Keadaan Mahathir Bertambah Baik
KEADAAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke hospital Melbourne, Australia semalam kerana jangkitan kuman dilaporan baik.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat beliau di Putrajaya hari ini menyatakan doktor yang merawat bekas PM itu gembira dengan tahap kesihatan Dr Mahathir yang memberi respons baik terhadap rawatan antibiotik serta fisioterapi.
Pagi tadi anaknya Mukhriz bersama ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali telah bersarapan pagi dengannya.
Bagaimana pun doktor menasihati agar Mahathir terus berihat dan terus mendapat rawatan di hospital itu beberapa hari lagi.
Seluruh rakyat negara hendaklah mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan. [wm.kl. 6:45 pm 03/10/10]
Semoga Tun cepat sembuh. Pada orang yang membencinya, tentu mendoanya cepat pergi!
ReplyDeleteSepertinya usia panjang Tun adalah satu 'beban' pada mereka. Tidak tahukah mereka, usia itu urusan Allah? Sepatutnya mereka belajar bagaimana Tun menjaga kesihatannya. Menjaga kesihatan itu tuntutan agama.
Tapi apa yang mereka fikirkan ialah apa yang Tun buat pada masa sebelum ini. Apapun yang Tun buat sebelum ini, bukanlah tiket untuk membenarkan sesiapapun mendoakan Tun cepat-cepat pergi!