Perubahan Sikap Bukan Melayu Disebabkan Melayu
APA pun juga unsur perkauman atau kata-kata menyentuh sensitiviti kaum atau pun kenyataan yang menghina agama mana-mana penganut di negara ini perlu dicegah dan ditentang. Kerana tindakan itu boleh memudaratkan keadaan. Sebab itu ada akta atau pun peraturan khas digubal kerajaan agar semua pihak bagk individu, NGO dan badan siasah tidak terjerumus dalam hal ini - memainkan isu berkenaan.
Hakikat ini diterima semua pihak. Penerimaan dan pengamalan prinsi itu bagi menjadi negara kita dalam keadaan stabil, aman makmur. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini komitmen itu sangat penting sekali.
Sudah lebih setengah abad kita mencapai natijah persefahaman itu. Kita tidak dilanda krisis kaum, ataupun krisis sosial antara kaum. Apa-apa yang berlaku dihadapi dengan penuh keinsafan dan perasaan penuh persefahaman.
Bagaimana pun akhir-akhir ini nampaknya sensitivi kaum di negara ini begitu tinggi sekali. Dalam erti kata lain ego kaum negara ini begitu melangit. Perasaan toleran ataupun buat-buat tersalah pandangan (over look) demi kejernihan bersama tidak berlaku lagi. Semua bangsa dan semua kaum cepat bingkas membela diri hak masing-masing. Dukacita lagi kalau sesuatu kaum itu 'terkena' maka adalah pemimpin kaum itu akan bangkit. Bingkas membela sambil menuduh yang bukan-bukan termasuk menerusi bahasa yang menyakitkan telinga.
Misalnya apa yang berlaku sekarang ini, proets oleh kaum India terhadap novel Interlok yang dijadikan buku teks SPM adalah contohnya. Masyarakat India membantah teks berkenaan kerana dikatakan telah menghina masyarakat berkulit hitam itu.
Protesnya agak meluas juga. Kenapa perkara ini berlaku? Yang anihnya lagi kenapa ia ditimbulkan kini sedangkan teks atau novel berkenaan sudah wujud lebih 20 tahun. Apakah 20 tahun lalu perkataan atau kandungan teks dalam novel berkenaan tidak salah, boleh diterima.
Mungkin begitu. Ia tidak menjadi masalah kerana generasi India pada masa itu boleh menerima apa yang ditulis oleh Abdullah Hussein itu. Hari ini masyarakat India sudah moden dan berubah. Begitukah? Apakah sudah berlaku evolusi sikap dalam masyarakat India di negara ini?
Kalau benar begitu, masyarakat India seharusnya tidak melenting. Mereka kena sedar bahawa teks itu sudah pun diterima sejak lebih 20 tahun lalu. Apa-apa yang berlaku kini, perubahan minda atau pun perubahan sikap sepatutnya tidak dikaitkan dengan novel berkenaan.
Lainlah kalau teks dalam novel itu dipinda dan dimasukan perkataan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat baru berkulit hitamn itu? Apa yang ditulis Abdullah itu adalah karyanya dan telah menjadi sejarah. Sesiapa pun kena menerima sejarah berkenaan sebagai bahan karyanya.
Ada pendapat mengatakan agar Abdullah mengubah frasa di dalam novel berkenaan yang menyinggung masyarakat kulit hitam itu. Saya rasa ia tidak perlu. Kalau dipinda karya itu bukan asli lagi, atau sudah terubah. Walhal mungkin ianya dipilih menjadi teks disebabkan bentuk dan keasilan teks berkenaan. Jadi tidak ada maknalah kalau pemillihan novel berkenaan kerana unsur-unsur berkenaan tiba-tiba ia henedak dibuang pula?
Dari sisi lain kenapa masyarakat kulit hitam itu (atau kaum lain juga) akhir-akhir ini cepat bingkas dan mudah peka dengan keadaan. Bukan saja orang India orang Cina juga cepat melatah. Bukan saja dua kaum itu juga orang asli juga turut melatah dan tahu memprotes. Ada kalanya orang Melayu menjadi sukar untuk bercakap kerana dianggap rasis dan menyentuh perasaan kaum berkenaan. Dalam hal ini seolah orang Melayu sudah menjadi mentium manakala kaum dan puak lain di sekelilingnya sebagai durian.
