Wakil Rakyat Oportunis Tipu Orang Kampung
Malam tadi saya jumpa kawan lama yang sama-sama bekerja keras untuk menaikan seorang manusia bagi mencapai cita-citanya dalam dunia politik. Semasa wakil rakyat berkenaan 'jelepek' macam anjing buruk telinga, kawan inilah yang jadi hamba abdinya, mengangkutnya ke sana ke sini masuk kampung keluar kampung. Dialah menjadi teman bercakap, berbual dan juga minum kopi dan popia panas di hotel Perdana di Kota Bharu.
Saya selalu melihat dia kerana saya juga bersama individu berkenaan. Baik saya atau kawan ini membantu manusia ini atas dasar kesian mengenangkan nasibnya yang tidak ada kuasa, dicemuh dan dibenci orang serata tempat kerana perangainya dan hidup macam kera sumbang selepas dibuang oleh partinya.
Saya kira kawan ini juga sama seperti saya. Suka memikul biawak berlumut untuk dibersihkan sebelum dilepaskan semula dalam kloni awam. Prinsip saya selagi manusia itu tidak berbuat jahat di depan kita dan melibatkan diri sendiri, sejuta kali kejahatan dikatakan orang saya tidak akan terima. Itu semua adalah cocokan syaitan dan hasutan bagi merenggangkan kita dengan seseseorang.
Bukan tidak tahu dan tidak dengar kejahatannya yang dicerita dan diperkatakan orang tentang manusia ini, sudah padat telinga mendengarnya. Baik saya dan kawan berkenaan mendengarnya, malah tahu lebih daripada itu mengenai diri manusia itu. Kata si kawan itu (maaflah), berapa panjang 'rambut-rambut' kecil dalam kain orang itu juga dia tahu. Bidalan itu bagi menggambarkan dia rapat dan intim dengan manusia berkenaan.
Namun dia tidak peduli dan terus membantunya. Berkat bantuan dan sokongan akhirnya manusia itu berjaya. Kedudukannya terpulih semula. Dia dilihat hebat kerana dalam orang tidak sangka boleh berjaya dapat berbuat demikian. Selepas dia menang maka ramailah kawan-kawan mengerumuninya. Yang dulu pandangnya macam tengok anjing, kini terbelalak mata melihatnya bagaikan seekor gajah hitam yang perkasa dapat memberi wang bergunung.
Kawan yang dulu membantu siang dan malam mulai berjauhan dan dijauhi. Tetapi kawan itu tidak kisah, asalkan dia selamat dia sudah gembira dan bahagia. Umpama kita yang diminta tolak kereta mampus, tidak mengapa kita ditinggal asalkan kereta hidup dan terus berjalan. Biasalah si penolak kereta mogok yang dapat hanya asap dan habuk saja.
Tetapi katanya apa yang beliau sedih bila manusia itu tidak berubah, tidak insaf dan kembali menjadi 'mangak' dan ego seperti dulu. Ini yang dia kesal. Dia merasakan bantuan yang diberikan itu sia-sia saja kerana tidak dapat mengislahkan seorang manusia.
"Tidak mengapa dia tak ingat kat kawan (saya), itu tak penting. Yang penting dia sudah berjaya, tetapi janganlah buat perangai lama yang membawa beliau berada dalam keadaan hina. Kawan (saya) tidak mahau dia hina semula," kata kawan itu bersedih.
Banyak yang kawan itu bercerita dan meluah perasaan, maklumkan sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan saya. Tidak elok kalau tulis semua apa yang dihemburkan. Tetapi apa yang hendak diceritakan di sini bagaimana sikap munafik dan oportunis manusia berkenaan makin menjadi-jadi.
Baru-baru ini berlaku kebakaran di bandar di mana manusia itu menjadi wakil rakyat. Biasalah kalau ada orang susah ditolongnya. Jadi menurut kawan itu manusia ini juga nak tunjuk baik membantu mangsa kebakaran berkenaan. Empat orang keluarga Cina terlibat dalam tragedi itu. Satu keluarga diberi RM10,000 seorang.
Rakyat yang tidak tahu, suka dan bangga dengan wakil rakyat berkenaan. Mereka beranggapan wakil rakyat itu menghayati perangai Umar Ibnu Aziz. Sanggup menghabiskan wang sebanyak itu. Para pengangguk dan peminum teanya di kedai kopi dan cafe hotel bukan main lagi, manggak sampai pipi tinggi daripada hidung beranggapan bos mereka itu ada duit banyak dan baik hati.
