Saturday, January 8, 2011

Pagi Pagi Murai Tidak Berkicau

Penjenguk Blog Merah Tinta Sudah Cecah 6.5 Juta

Assamualaikum wbt wbh.

HARI ini engin 'buka kelih' blog Merah Tinta sudah menunjukkan angka 6,012559 pada pukul 8:40 pagi ini. Sekiranya angka ini ditambah dengan jumlah yang tidak dikira sebelum ini, ini bermakna blog ini sudah mencecah ke angka lebih 6.5 juta pengunjung.

Sementara jumlah penjenguk yang mendaftar diri sebagai ahli pelawat blog ini pula seramai 1,061 penjenguk.

Peningkatan jumlah pembuka kelih blog ini menggembirakan saya dan menandakan blog ini terus mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pejenguk sekalian. Terima kasih diucapkan.

Dalam pada itu ingin saya nyatakan kepada para penjenguk supaya dapat membaca dengan baik setiap mesej yang ingin saya sampai. Jangan baca sesuatu itu secara leteral atau penuh sentimen. Bacalah dengan fikiran terbuka dan cuba mencari mesej dan makna yang dipaparkan.

Penyelitan mesej dalam penulisan mengindahkan sesebuah karya itu. Di sinilah juga akan terletak daya kreatif dan ketrampilan penulis dalam menyenikan tulisan atau karyanya. Justeru mungkin anada dituntut untuk memahami secara halus dan berterusan. Selalunya tulisan saya ada kesenimbungan di antara isu yang dipaparkan, tetapi jarang disedari.

Ada penjenguk mengatakan saya tidak telus dan menyembunyikan sesuatu rahsia yang hendak didedahkan. Ingin dijelaskan, saya tidak bersedia membuka aib orang keterlaluan. Misalnya saya memiliki gambar tertentu yang jelek, tetapi saya tidak akan mendedahkan (melainkan dicabar), saya hanya simpan sebagai bukti dan peringatan. Teguran kepada sesiapa juga bukan bertujuan mengkhianatinya tetapi memberi keinsafan dan kesedaran.

Sebab itu kalau dilihat kepada pendirian saya agak unik di mana saya boleh menghentam seseorang itu hari ini dan memujinya pula pada hari esok. Kita menuntut kepada kebaikan dan kebenaran.

Sehubungan itu kritikan dan teguran saya terus mengalu-alukan. Bagi saya kritikan dan teguran itu pendorong semangat kepada saya untuk terus berblog. Bagaimana pun sebagai manusia saya tidak terlepas daripada mengikut alunan emosi apabila diacah berlebihan. Saya terpaksa menggunakan istilah 'kemetot' dalam menjawab dan mempertahankan diri.

Saya juga merasa bangga kerana boleh terus memberi sumbangan dalam blog ini. Walaupun ianya dilakukan secara sukarela secara berterusan, saya masih utuh berblog demi memenuhi permintaan dan mengisi kekosongan yang mungkin tidak ada dalam blog lain. InsyaAllah saya akan terus berbolog selagi ada penjenguk.

Semoga anda akan terus bersama saya dan mendoakan kesihatan dan kekuatan akal dan fikiran buat saya.

Sekali lagi diucapkan terima kasih atas komnitmen anda sekalian.

Salam hormat,
MSO

6 comments:

  1. Tahniah Tuan MSO. Kami akn trs menyokong dan bersama tuan..Blog Merah Tinta dlm list wajib baca setiap hari..kadang2 bla xde post baru rasa xpuas hati jgk..tp kte kna phm kondisi penulis..kami akan terus bersama dan mendoakan kesihatan dan kekuatan akal dan fikiran buat tuan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas segalanya tuan MSO.

    Semoga diberikan ALLAH SWT kesihatan tubuh badan dan akal agar dapat meneruskan lagi usaha tuan selama ini. AMEEN....

    JK.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum tuan. Sekalaung tahniah buat tuan. Semoga usaha tuan ada nilainya di sisi Allah.

    Sejak mula mengenali blog tuan saya tidak telepas dari mengikuti segala perkembangan yang tuan paparkan dan hampir setiap malam blog tuan adalah antara yang terawal saya buka selain dari harakahdaily dan utusan online.

    saya mengenali blog tuan melalui blog Roslan Sahar sejak Mac 2007 dan kisah pertama yang saya ikuti adalah cerita di Nepal mengenai seorang menteri wanita ketika itu yang kini dah tak jadi menteri lagi.

    Saya benar-benar kagum dengan kometmen tuan dalam berblog dengan mengutarakan perkara-perkara yang bermanfaat kepada khalayak dan kadang-kadang cukup provokatif. Yang palin penting, kerja tangan tuan dapat mendidik pengunjung blog tuan ke arah yang lebih baik.

    Tahniah dan semoga tuan akan sentiasa ada
    kekuatan dalam meneruskan kerja baik ini.

    ReplyDelete
  4. moga tuan terus kuat dan dikurniakan ilham berterusan.

    ReplyDelete
  5. Tuan MSO.

    Teruskan apa yang tuan mahu tulis dan saya tetap menyatakan blog tuan adalah blog yang terbaik bagi saya.

    Blog yang tidak emosional seperti blog tuan diperlukan bagi mengganti akhbar,dan tv yang kini milik seseorang atau kumpulan yang bertujuan membunuh prinsip kebebasan manusia lain, selain dari kumpulannya sendiri.

    Tuan teruskan perinsip tuan kerana berjuta-juta manusia masih perlukan idea yang tuan serapkan.

    Tuan berjaya mengasingkan menulis mencari wang dengan menulis untuk maklumat masyarakat.
    Tidak ada lagi manusia seperti tuan dimusim orang mencari hidup pelbagai cara tidak kira halal atau haram - pembohong atau benar.

    Sila teruskan menulis seperti penulis zaman Pak Sako,Ahmad Bustamam dan Rahim Kajai.

    ReplyDelete
  6. Assalam tuan
    Tahniah di-atas kejayaan blok tuan.Selamat maju jaya semoga pengunjung terus bertambah di-blok Tuan.

    ReplyDelete