Monday, March 8, 2010

Puas Petang

Apa Yang Ezam Bongkar di AU Semalam?

MALAM tadi telah berlangsung ceramah perdana bertajuk Kebenaran Akan Dibongkar. Host atau penceramah utamanya ialah Ezam Mohammad Noor. Sayang saya tidak mengetahui ceramah berkenaan kalau tidak teringin juga untuk menghadirinya. Tempat seramah itu Au dekat saja dengan kediman saya.

Kalau tidak boleh dengar apakah kebenaran yang dibongkar oleh Ezam itu. Lagipun lama tak dengan pemuda macho ini berceloteh dan memanjang leher atas pentas.

Saya hanya tengok beberapa keping gambar majlis itu yang disediakan oleh pegawai khas Perdana Menteri, Zaharin Mohd Yassin dalam facebooknya. Tidak dinyatakan atau pun dicatatkan pula kebenaran atau pembongkaran yang telah didedahkan itu. Melihat kepada foto yang dipost ceramah itu agak mendapat sambutan juga walaupun ia pastinya tidak sehebat ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Tetapi dari foto itu yang jelas yang banyak hadir ialah warga emas. Anak mudah nampaknya kuren....

Turut berceramah dengan Ezam ialah, Anuar Shaari bekas pegawai Anwar Ibrahim. Tidak pula kelihatan Sallehuddin Hashim bekas Setiausaha Agung PKR yang baru meninggalkan parti berkenaan yang masih mengaku dia seorang refomis. Begitu juga muka Nalakarupan tidak nampak, mungkin dia duduk dalam gelap.

Mungkin ceramah itu akan jadi lebih perdana lagi kalau ada Sallehuddin, bersama tiga ahli parlimen PKR yang telah keluar parti dan dipecat itu. Mereka tentu banyak perkara yang hendak didedahkan. Dicampur dengan apa yang Ezam dedah, Annuar Shaari dedah tentu ia berkotak-kotak maklumat dan rahsia yang terdedah.

Harap-harapnya adalah mereka yang merakam ceramah semalam dan boleh dikirimkan kepada saya untuk dengar dan tahu apakah pendedahan malam semalam. Kalau setakat hendak cerita kisah lama soal pembelian tuala wanita Wan Azizah semasa bersama PKR dulu rasanya tidaklah begitu gah sangat. Atau nak sebut fasal saham milik Azmin Ali, perkara dah pun basi. Kenapa tidak didedah 10 tahun lalu? Jadi kalau didedah sekarang nampak sangatlah pendedahan itu dibuat atas dasar peribadi.

Mudah-mudahan selepas ini akan ada lagi ceramah seperti itu yang bergabung dengan NGO bernama Perkasa. Lebih menarik lagi kalau ceramah pendedahan itu dibuat road show ke seluruh negara termasuk Selatan Thailand dan Singapura dan sebahagian Indoensia. Untuk road show ini Perkasa boleh uruskan. Panggil sekali ketuanya. Untuk lebih gah undang kesemua mereka yang telah keluar PKR itu. Saya mencadangkan saja. [wm.kl. 6:50 pm 08/03/10]

1 comment:

  1. comel dah pandangan mso tu,,, panggil belako buat road show...
    eleh... kalau pas,pkr buat road show cakap hal fitnah demo dok bising pun, kawe ingat lagi masa pas dapat perintah terengganu dulu hj hadi kato nak dedah penyelengan kerajaan wan mokhtar yang berkotak2 fail penyelewengan, sampai sekarang mana ada,,, hipokritnya....dah wakpo mso dok bantai getek...

    ReplyDelete