Saturday, March 6, 2010

Pelita Senja

Harussani dan Ahmad Awang
Kitab Sama Cuma Tafsiran Berbeza

BANYAK sudah orang mengulas mengenai polemik antara Mufti Perak, Harussani Zakaria dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang. Konkulsi kepada polmik itu bergantung kepada kecenderongan si yang menulis. Kalau mereka itu orang Umno totok dia akan membela Harussani habis-habisan. Manakala kalau dia pro Pakatan atau orang Pas dia akan mempertahankan Ahmad Awang hingga ke titisan darah terakhir.

Macam-macam yang didengar berhubung perkara itu. Harussani terkena kecaman yang kuat dan padu. Sebilangan orang Pas melepaskan geram kepadanya. Ada yang minta supaya Harussani menukar gelanggang. Ahmad Awang sendiri menulis panjang lebar menjelaskan duduk perkara sebenar sambil menafikan dakwaan Harussani di dalam blognya. Semacam ada pembohongan yang dinyatakan oleh mufti itu bagi Ahmad Awang.

Jangan cari siapa benar dan siapa salah dalam soal ini. Ia sudah jadi sejarah. Mauduk yang hendak digapai di sebalik polemik itu sudah pun berlalu. Letaklah kedua-duanya dalam keadaan benar dari sudut dan peranan masing-masing. Ahmad harus menghormati Harussani sebagai mufti manakala Harussani kena hormat Ahmad sebagai ahli siasah.

Manakala kepada orang ramai, yang perlu tengok ialah isu menyebabkan timbul perbalahan mulut antara kedua mereka. Saya yakin atas sifat ilmuan kedua mereka saling hormat menghormati. Darah mereka masih merah dan nur Islam masih terpancar di dahi masing-masing. Warna itu tidak akan kabur sampai ke bila pun. Harussani hormat Ahmad, Ahmad hormat Harussani. Mereka tidak dapat lari jauh kerana sumber hukum dan rujukan mereka sama, al-Quran dan al-Hadtih. Cuma yang berbezanya kaedah mentafsir saja.

Tidak ada pertentangan akidah dari kalangan mereka yang berpegang kepada sumber yang sama melainkan keliru mengenai pemahamannya. Itupun bukan atas perkara pokok tetapi furuk saja atau mengenai keadah melaksanakannya. Kalau umpama hendak tangkap ikan Harussani mahu menggunakan jala dengan menaiki bot, manakala Ahamd pula mahu menggunakan pancing dengan menggunakan perahu.

Perbalahan itu bertolak dari isu, Harussani mahukan Pas berkerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Perak selepas pilihan raya umum lagi. Kata Harussani kalau Pas setuju bekerjasama dengan Umno, Perak akan mempunyai kerajaan yang dibentuk oleh Melayu seratus peratus buat pertama kalinya dalam sejarah negeri itu.

Sejarah inilah yang hendak dicipta dan dikenang oleh Harussani untuk Perak sekurang-kurangannya. Maka itulah dia bersusah payah ke Kota Baru dalam hujan untuk bertemu Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyampai maksud dan cita-citanya. Usaha Harussani ini sewajarnya dihargai kalau semua orang berniat baik.

Sebaliknya Ahmad Awang menolak cadangan itu atas alasan Pas sudah membuat perjanjian awal dengan PKR dan DAP untuk menubuhkan kerajaan menerusi Pakatan Rakyat. Justeru Ahmad tidak boleh menerima pelawaan Harussani kerana beliau takut dikatakan mungkir janji. Sistem "whip" parti menghalangnya.

Bagi saya tindakan Ahmad itu betul kerana itulah janjinya yang tidak termaklum oleh Harussani.
Cuma di sini saya rasa Ahmad Awang tidak melihat apa yang sedang berlaku waktu itu dalam konteks politik dan masa depan orang Melayu. Beliau juga terlalu akur dengan hukum dan tatacara politik yang didalamnya ada ramuan tolakansur, ada ramuan diplomasi sehingga melupai kemungkinan ia dimungkiri secara bijaksana.

Politik sekular boleh menerima dan menolak apa saja. Politik tidak terikat dengan kerigidan hukum agama. Saya berani berkata berlandaskan demikian rupa politik tidak berdosa kalau Ahmad dan Pas Perak jiaklau mereka memungkiri janji yang diperkatakan Ahmad itu.

Kerana itu saya percaya alasan Ahmad Awang itu hanya alasan politik saja bukan perkara yang qatei (mutlak). Apakah memungkiri janji dalam politik ia berdosa besar. Dan apakah tidak ada pelanggaran janji politik dilakukan Pas selama ini yang mana Ahmad Awang adalah salah seorang ahli majlis syuranya? Bolehkah Ahmad memberi jaminan?

