Bila Pengarah Jais dan Bekas Mufti Saling Ludah Meludah
AGAK cemar untuk saya menulis dan mengupas isu ini kerana ia melibatkan air liur. Tetapi bila mengenangkan petua diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim agar kita mengamalkan meminum air liur sebelum berus gigi waktu pagi, maka saya merasakan isu ini tidaklah menjijikkan. Jadi saya ringankan juga tangan untuk mengupas isu, air liur ini meskipun ianya remeh.
Isu ini remeh sebenarnya. Iya la, halnya air liur. Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa berlaku upacara menelan air liur di sebuah masjid di Selangor. Ekoran dakwaan beliau itu menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak dapat tidur terpaksa turun menyiasat dakwaan berkenaan.
Penyiasatan Jias itu menunjukkan isu telan air liur ini besar dan penting di Selangor. Ia mungkin lebih besar dari isu 'togok' arak ataupun todi. Kenapa saya kata begitu, kerana isu telan todi (tuak masam) dan arak tidaklah sampai menjadi perdebatan dan polemik seperti isu telan air liur itu.
Begitu juga di sebelah Asri kenapa beliau tidak mendakwa ada memainkan isu ada orang Islam telan arak di negeri Selangor. Mungkin isu arak sudah menjadi kecil? Arak ada kilang di Selangor manakala air liur kilang dalam mulut saja. Kilang dalam mulut lebih penting disuarakan dari kilang atas tanah. Sebab dan alasan bagi Asri kenapa beliau mendedahkan kejadian itu kerana ada hubung kaitnya dengan sikap taksub umat Islam terhadap guru hingga sanggup menelan air liur. Bagi beliau ia perbuatan yang biadah, menjijikkan dan mungkin menyebabkan akidah boleh tergelecah.
Sikap taksub kepada guru tidak disenangi Asri kerana ianya bidaah! Mungkin begitu. Tetapi bagaimana pula kalau suatu hati nanti ada orang taksub kepadanya, misalnya turut meminta untuk minum bekasnya? Apakah beliau akan larang?
Saya rasa isu telah air liur seperti mana dakwa Asri ini tidak perlu diperbesarkan. Asri tidak payah menulis dan Jias pula tidak perlu menyiasatnya. Adalah lebih baik kalau mereka berdua menukar isu itu kepada isu lain yang lebih besar dan memberi manfaat dan maslahat kepada seluruh umat Islam negara ini. Carilah isu-isu bersifat global yang boleh mendatangkan kemakmuran dan kemajuan kepada Islam.
Air liur, ah... meloyakkan. Malu kita kepada penganut agama lain bila menimbulkan isu ini. Orang akan menganggap umat Islam Malaysia ini sudah tidak ada isu yang lebih besar lagi selain bermain dengan air liur. Dalam perhatian saya isu air liur ini ditimbulkan semuanya perpunca daripada pendakwaan Jais terhadap Asri yang berceramah di Selangor tanpa tauliah. Kalaulah Jais boleh bertindak kerana seseorang berceramah tanpa tauliah, kenapa orang telan air liur guru tidak boleh disiasat. Jadi Asri menulis itu sengaja mahu memerangkap dan mempermainkan Jais. Bila Jais bingkas terhadapnya bermakna perangkap Asri terkena sudah.
Isu ceramah tanpa tauliah ini rasanya lebih afdal untuk diperdebatkan, jika dibandingkan dengan isu air liur. Tetapi kerana isu air liur ini ada kena mengena dengan isu pendakwaan tanpa tauliah maka ia turut sama dikaitkan walaupun isu ini meloyakan.
Kepada Asri baik beliau mencari 'kegiatan' lain yang lebih besar bagi menunjukkan wujud ketaksuban kepada guru di kalangan umat Islam di negara ini khususnya Selangor. Mungkin masih ada lagi perbuatan dan pengorbanan lain yang berakibat daripada taksub kepada guru. Misalnya kes membabitkan pembunuhan ke atas saudara mara sendiri mugkin ada kena mengena dengan rasa taksub. Begitu juga kes-kes melibatkan sex antara guru dengan murid kerana taksub lebih menarik untuk didedah dan dipolemikkan.
Begitu juga tanggapan orang sudah mati sebagai ghaib dan akan hidup semula, rasanya lebih sesuai untuk bahaskan dan daripada membincangkan kejadian telan air liur. Kepada Jais pula sepatunya tidak mempedulikan dakwaan Asri itu. Biarlah kalau ada kejadian itu, telan air liur kerana ia tidak memudaratkan umat Islam. Banyak mana sangat orang lalu untuk telan air liur gurunya?
Hari ini gara-gara isu air liur ini telah berlaku ludah meludah anatar Jais dengan Asri. Semalam pengarah Jais Muhammad Khusrin Manawi menjelaskan dakwaan Asri itu tidak betul. Katanya apa yang berlaku hanya minum air zam-zam dalam satu cawan bergilir-gilir saja. Asri pula hari ini telah membetulkan istilah yang digunakan, katanya bukan telan air liur tetapi sebagai 'bekas mulut' saja.
Jadi kalau Asri sudah menukar istilah dari telan kepada bekas mulut untuk apa Jais nak panggil saksi lain lagi bagi menyiasaat apa yang dikatakan Asri itu. Bekas mulut tidaklah seteruk menelan air liur. Eloklah isu air liur yang tidak haram ini dihentikan. Baik Asri dan Jais carilah isu lain yang lebih besar dan 'aula' untuk dibahaskan, kerana apa juga anda perkatakan akan menjadi perhatian umum. Jangan gara-gara isu air liur ini Asri dan Jais akan dirakam oleh sejarah bahawa pernah berlaku perdebatan air liur antara bekas Mufti dengan sebuah institusi agama di Selangor. Memalukan! [wm.kl. 6:50 pm 02/06/10]
Salam MSO,
ReplyDeleteIsu telan air liur ni memang sengaja di buat2 oleh dr asri ni..kalau ada masa dan kelapangan kupaslah isu ini dalam bentuk ilmiah & gerakan wahabi di malaysia sekarang....pening org jenis ini.
# Kita pernah berjumpa di Bukit Sentosa (Pondok Panas) semasa pilihanraya kecil di Huku Selangor tempoh hari & selamat maju jaya
Apa alasan bekas mufti ini mencetuskan isu air liur ini hanya dia yang tahu. Tapi yang hairannya si JAIS 'melenting' dengan isu remeh ini. Saya anggap remeh kerana duduk perkara sebenarnya tidak diketahui, sedangkan isu besar seperti keruntuhan akhlak remaja masa kini yang sudah terbukti kesannya seperti gejala pembuangan bayi tidak diambil serius.
ReplyDeleteMungkin si JAIS buat kerja, tapi apa kerjanya orang tak tahu maka orang akan anggap JAIS tak buat kerja.
isu ini sungguh melucukan dan cara ulasan saudara menyebabkan saya ketawa berdekah dekah
ReplyDeletePengarah JASI perlu memikior banyak tugas lagi selain dari memantau penceramah menyampaikan kuliah. Antaranya Pesta Maksiat sana sini, Kelab malam, Karaoke yang tumbuh macam cendawan, anak luar nikah, buang bayi, Kaum wanita tak tutup aurat, Pasangan mudamudi merlakukan perkara yang tak senonoh, minum arak, brjudi dan seribu macam perkara mungkar.
ReplyDeletepatutnya jais lebih peka terhadap maksiat yang terbuka seperti konsert konsert dalam tv tu..
ReplyDelete