Kesimpulan mudah mereka, kalau wakil rakyat itu tidak ada wang masakan dia boleh berikan satu keluarga RM10,000.
Cerita sebenar di sebalik wang RM40,000 itu tidak siapa tahu. Tetapi si kawan ini panjang kaki dan banyak 'saing sobat' yang bercerita dengannya. Akhirnya pecah tembelang wang RM40,000 yang manusia itu berikan kepada mangsa kebakaran bukan wangnya dari kocek atau elaunnya RM12,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi wang dari sport toto. Wang dari syarikat judi yang taukehnya berada di Kuala Lumpur yang disumpah malam dan siang.
"Kawan tidak belawak (bohong), kawan tahu bila mana Cina MCA yang bagi tahu. Cina MCA itu kini pening kepala kerana sepatutnya wang itu diberi melalui dia tetapi 'disamun' oleh manusia itu dan berikan kepada mangsa kebakaran," cerita kawan itu.
Oh! Sebenarnya kejadian itu tidak hairan. Selalu berlaku begitu orang politik suka berak atas pusu. Atau bersikap macam pelanduk nak berak besar bila tengok gajah besar besar. Dia tidak tahu kapastitinya tak setanding namun cuba ditunjukkan juga. Namun kerana cerdik (bukan cerdik tak malu muka), dia sebat dan sapu sahaja untuk dijadikan modal politiknya tak kira wang halal atau haram.
Sebenarnya masih boleh dimaafkan atas kelicitan itu. Orang boleh menerimanya. Namun bagi mereka yang kenal orang ini dan dengar bagaimana dia melalak bencikan wang judi, menafikan tidak ada sher dalam syarikat judi, saman orang itu dan orang ini yang dedah dia ada sher, alih-alih akhirnya ambil wang judi untuk dijadikan modal politik supaya orang tenguk kita baik dan dermawan. Tipu orang kampung bolehlah...
Kawan, sebenarnya saya tidak hairan dengan kejadian itu, ia kecil saja. Masih ada dosa paling besar yang dilakukan orang politik untuk dijadikan modalnya. Kita bercerita kemudian bila sampai masa nanti. Titik. [wm.kl. 10:00 am 09/06/10]
tuan, saya macam tau jer sapa yang tuan maksudkan nih.. hehehe
ReplyDeletehohoho. ini macam ka ini orang?
ReplyDeletemembaca perenggan 2 terakhir - rasa mcm boleh agak lah sapa orang ni..... :)
ReplyDeleteharap2 bukan beliau lah - sebab beliau memang amat membenci judi dan sangat membela nasib orang melayu hehehe :)
"Orang boleh menerimanya. Namun bagi mereka yang kenal orang ini dan dengar bagaimana dia melalak bencikan wang judi, menafikan tidak ada sher dalam syarikat judi, saman orang itu dan orang ini yang dedah dia ada sher, alih-alih akhirnya ambil wang judi untuk dijadikan modal politik supaya orang tenguk kita baik dan dermawan. Tipu orang kampung bolehlah..."ayat nie sudah memberi gambaran saper yang di maksudkan....YB tempat ambo nie...hahahahaha
ReplyDeletesiapa lagi???...tidak lain tidak bukan..iaitu...huhuuu..ong10x..
ReplyDelete1"kebakaran di bandar di mana manusia itu menjadi wakil rakyat"
ReplyDelete2."kawan tahu bila mana Cina MCA yang bagi tahu. Cina MCA itu kini pening kepala kerana sepatutnya wang itu diberi melalui dia tetapi 'disamun' oleh manusia itu dan berikan kepada mangsa kebakaran,"
3."bagaimana dia melalak bencikan wang judi, menafikan tidak ada sher dalam syarikat judi, saman orang itu dan orang ini yang dedah dia ada sher,"
kesimpulan...
1.kebakaran berlaku tu di bandar P**** **S masa cuti sekolah baru ni. Sapa MP kat situ jeng3x..
2.Adakah tok wakil PAS buleh berbaik dengan cina mca lagu tu sampai songlap duit rm40k?
3.Hok ni baru je berlaku dale sesi parlimen lepas..jawapannya..si S........
"Yang dulu pandangnya macam tengok anjing, kini terbelalak mata melihatnya bagaikan seekor gajah hitam yang perkasa dapat memberi wang bergunung."...
ReplyDeletePERKASA??!!!! he3