PANDANGAN Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar agar Pas tidak menerima Zulkefli Nordin sekiranya bekas wakil rakyat PKR itu memohon untuk menyertai Pas saya tengok ia bukan pandangan songsang ataupun sempit. Kata Mahfuz kalau Pas terima wakil rakyat berkenaan ia tidak memberi untung langsung kepada parti itu.
Saya setuju dengan pandangan Mahfuz itu. Pandangan beliau kali ini positif dan ada kelas. Penolakan itu bukan saja untuk menjaga hati PKR dan mempertahankan semangat maufakat dalam Pakatan Rakyat,tetapi kita faham ia bagi mengelakkan Pas tertimpa dengan penyakit yang bakal dibawa oleh wakil rakyat berkenaan.
Wakil itu menganggap dirinya kini sebagai seorang janda yang baru ditinggalkan. Pun begitu dia kononnya dia sudah diintip oleh Pas. Perasaan dia itu timbul ekoran salah laporan sebuah portal berita terhadap ulasan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan parti itu bersedia menerima wakil rakyat berkenaan.
Kenyataan salah lapor itu menyebab wakil rakyat 'tikus belut' berkenana terperasaan yang dia dirisik oleh Pas. Apa yang berlaku salah laporan dan Tuan Ibrahim sudah menjelaskan duduk perkaranya. Yang dimaksudkan Tuan Ibrahim ialah dalam konteks keterbukaan parti itu menerima sesiapa saja tetapi tidak terkhusus kepada wakil rakyat berkenaan.
Kalau Pas tolak keinginan janda itu tidak pelek. Kerana di kalangan Pas sudah lama mengenali keperibadian wakil rakyat berkenaan yang tidak sesuai dengan Pas. Banyak gelagat dan tindak tanduknya bertentangan dengan naluri dan sifat orang Pas. Lagipun Pas sudah faham benar dan kenal benar siapa dia wakil rakyat berkenaan. Sebelum ini dia pernah duduk dalam saf kepimpinan Pas Wilayah Persekutuan dan pernah berpuluh kali berceramah di Taman Melawar, ibu pejabat lama Pas.
Pas sudah tahu sejauh mana kemampuan dan kelentungannya. Bukan itu saja Pas pernah memberi ruang kepadanya bertanding di kerusi parlimen tahun 2004. Sejauh mana sumbanganya kepada Pas dan Islam negara ini juga cukup diarifi oleh Pas. Termasuk perbuatan dan kata-kata munafik yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan. [wm.kl. 8:30 pm 08/03/10]
Tuan MSO,
ReplyDeletePAS harus ada mekanisme bagaimana dan siapa patut bercakap mengenai sesatu isu yang boleh dijadikan peluru oleh UMNo dan konco-konconya untuk memburukkan PAS dan mengeruhkan suasana dalam Pakatan Rakyat.
Alasan salah lapor ini satu alasan lapuk dan terlalu kerap digunakan oleh pemimpin PAS apabila kenyataannya tertembak kaki sendiri. Berpuluh-puluh tahun dalam politik, dah berpuluh-puluh mungkin beratus kali kena, tak reti-reti lagi dan tidak pernah belajar dari kesilapan.
alasan diputarbelit, salah lapor tidak dapat merungkai kesan negatif yang timbul dari kenyataan akhbar kelas bola tanggung ni.
Pemimpin PAS kena faham, kejayaan PAS membawa Islam kearus perdana politik negara hari ini dan kejayaan memperkenalkan kesyumulan Islam kepada bukan melayu dinegara ini adalah kejayaan yang dicapai dalam 3/4 tahun ini sahaja.
Kejayaan dalam masa yang singkat singkatpasca PRU12 ini melebihi perjuangan PAS selama 50 tahun sebelum ini.
Hari ini, PAS dan Islam yang dibawa oleh PAS mendapat sokongan dan membawa harapan bukan sahaja orang melayu Islam tetapi sebahagian besar bukan melayu.
Janganlah alasan salah lapor, diputarbelit dijadikan alasan dengkel untuk menutup " unsavy political statement". Melainkan PAS mahu Islam kembali menjadi melukut ditepi gantang sebagaimana sebelum tsunami Mac 2008.
bat8
mengapa nak recycle barang yang terbuang sedangkan sudah jelas barang tersebut tidak boleh lagi dikitar semula mengikut kata para pakar
ReplyDeletedisamping itu bukankah lebih baik mengelakkan sebarang bentuk kontroversi antara kawan-kawan, sekiranya Zul Nordin menyampah kepada PKR lebih baik lagi dia menyampah keseluruhan PR
pergilah kepada umno dan janganlah jadi munafik...
Assalamu alaikum tuan. Sebelum melayar blog tuan hari ini, saya telah dimaklumkan oleh seorang teman bahawa YB Kulim Bandar Baru ini mencabar Wan Azizah supaya meletakkan jawatan sebagai presiden PKR dan bertanding di Kulim Bandar Baru dan berita ini didapatinya dalam STAR Online.
ReplyDeleteSaya ingat dia ni dah gila talaq agaknya. Bukankah Kak Wan tak layak untuk bertandingdalam pilihanraya di mana-mana peringkat selama 5 tahun kerana telah meletakkan jawatan Ogos 2008 lalu. Dia pun lupa ke, kalau dia (YB) letak jawatan untuk bertanding, dia pun akan kehilangan kelayakan untuk bertanding juga. Akhirnya dua-dua tak boleh bertanding.
Satu lagi, apa kena mengena pula bertanding di Kulim Bandar Baru dengan jawatan Presiden PKR sedang YB ni dah bukan ahlinya. Kesian pula saya pada peguam ni. Eloklah PAS berfikir sejuta kali untuk ambil orang dah gila talaq ni.
memang betul..dah gila talak yb zul ni. tetiba je bantai dr. wan pasai apa? yg dia pukul anak sindir menantu selama ni kan dsai, alih2 bini dia plak kena.
ReplyDeleteelok la join fairus & mohsin dlm kelab yb2 gila talak tu..
Assalamualaikum Tuan MSO
ReplyDeleteSaya agak tercuit dengan lebel yang digunakan dengan individu tersebut sebagai Janda Berpenyakit. Saya kira PAS haruslah berhati-hati atau menolak sama sekali apa jua tindakan sama ada untuk merisik dan jauh sekali untuk meminang. Nanti dikuatiri penyakit yang dihidapi oleh janda tersebut akan berjangkit kepada seisi keluarga PAS.