Kenapa Takut Bila Nik Aziz Jumpa Najib?
BILA Siasah keluaran minggi lepas Bil: 246 melaporkan ada pertemuan berlaku di antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, ramai yang terkejut.
Mulanya ada yang menganggap ia hanya gimik politik Siasah saja untuk menonjolkan semula namanya selepas beberapa minggu tidak keluar. Tidak kurang juga yang terus jadi nanar dan sasar memikirkan peristiwa berkenaan kerana menyakini laporan Siasah itu adalah benar dan sahih.
Laporan Siasah itu terus menjadi teka teki kerana sebelum ini tidak ada riak risik pun mengenai pertemuan itu. Tidak ada mana-mana blog atau portal berita yang menghidu kejadian itu melainkan blog, Merah Tinta yang juga berkebetulan pemiliknya adalah Ketua Pengarang Siasah.
Baca laporan lanjut mengenai hal ini dalam Siasah terbaru. [ttdi kl 11:20 am 06/01/11]
Salam Tuan MSO,
ReplyDeleteJika diperhatikan persoalan dalam artikel pendek ini sudah lama tuan apungkan namun tidak ada penjenguk yang berani memberikan ulasan.
Walaupun pendek namun persoalan ' Kenapa Takut Bila Nik Aziz Jumpa Najib ?, yang tuan kemukakan kepada pihak tertentu persis satu pukulan maut, jika tuan ampunya badan menjawab persoalan tersebut dengan jujur ikhlas nescaya beliau dengan sendirinya tercelipuk jatuh terduduk.
Perkara yang harus ditekankan sekiranya pertemuan tersebut bertujuan demi agama, bangsa dan negara ianya menjadi kewajipan penuh kepada kita untuk berdiri dibelakang menyokong serta menghargai usaha murni tersebut.
Berbaik sangkalah kita sesama islam walaupun berlainan dalam parti politik.
Sejahat jahat dan sezalim zalim seorang islam akan tetap di balas dengan api neraka, namun selagi zat nya bernama islam setelah selesai tempoh hukuman didalam api neraka Allah akan masukkan nya pula di dalam Syurga dan kekal ia didalam Syurga buat selama lamanya.
Manakala sebaik baik dan sebersih bersih seorang kafir akan tetap dibalas dengan api neraka, selagi zat nya bernama kafir maka akan kekal ia ditempatkan didalam api neraka untuk selama lamanya, Nauzubillah.
Wassalam.