Gua Musang Masih Tenang Tengku Razaleigh Belum Ada Keputusan
ADA beberapa isu atau topik yang hendak saya perkatakan dalam tempoh 24 jam lalu. Mengenai kepulangan Tengku Razaleigh Hamzah dari luar negeri pagi esok, tentang suasana dan keadaan di Gua Musang dan juga mengenai gelagat dan politik karton Zaid Ibrahim dalam PKR. Ketiga-tiga topik ini membengkak di dalam kepala saya.
Biarpun letih masih belum hilang saya buka laptop dan mencatat posting ini semata-mata kerana memenuhi tanggungjawab sukarela. Saya percaya para penjenguk tertanya-tanya kenapa tidak ada posting sepanjang hari ini. Sebenarnya saya baru sampai ke rumah kurang 20 minit lalu dari Kelantan via Gua Musang.
Jadi di sini biarlah saya menceritakan sedikit mengenai keadaan di Gua Musang. Petang semalam semasa perjalanan ke Kota Bharu (kerana urusan agak penting) saya singgah di bandar Gua Musang, untuk makan dan sambil itu meninjau secara sepintas lalu suasana di Gua Musang.
Beberapa konteks dan agen saya hubungi dan ada yang berjaya unutuk mendapat maklumat dan cerita mengenai Galas. Suasana di Gua Musang sudah mulai hangat. Nampaknya warga Gua Musang sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil. Yang tentunya para pekedai makan, pengusaha hotel dan mereka yang ada rumah kosong sedang mempromosikan rumah masing-masing untuk disewakan.
Satu notis yang ditampal di pondok telefon bila saya hubungi menyatakan kadar sewa rumah teras ialah RM10,000 dan rumah banglo RM12,000 untuk satu bulan. Wau....(tiru terkejut Hussein Lempoyan) betapa lumayannya kalau sesiapa ada rumah kosong di Gua Musang waktu ini. Harganya naik berlipat kali ganda. Bayangkan RM10,000 untuk satu bulan. Saya rasa kadar itu sudah melampau. Orang Pas atau PKR mungkin tidak mampu untuk membayarnya. Lebih baik juga kalau Pas dan BN tidak terdesak dalam untuk mendapatkan rumah. Berkempenlah ada kadar saja.
Orang luar juga sudah mula memasuki ke Gua Musang. Paling nyata ialah wakil rakyat Pas sudah memasuki ke pusat-pusat mengundi mencari lokasi atau kediaman untuk bermukim di Galas. Beberapa wakil rakyat yang dihubungi memberi tahu mereka sudah berada di lokasi, dan ada yang berulang dari rumah ke Gua Musang. Seorang wakil rakyat sudah mula bermukim di perkampungan Orang Asli di Kuala Betis. Menurut beliau sedang mengatur program di situ.
Seorang lagi wakil rakyat berada di Sungai Terah ketika dihubungi sedang menghadiri satu majlis dengan orang ramai. Manakala beberapa yang lain bersembahyang Jumaat di beberapa buah masjid di Gua Musang hari ini. Itulah orang Pas, saat Umno sedang mengerah orang untuk menyambut Tengku Razaleigh di KLIA esok mereka sudah mendekati rakyat. Katanya sehingga ke malam ini Mustapa Mohamad sedang melakukan SMS menjemput orang-orang Umno datang beramai-ramai ke airport. Nampaknya Mustapa sendiri yang jadi tukang padah orang menanti kepulangan Tengku Razaleigh. Kenapa?
Bendera parti masih belum kelihatan dikibar meluas di Gua Musang. Kedua parti nampaknya mematuhi peraturan SPR. Cuma di bulatan memasuki ke Gua Musang bendera Pas dan Umno sudah dicacak dan berkibar. Petang semalam hanya bendera Pas yang dipacak mengeliling bulatan berkenaan. Tetapi petang ini sudah ada bendera dacing yang dipasang berseli seli dengan bendera Pas. Melihat keadaan ini menunjukkan pelawan sudah bermula.
ada.
