut berbangga kerana Firaun Kecil ini sudahpun ditendang keluar dari parti.

    ReplyDelete
  9. Salam MSO.
    Molek sungguh YB Zul dipecat. Orang yang tak faham perjuangan dan tak faham politik berjemaah/berorganisasi memang sesuai masuk UMNO. Tambahan tak ada kelebihan pun pada seorang wakil rakyat ni yang mempertikaikan kehendak rakyat. Kalau diundang ke kenduri bersunat rakyat di kawasan pun boleh merungut dalam kuliah...Lebih baik jangan jadi wakil rakyat. Nasib baik YB Zul tinggalkan PAS dulu & kini PKR untuk rebut dunia..Tidak buat busuk nama parti jer...

    ReplyDelete