Pejuang Aceh Merdeka Telah Kembali Kerahmatullah
JAM 2:20 minit petang tadi saya menerima SMS dari Tan Sri Sanusi Junid yang juga Presiden Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (Imam) mengenai pengembalian ke Rahmatullah Presiden Aceh Merdeka, Hassan Di Tero.
Menurut Sanusi, Hassan meninggal dunia di hospital Zainal Abidin Banda Aceh kira-kira jam 12:15 tengah hari tadi waktu Aceh.
Hassan meninggal dunia dalam usia 85 tahun. Beliau dilahirkan pada 25 September 1925 di kampung Ditero, Aceh. Setelah mengistyharkan perang ke atas Indonesia untuk membebaskan bumi Aceh beliau bersama beberapa rakannya berangkat ke Sweden bagi menggerakkan perjuangan dari luar negara.
Antara rakan Allahyarham yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Aceh ialah Daud Barueh yang juga merupakan datuk kepada isteri Sanusi Junid.
Hassan berada di Sweden dan menubuhkan kerajaan Aceh merdeka di sana selama tiga puluh tahun. Sementara rakyat Aceh berjuang dengan mengangkat senjata dan bergerila di dalam hutan Hassan dan rakannya melobi dunia luar supaya mengadakan tekanan ke atas Jakarta.
Tahun 2008 setelah Aceh diberikan kuasa autonomi untuk memerintah Aceh, Hassan berangkat pulang bagi menyambut kemenangan penuh bererti itu. Semasa dalam perjalanan pulang beliau sempat singgah di Kuala Lumpur. Dalam kesempatan ini saya mengambil kesempatan berjumpa dengannya dan mengadakan interviu rengkas.
Dalam perjumpaan itu Hassan membayangkan rasa gembira atas apa yang berlaku di Aceh. Menurutnya sebaik saja termenterai perjanjian antara Jakarta dengan kerajaan Aceh merdeka yang membolehkan Aceh menguruskan sendiri tanah airnya, Hassan tidak sabar untuk pulang.
Pada pertemuan dan interviu ringkas di sebuah hotel di Shah Alam itu, Hassan membayangkan dia akan pulang dan kalau diizinkan Allah, mahu mati di bumi kelahirannya.
Kepulangan Hasaan ke di Aceh disambut puluhan ribu rakyat Aceh. Hassan juga diberitakan telah menjelajah ke seluruh daerah Aceh bagi menemui rakyat Aceh yang selama ini merinduinya.
Hari ini sebelum azan Zohor berkumandang tadi, cita-cita terakhir Hassan itu untuk jasadnya disemadaikan di tanah Aceh menjadi kenyataan. Al Fatihah. [wk.kl. 3:00 pm 03/06/10]
Tuan MSO
ReplyDelete1. Innalillah hi wainna ilaihiro jiuuun. Alfatihah. Semoga Almarhum Dr Tengku Hassan Di Tiro ditempatkan bersama-sama para solihin dan syuhada.
2. Ambo tidak mengenali Almarhum secara peribadi. Tetapi ambo mengikuti sejarah perjuangan beliau memikul amanah nenek moyangnya untuk memimpin rakyat Aceh untuk merdeka dan membebaskan Tanah Aceh Serambi Mekah dari kuasa luar.
3. Almarhum sebagai individu adalah seorang yang hebat. Beliau dibesarkan diluar negara setelah nenek moyangnya gugur syahid mempertahankan bumi Aceh dari serangan Belanda.
4. Sebelum kembali ke aceh dalam tahun1978 untuk menubuhkan Gerakan Aceh Merdeka ( GAM), beliau menetap di amerika dan mempunyai perniagaan yang besar. Syarikatnya berurusan dengan syarikat-syarikat fortune 500 dan juga dengan negara-negara islam di asia barat.
5. Dari segi akademik, kalau tidak silap saya beliau memiliki 2 ijazah kedoktoran dari universiti ternama di amerika. Professor-profesor yang mengajarnya adalah antara yang ternama di amerika ketika itu.
6. Saya mengikuti perjuangan beliau melalui buku-buku keluaran GAM yang boleh dibeli diibukota. Anataranya adalah sebuah autobiografi mengenai perjalanan perjuangannya. Buku ini merupakan journal harian sejak beliau kembali keAceh untuk memimpin rakyat Aceh menghadapi TNI sehinggalah beliau berangkat ke sweden untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan.
Cerita selanjutnya telah ceritakan oleh Tuan MSO.
3. Seorang lagi tokoh perjuangan Aceh yang saya kagumi adalah Tengku Daud Buereh. Beliau juga tidak kurang hebatnya. Perjuangan se zaman perjuangan sukarno yang menuntut kemerdekaan dari belanda.
Namun perjuangan tengku Daud adalah berdasarkan Islam manakala perjuangan Sukarno berdasarkan semangat nasionalis semata-mata.
4. satu Insiden yang perlu dinukilkan untuk tatapan semua. Pada satu masa Sukarno telah terkepung oleh pihak Belanda. dengan kehendak Allah, beliau terlepas lalu lari ke Aceh. Sukarno sampai ke aceh dengan compang camping dan luka-luka.
5. Setelah dirawat, sukarno telah menemui Tengku daud untuk mendapat bantuan untuk sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Indonesia.
3 kali tengku Daud bertanya sukarno:" UNTUK APA INDONESIA MERDEKA". Setiap kali Sukarno menjawab: UNTUK ISLAM!
Setelah berpuas hati Tengku daud telah memerintah rakyat aceh membantu perjuangan UMNO. maka rakyat Aceh telah menderma wang, emas dsb. bahkan rakyat aceh telah menhadiahkan sebuah kapalterbang untuk Mohammad hatta pergi kesana kemari untuk mendapat sokongan antarabangsa.
Apabila Indonesia merdeka, Sukarno memungkiri janjinya kepada Tengku daud Buereh dan rakyat Aceh.
4. Tengku daud mati diusia yang lanjut setelah dibebaskan oleh rejim suharto dari kem seksaan. SEpanjang hayatnya beliau berjuang menentang belanda, kemudian sukarno dan Suharto.
bat8
ps: Aceh dan Kelantan mmpunyai banyak persamaan. Antaranya tempat.Tuan MSO tentunya lebih ariff.