Begitu juga dengan SB baik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak MIO - tentera juga, ataupun para kumpulan peninjau persendirian dan upahan juga sudah bergelewatan. Mungkin mereka ke sana membuat tempahan hotel atau mencari tempat penginapan.
Dalam sebuah kedai makan saya terserempak dengan tiga orang anggota polis dari Bukit Aman yang turun khusus untuk meninjau suasana di Gua Musang.
Salah seorang memberitahu mereka turun ke Gua Musang sejak beberapa hari lalu. Tugasnya tentulah mengawal keselamatan dan sekaligus menijau sikap pengundi Galas. Di sebelah anggota polis itu juga sepasukan wartawan wanita (semuanya muda belia) dari sebuah agensi sedang makan. Lagak mereka juga seperti sedang membuat tinjauan awal. Pendeknya Gua Musang sudah menjadi tumpuan.
Di sebuah kedai makan bersebelah sebuah van tertulis Pas Bachok di parking di situ. Dalam kedai itu dua tiga orang berkupiah sedang makan. Mereka juga mungkin datang untuk membuat peninjauan awal.
Sementara itu beberapa penduduk yang ditinjau pendapat mereka menjelaskan suasana pilihan raya belum dirasai lagi. Masing-masing enggan mengulas lanjut cuma mengatakan tunggu dan lihat saja. Tetapi pastinya menjelang beberapa hari penamaan calon keadaan akan sibuk di Gua Musang.
Seperti juga apa yang menjadi tanya tanya orang di luar Gua Musang, penduduk Gua Musang juga tertanya-tanya bagaimanakah sikap Tengku Razaleigh. Setengah mengharapkan Tengku Razaleigh menjadi calon manakala setengah yang lain merasakan tindakan Tengku Razaleigh itu tidak banyak memberi keuntungan kepada politik peribadinya.
"Ambo rasa Tengku Razaleigh akan membuat pertimbangan sewajarnya dalam hal ini, dia bukan baru dalam politik tetapi sudah lama,"begitu kata seorang yang sedang makan dalam kedai itu. Beliau mengakui beliau orang lama di Gua Musang. Beliau sependapat dengan saya kalau calonnya bukan Tengku Razaleigh agar sukar juga untuk BN merampas kerusi Galas.
Saya bertanya kenapa dia berkata begitu. Alasannya beberapa taukeh balak yang ditanya mengenai sikap mereka, tanpa segan taukeh balak itu menjelaskan kalau bukan Ketua Pemuda Umno yang jadi calon mereka akan undi roti canai - maksudnya bulan.
Benar sama-samalah kita tunggu apa yang akan dijelaskan oleh Tengku Razaleigh nanti. Buat masa ini beliau belum mengiya dan menindak mengenai desas desus itu sama ada beliau menerima jadi pengarah ataupun calon. Dan khabarnya Tengku Razaleigh dikatakan tidak bersedia mengadakan sidang akhbar khas sebaik tiba besok. Apakah perubahan jaduah ini menandakan Tengku Razaleigh ada fikiran lain ataupun terpaksa berbincang dengan pengikut setianya dulu? [wm.kl.8:45 pm 08/10/10]
Kalau Ku Li berkiran waras dan mengenang apa yang UMNO buat dan pinggirkan dia dari apa-apa jawatan dalam kerajaan, sudah tentu dia akan menolak untuk menjadi Pengarah @ Calon PRK DUN Galas.
ReplyDeleteNampak sangat sikap UMNO yang hanya mempergunakan orang apabila berada dalam kesusahan dan tersepit sahaja. Bila dah senang semua orang dilupakan.. Harap Tengku Li tidak terperangkap dengan mainan UMNO. Jangan jadi "Kuda Trojan" kepada UMNO.
Assalammualaikum Pak MSO,
ReplyDeleteDari pengamatan dan pemerhatian saya, dan juga pembacaan buku buku yang melibatkan Ku Li saya menjangkakan Ku Li akan melibatkan diri dalam PRK Galas.
Jika jangkaan saya ini benar, sama sekali kita tidak boleh mengharapkan Ku Li untuk membawa perubahan kebaikan.
Sifat jujur dan lurusnya selalu memakan diri beliau.
Saya juga mengharapkan telahan saya salah.