Makanya bila Ahmad menggunakan alasan untuk tidak mungkir janji demi menolak cadangan Harussani itu adalah kurang tepat. Saya lebih suka kalau Ahamd menggunakan alasan demi kepentingan politik Pas dan Pakatan di masa depan. Misalnya kalau Pas memungkiri janji menyebabkan kepercayaan DAP dan PKR kepada Pas tidak ada lagi di masa depan. Dalam konteks ini pentingnya kepercayaan sokongan orang Cina. Ini penting untuk jangka panjang bagi parti politik Ahmad. Sebab Umno sendiri pun pernah mengkhianti Pas.

Lagipun persetiaan Pas dengan DAP atau orang Cina bukan saja perlu dalam konteks Perak. Pakatan yang mengangan-angankan untuk memerintah Malaysia, bagi mewujudan Malaysia baru memerlukan persepaduan antara mereka secara lebih luas. Kerana itu Ahmad menolak Umno dan menerima DAP kerana mengharapkan kerajaan lebih besar. Sejarah yang ingin dilakari Ahmad ialah membentuk kerajaan Malaysia bukan saja setakat kerajaan Melayu tulen di Perak! Apa lagi Ahmad yakin bahawa Anwar akan menjadi PM.

Untuk masa depan alasan kenapa Ahmad pertahankan janjinya itu penting. Tetapi soalnya apakah ianya wajar ketika itu? Seperti mana kata Harussani kalau jadi penggabungan Pas dengan Umno satu sejarah tercipta terbentuknya kerajaan Melayu di Perak. Dari segi politik Perak Pas tidak rugi kalau mereka menerima cadangan Harussani itu. Sebab seperti mana kata Harussaani kerusi MB akan diberikan kepada Pas.

Namun atas pengalaman lalu dan kerencaman sejarah politik saya tidak mengira kedudukan itu akan kekal sampai akhirnya. Ini yang mungki dianalisa Ahmad. Apa lagi sejarah kemungkiran politik sering berlaku dari satu masa ke satu masa. Apakah Ahmad Awang kahsyaf dalam hal ini dapat membaca apa yang akan berlaku; bahawa kalau pun Pas jadi MB dengan membentuk kerajaan bersama Umno ia juga tidak kekal, seperti mana tidak kekalnya Nizar Jamaluddin sebagai MB sesudah Pas berpakat dengan DAP dan PKR?

Kesimpulannya mengenai perkara ini, kedua pihak ada hujah dan alasan. Justeru keduanya boleh dianggap betul dan boleh dikatakan salah pada masanya dan ketika itu dan ketika akan datang. Keputusan dan polemik mereka itu tetap akan dirakam dan dibicarakan oleh sejarah.

Sementara di luar melihat senario itu tidak memihak kepada Harussani sebab beliau bukan politician. Beliau adalah Mufti. Di luar orang melihat Mufti tidak wajar campur tangan dalam politik apa lagi secara berlebihan. Namun kalau kita dinginkan kepala, kita dapat merasakan tindakan Harussani itu adalah tepat dengan tangungjawabnya sebagai Mufti untuk menyatukan Melayu dan memperkuatkan Islam.

Bagi Harussani beliau menerima Umno dan Pas satu bangsa dan satu agama. Tinggal lagi belum ada titik tolak besar untuk mereka berangkat menuju ke gunung penggabungan. Jadi bagi saya tidak salah kalau beliau memainkan peranan untuk membentuk gunung perpaduan Melayu seperti mana disebutkan itu.

Akhirnya semua pihak hendaklah memaafkan Harussani kalau Shaibul samaah itu melakukan kesilapan dari birai mata politik dan juga memaafkan Ahmad Awang kalau beliau tersilap membaca maksud tersirat terhadap pelawaan Harssani itu sehingga Perak dan orang Melayu tidak berpelung mencipta sejarah membentuk kerajaan Melayu 100 peratus. [wm.kl 6:00 pm 06/03/10]

7 comments:

  1. (Comment to Blog MSO)

    Salam perkenalan MSO,

    Saya beberapa kali telah membuat blog tetapi jarang kemaskini hingga lupa apakah username & pwd. Kini saya membuat blog baru.

    Saya sengaja gunakan cahaya politik dan tidak mahu memperkenalkan diri saya sebenar kerana saya bukan orang politik, saya bukan penulis sepenuh masa seperti MSO, tetapi saya hanya insan biasa yang mengikuti perjalanan siasah politik negara. Saya akui saya menjadi ahli kepada parti politik - namun apabila menjadi ahli bukan semua perkara yang perlu kita setuju membuta tuli. Bagaimanapun sekiranya MSO mensyaratkan juga saya perlu perkenalkan diri - saya tidak keberatan untuk memperkenalkan diri saya, cuma saya mohon identiti saya tidak didedahkan - cukuplah dengan cahayapolitik - cahaya masa.