Misalnya untuk mengatakan orang Cina pendatang pun tidak boleh. Kaum itu akan bangkit dengan bengisnya mempertahankan kedudukan mereka. Mereka mendakwa perkataan itu sebagai merendahkan mereka. Walhal percakapan itu berdasarkan kepada sejarah, tetapi ia juga akan ditolak. Kenapa?
Kemelampauan sensitivi masyarakat bukan Melayu ini perlu difikirkan kenapa ia terjadi demikain. Perlu mencari di mana sebab dan puncanya? Yang jelas dan pastinya ia tidak menjadi dengan sendiri. Kita mengakui mereka menjadi lebih peka kerana perubahan masa. Tetapi dalam pada itu ada juga yang mengambil kesempatan untuk jadi begitu kerana keadaan itu.
Pada saya kenapa ini berlaku ialah kerana sikap dan perubahan sifat orang Melayu sendiri. Orang Melayulah yang memberi ruang luas dan terbuka untuk mereka menjadi lebih sensitif dan lebih prihatin kepada mereka. Dalam masa sama orang Melayu juga secara tidak sengaja memberi sokongan atas apa yang mereka tuntut itu.
Makin menjadi-jadi lagi apabila orang Melayu jadi penghasutan atau npenyokong kepada ptrotes mereka itu. Sedar atau tidakbahawa orang sendiri yang menjadi penyokong mereka. Orang Melayu yang membuka harapan kepada mereka.
Untuk melihat sikap ini perhatikan bagaimana orang Melayu akan meraikan secara melebih rakan mereka dari masyarakat bukan Melayu. Jika ada kematian ataupun ulang tahun kematian orang Melayu akan hadir untuk memberi penghormatan dalam berbagai bentuk.
Kerana sokongan itu menjadi orang bukan Melayu rasa terbela. Mereka merasakan mereka tidak bersendirian tetapi disokong oleh segelintir Melayu lain. Begitu juga dengan orang India. Mereka juga mendapat pembelaan dari orang Melayu. Orang Melayu memberi idea dan alat kepada mereka untuk memprotes dan mempertahankan diri mereka.
Sikap memberi dan membela atau membuka ruang ini bukan saja di luar kerajaan. Tetapi kerajaan sendiri juga cenderung untuk membela bukan Melayu secara berlebihan. Ada sesetengan tindakan kerajaan benar-benar memberi muka dan ruang kepada bukan Melayu. Jadi tindakan-tindakan ini yang dibuat atas muslihat politik menjadi bukan Melayu besar kepala dan keras kepala.
Jalan keluar bagi mengelakkan fenomena ini berleluasa mudah saja. Orang Melayu baik yang ada kuasa atau yang sedang memburu kuasa tidak memberi ruang dan menjadi peguam bela kepada mereka atas apa-apa juga isu yang terarah kepada kepentingan kaum-kaum berkenaan. Orang Melayu perlu menjadi peguam kepada masalah bersama yang dihadapi oleh kaum itu. Keadaan sekarang ini samalah perbuatan satu pihak menjanjikan satu pihak menunai janji.
Satu pihak menyelak jendela satu pihak membuka pintu. [wm.kl.6:00 pm 07/01/11]
MBM-MBI,kenapa perlu TPM aka Menteri Pelajaran nak kaji semula novel interlok? selepas 20 tahun pula tu.. adakah ianya terlalu rasis ? adakah sebelum ini tidak ada mahasiswa, pensyarah, mahupun intelektual berbangsa india membaca novel ini? sekadar menyebut beberapa nama, penulis india seperti Uthaya sankar SB, Raja Rajeshwari ( pensyarah jabatan Bahasa Maktab Bahasa) tentunya membaca novel ini.. kenapa tidak dipertikai sejak dulu?
ReplyDeleteYang menjadi persoalan ialah, bila yang mempertikai adalah ahli politik yg pada hemat saya hanya membaca novel ( itupun klau dia bacalah ), menggunakan mata kasar bukannya mata hati.. tujuannya pada saya hanya satu yakni memenangi undi kaum india sahaja. tidak lebih dari sebenarnya. nama pun teks sastera, maka ia akan dibaca, dikaji, dibedah dan dipolemikkan di sekolah sebagai teks sastera. klu kandungannya ok, maka diterima, klu tidak maka tidak mengapa. frasa dalam novel itu tidak boleh diubah sebab ianya hak sasterawan negara tersebut..
kenapa mesti kaji? klu ditaik balik maka berlaku lagilah pembaziran kos mencetak, royalti, pengedaran dan sebagainya.. aduh 1Malaysia