Friday, January 7, 2011

Soksek Malam Sebelum Makan

Rogol Amah
Persoalan Najib Tidak Selesai Masalah

NAJIB Abdul Razak tidak berapa nak ulas mengenai dakwaan salah seorang menteri kabinetnya yang dikatakan merogol pembantu rumahnya sendiri. Kes majikan rogol ataupun memperkosakan amah ini bukan asing. Ia berlaku di mana-mana saja termasuk Malaysia.

Najib mempersoalkan kenapa kes itu baru ditimbulkan sekarang. Laporan sebuah portal di Indonesia menyebut amah itu berkerja dengan menteri berkenaan dari tahun 1999 hingga 2007. Kira-kira lapan tahun. Beliau dirogol pada tahun 2007. Bermakna selepas kena rogol dan perkosa - (mungkin dirogol balik pintu atau dalam stor sewaktu isteri menteri berkenaan pergi jogging), amah itu pulang ke negaranya.

Saya katakan dakwaan itu tidak munasabah dan alasannya longgar. Tetapi ia tidak boleh ditolak begitu saja. Sama dengan kenyataan Dr Mahathir yang menuduh Anwar menghantukkan matanya ke lutut sebab itu mata Anwar lebam.

Sebenarnya andaian Mahathir itu tidak mustahil. Ramai orang percaya. Lepas itu ditubuhkan suruhanjaya di raja. Selepas disiasat mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.

Rahim Noor adalah ketua polis negara. Tak logik kalau seorang ketua polis negara boleh tumbuk tahanan dalam lokap dalam keadaan mata tertutup. Apa lagi dia ialah bekas timbalan perdana menteri. Tetapi itu bukan cerpen atau drama, tetapi realiti yang berlaku dalam negara ini. Benar-benar berlaku.

Jadi kalau menteri itu perkosa amahnya ia tidak pelik. Jika dibandingkan dengan apa dilakukan Rahim Noor tadi ia boleh berlaku bila-bila masa saja. Apa lagi dalam kes menteri itu membabitkan nafsu. Nafsu ini pula tidak mengira aib atau apa. Yang penting ia boleh dilepaskan.

Kita dengar ada datuk rogol cucu, ada penjaga budak rogol budak bawah kawalannya. Bukan itu saja kita juga dengar ada oraang merogol lembu dan kambing. Apa nak hairannya. Macam juga menteri dan pemimpin mereka nampak tertib dan sopan dalam kaca tv dan surat khabar, tetapi kehidupan dan sytle mereka sebenarnya tak siapa tahu. Amanah itu mungkin tahu?

Pembantu rumah itu orang, cantik dan ada nafsu. Menteri berkenaan juga masih gagah. Dia juga ada dikatakan pernah membeli ubat kuat dari seorang penjual. Ini tak hairan kalau menteri itu berbuat demikian. Sebab ada perkara yang ganjil dan tak sepatut dilakukan menteri berkenaan, pun dilakukan. Mengejutkan kalau disebut dan diceritakan di sini.

Berbalik kepada persoalan Najib kenapa baru sekarang perkara itu ditimbulkan? Sekarang atau bila, tidak tidak timbul. Begitu juga dengan kes liwat membabitkan Anwar. Ia dikatakan berlaku sejak lama dulu tetapi kenapa ditimbulkan pada tahun 1998?

Kalau apa yang ditimbulkan terhadap Anwar itu ada motif untuk menjatuhkan Anwar mungkin begitu juga tuduhan ke atas menteri berkenaan, nak malukan dia. Tuduhan liwat ke atas Mahathir tahun 1990 lagi saya dengar tetapi kenapa selepas lapan tahun ditimbulkan? Nampaknya angka lapan ini menjadi angka misteri dan diminati?

Hari ini sebuah media di Indonesia menyiarkan penafian amah berkenaan dirogol menteri. Malahan katanya menteri berkenaan melayan dia dengan baik semasa dia jadi amah di rumah menteri Najib itu. Mungkin benar... kalau berlaku asmara, semasa berasmara sesiapa pun akan melayan regunya dengan baik. Tetapi selepas itu baru ada hal-hal yang tidak disenang dan menjadi pertikaian. Jadi rogol yang dimaksudkan itu diistilahkan selepas selesai 'main'. Mungkin begitu. Agaknyalah, nak tahu tanya Mat Maslan?

Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.

Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya.

Dia juga pernah membakar jambatan, tetapi boleh menyeberang lautan politik dengan jambatan baru. Dan dia juga seorang anti tesisnya sendiri. Kalaulah itu lagak dan wajah dirinya, maka tuduhan dia menggodam amah itu tidak menjadi perkara yang pelik? Tidak hairan kalau menteri kabinet terlibat dengan jenayah rogol, sebab ada bekas menteri bagi wang RM20,000 agar pasangannya menggurkan kandungan di Johor? [wm.kl.8:15 pm 07/01/11]

8 comments:

  1. jangan suka buat fitnah,nanti kereta awak pulak hilang !!

    ReplyDelete
  2. Ini kes tiadanya Iman dalam hati. kalau tidak benar, tidak perlu takut. Tapi dalam kes ini yang paling ditakuti ialah, mungkin tiadanya lagi peluang untuk menjadi menteri atau MP.

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO,
    Bagitulah manusia bila kena batang hidung sendiri berbagai alasan diberikan.
    Rais Yatim masih menuduh orang dengki dengan kehebatannya berpolitik telah merentas beberapa orang Perdana Menteri.

    Orang mesti berfikir antara dua,benar dilakukan atau tidak dilakukan.
    Tidak ada perbezaan diantara kes Anwar dengan kes Rais.Semuanya berpunca dari Fitnah.Apakah ada perbezaan antara fitnah terhadap orang kerajaan dengan fitnah terhadap penentang kerajaan.
    Fitnah terhadap orang penentang kerajaan disiasat manakala orang kerajaan cukup dengan dinafikan dalam akhbar.

    Walaupun Mahathir pernah bercakap terhadap kes Anwar bagini"depa bukan salah apa pun tapi kita ada kuasa kita boleh lakukan"(tak taulah kalau yusof Chong tiru suara mahathir).
    Undang-Undang di negara ini hanya untuk Dia bukan untuk Kita.

    ReplyDelete
  4. Tak hairan dan tak terkejut pun kalau benar atau tidak benar..politik ni serba boleh cuma bergantung kepada suasana dan keperluan.Akan tetapi yg saya terkejut [ sedikit jer ] ialah ayat dlm 3 baris akhir tu..heheheh.siapa bekas menteri tu?.Jahat juga rupanya dia?..

    ReplyDelete
  5. Banyak beza antara kes liwat anuar dengan kes rogol amah oleh rais. Kes anuwar ini ada pengadunya yg bersumpah dan tampil kehadapan manakala dalam kes rais ini, si pengadu dah menafikan. Jadinya tida salah dala statement najib. Kes mata lebam dah pun diadili dimahkamah tanpa banyak penangguhan. Yang salah telah dihukum di mahkamah dunia cuma kes liwat sahaja yg masih kerap tertangguh. Simpati saya untuk pengadu dan yg di adu.
    Buat MSO, janganlah teruja sangat dgn anuwar ini hingga dilihat setiap komen tuan ttg anuwar pasti kelihatan seperti ada unsur emosional. Sesiapa yg enggan sehaluan dgn anuwar akan saudara 'kemetot' kan manakala komen negatif ttg anuwar akan dibakulsampahkan.

    ReplyDelete
  6. Ibnu Ismail sila baca penulisan saya terhadap Anwar dari awal, dan saya rasa sdr sendiri tahu kenapa kalau saya tidak publishkan komen-komnen tertentu termasuk dari sdr. Sebenarnya sdr masih bernasib baik kerana saya masih membaca komen sdr walaupun saya tidak menyiarkan.

    ReplyDelete
  7. Woi ibni ismail kuda kayu,ko jilat spe ni? rais ke najib? tlong jgn nk bwak dakyah 1Malaysia/1Israel kt sni..jgn jadi penyebar fitnah!

    ReplyDelete
  8. Ada dua cara mengendalikan kes kes seperti ini.

    Satu..kalau betul betul beriman dan takutkan Allah..bertaubat dan jangan lakukan lagi

    Kedua..kalau tidak bergama pun tetapi punya tahap intergriti dan prinsip yang tinggi..mengaku dan letak jawatan!

    Di Singapura ramai kategori yang kedua!

    ReplyDelete