    Mengenai Sohibussamahah Ustaz Harussani vs Ustaz Ahmad. Seperti yang MSO nyatakan kedua-dua nya adalah alim-ulama' - saya turut mengakui. Saya bersetuju dengan tulisan MSO seperti di para terakhir maafkan kedua-duanya.

    Bagi orang awam di luar sana - terutama seperti saya, saya akui saya tidak mempunyai pengetahuan agama setinggi mereka berdua - adalah tidak layak untuk saya dan kita semua
    (sekali lagi - tidak mempunyai pengetahuan agama seperti mereka) untuk menyalahkan kedua-duanya atas apa yang telah berlaku. Saya percaya mereka berdua sedang memikul amanah agama untuk kebaikan ummah. Kekhilafan mungkin akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya ia berlaku diperingkat mereka yang memegang amanah Allah. Janganlah kita pula yang menambah-nambah rencah menjadikan masyarakat semakin berkecah. Jika ada sebarang ketidakpuashatian - kembali lah semula kepada mereka berdua untuk mendapatkan penjelasan dan barulah membuat pertimbangan sewajarnya. Jika tidak boleh membuat pertimbangan, cari orang ke-tiga untuk mendapatkan pandangan. Tetapi jangan pula jumpa sebarangan orang - carilah orang yang berilmu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan,
    saya bersetuju dengan pendapat Tuan, perbezaan pendapat 2 ulama' ini atas ijtihad masing-masing dan berdasarkan peranan masing-masing menghadapi sesuatu isu.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum tuan. Sesungguhnya mengharapkan perpaduan sesama Melayu di Tanah Melayu ini memang amat ditunggu-tunggu. Sememangnya kita berharap agar perbezaan politik jangan sampai menghancurkan kita di tanah air kita sendiri. Apabila dua ilmuan berbeza pendapat dan perbezaan itu pula di bawa kepada masyarakat awam seperti kita memang yang jadi keliru adalah orang awam.

    Bagi orang awam, kita amat berharap agar ulama dan ilmuan ini yang akan membimbing kita ke arah kesejahteraan menuju redha Allah. Namun seandainya mereka berkeadaan demikian maka siapalah yang boleh kita harapkan untuk membimbing kita lagi.

    Bagi saya, pertelingkahan PAS dan UMNO adalah suatu pertelingkahan yang kadang-kadang tidak berjejak di bumi nyata. Pertelingkahan itu pula tidak berasaskan kepda disiplin-disiplin ilmu yang sepatutnya. Masing-masing cuba mendapat keuntungan politik dari pertelingkahan itu. Kelihatannya mereka akan menunjukkan siapa di antara mereka yang akan menjadi juara dan benar boleh diberi kepercayaan politik dalam merebut kuasa. Apabila kedua mereka ini bercakap atas nada dan irama yang mereka alunkan maka hanya peminat irama yang berkenaan sahajalah yang boleh menerimanya. Makna kata kalau seorang mengalunkan irama rock maka peminat lagu rock sahajalah yang boleh menerimanya sedang yang seorang lagi yang mengalunkan irama jezz akan diterima oleh peminat lagu jezz.

    Dalam hal ini, kalau dapat dan amat indah kalau keduanya dapat mendendangkan irama Melayu dan pastinya orang Melayu akan dapat menerima kerana orang melayu akan tetap menerima apa yang Melayu dan di tambah pula Irama Melayu itu dipenuhi dengan lirik Islam yang membina secara bersama dengan penuh keikhlasan tanpa ada dibauri dengan bayangan politik maka ia akan menjurus kepada perpaduan yang diharapkan.

    Namun begitu, sesuai dengan kedudukan mereka juga, kita harus meletakkan realiti semasa dan fakta silam sebagai kayu ukur yang tidak boleh diketepikan. Pengalaman dan peristiwa yang berlaku tidak sebenarnya mudah utnuk membuka ruang yang kondusif untuk kedua-kedua parti dan jurucakapnya mengambil jalan tengah. Sewaktu Ahmad Awang bercakap sebagai pengerusi Persatuan Ulama Malaysia dulu nadanya agak lembut berbanding dia sebagai pemimpin PAS Sedang Tan Sri Harussani lebih dikenali sebagai pegawai agama kerajaan Negiri Perak yang kenyataannya pula melampaui kedudukannya sehingga dia lebih kelihatan memihak. Saya yakin seandainya pertembungan ini berlaku sewaktu Ustaz Ahmad Awang dalam PUM mungkin nadanya agak berbeza walau pun yang hendak disampaikan adalah sama.

    Satu lagi perkara, persaingan yang ada sesama PAS dan UMNO tidak banyak memberi kebaikan kepada Melayu dan Islam. Mereka seolah-olah atau salah satu dari mana-mana pihak tidak mampu untuk bersaing secara positif untuk menawan hati rakyat. Mereka tidak bersaing sebagaimana CELCOM dan MAXIS bersaing di mana persaingan antara kedua telco ini akhirnya membuatkan rakyat benar-benar mendapat kebaikan dan telko-telko tersebut berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda. Kedua telko ini tidak pun cuba membunuh antara mereka. Mungkin sudah sampai masanya untuk UMNO dan PAS belajar cara bersaing yang membolehkan keuntungan kepada rakyat dan PAS juga UMNO yang akhirnya orang Melayu dan Islam akan kelihatan lebih bermaruah seterusnya bersatupadu dan mengangkat martabat bangsa dan agama secara bersama.

    Pas dan UMNO sebenarnya mempunyai produk yang boleh dipasarkan kepada orang Melayu dan orang Melayu memang memerlukan produk-produk dari kedua-duanya. Malangnya persaingan yang tidak beretika dan bermoral apatah lagi dalam konteks akhlak membuatkan produk-produk itu tidak dipasarkan dan dimanfaatkan orang Melayu dan kita masaih terus bercakaran.

    ReplyDelete
  4. salam tuan,
    saya hormat harussani kerana ilmunya, tapi maaf bacaan politiknya tidak setinggi ahmad awang. kita semua setuju ahli politik dari kalangan ulama juga mesti pakar politik. pada saya apa yg dicadangkan oleh harussani tidaklah melihat realiti sebenar taburan rakyat di negeri perak. kalaulah agenda kerajaan melayu perak 100% itu menjadi saya rasa perak akan lagi 'chaos'. ini kerana pas/pkr akan dikenang sebagai pengkhianat. sebabnya kita mesti ingat bukan pengundi melayu saja yg mengundi..baik umno mahupun pkr/pas. pengundi bukan melayu juga faktor penentu yg menghantar seseorang itu ke DUN. dgn kata lain yb umno atau pas menang kerana ada undi dari melayu & ada undi dari cina/india. jadi tak boleh nak pilih kerajaan dari melayu saja kerana ia akan mengkhianati undi dari cina/india yg juga mahukan saluran utk mereka. dari segi ini amat setuju dgn uslub ahmad awang.
    satu lagi, pelawaan harussani kpd pas hanyalah mimpi di siang hari. bila melihat realiti sebenar operasi dlm jabatan kerajaan negeri itu ia tidak seindah yg diimpikan mufti itu. dlm hal ini hanya org yg pernah merasainya yg tahu. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    Pada saya satu saja. Siapa diantara kedua mereka ini bercakap tidak betul. Cakap lain buat lain. Itu sudah cukup untuk saya tidak hormat dan pandang seseorang itu macam sampah!

    Saya kurang ambil kira siapa dia, keturunan, bangsa dan anutannya.

    Kalau terbukti pembohong, ulama ke Mufti ke, saya pandang macam sampah!!!

    ReplyDelete
  6. Ahmad Awang bercakap dari sudut politik yang Harussani tidak arif mengenainya.

    Kerajaan Melayu 100% ? Itu cita-cita Harussani sahaja. Hakikatnya, jika UMNO diberi kuasa semula, ia tidak akan jadi begitu. Masakan UMNO, bila berpakat dengan PAS akan lupakan hak MCA, MIC, PPP dan Gerakan di Perak ? Cuma PAS yang terpaksa lupakan PKR yang bersama2 bekerja dengannya sebelum pilihanraya.

    Kalau begitu jadinya (Umno ketepikan rakan BN), apa akan jadi dengan masa depan politik negara ? Purely racist.

    Keputusan Ahmad Awang betul. Harussani bukan orang politik. Dia tidak faham apa masalah PAS selama ini. Pahit maung PAS, perit pedihnya penyokong PAS dizalimi langsung tak berbekas di hati Harussani.

    Umno akan kembali kepada Umno yang asal selepas mendapat semula kuasa. Umno memang begitu, dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  7. sekurang-kurangnya ramai orang melayu dapat tanah masa PR memerintah negeri ini dahulu

    betul kata PRIMEHONDA "hanya org yg pernah merasainya yg tahu"

    ReplyDelete