Biara Buddha Pula Buat Majlis Berbuka Puasa
Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengaku dirinya buta meminta pandangan berhubung dengan satu majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Biara Buddha Brickfields pada 20 Ogos ini.
Menurut OKU ini seramai 200 orang buta yang tinggal di asrama orang buta di Brickfields dijemput ke majlis berkenaan. Katanya mereka akan diangkut dengan sebuah bas.
Majlis itu selain dari tujuan kebajikan memberi umat Islam berbuka puasa ia adalah untuk kempen menderma mata. Penjenguk ini memberi tahu dia memperolehi berita ini dari gorup news, rangkaian berita yang diwujudkan oleh kalangan OKU lihat penglihatan.
Penjenguk ini menjadi sedikit sangsi ekoran apa yang berlaku di gereja Methodist di Damanarasa Utara itu yang menjadi hebuh ketika ini. Dilaporkan 12 orang Islam (Melayu) hadir pada majlis makan malam di gereja berkenaan.
Saya tidak mempunyai autoriti untuk menentukan apakah majlis di Biara Buddha ini harus atau haram dihadiri oleh pengnut agama Islam. Tetapi kalau dilihat kepada tujuan ialah untuk kepentingan orang buta - kempen derma mata, ia baik dan tidak menjadi masalah.
Lagi pun seperti dijelaskan makanan yang disajikan adalah halal.
Dalam pada itu adalah elok kalau umat Islam menjaga kehormatan diri mereka sebagai orang Islam. Walaupun hadir di rumah ibadat agama lain itu tidak menjadi kesalahan tetapi dalam konteks majlis itu dianjurkan ia mendatangkan sedikit rasa aib kepada agama Islam dan umatnya.
Nampak sedikit canggung apabila umat Islam melakukan ibadat agamanya (berbuka puasa) di rumah ibadat agama lain bukannya surau atau masjid. Adalah baik kalau aktiviti itu diadakan di surau atau masjid. Tidakkah dengan meninggalkan surau dan masjid dan pergi ke Biara Buddha itu kita boleh dianggap cuba menyepikan masjid.
Mungkin ada ustaz dan ulama khasnya dari Pas dan Umno untuk menjelaskan masalah dihadapi oleh saudara kita ini. Apa-apa panduan dan pandangan biarlah berasaskan dan bersendikan asas agama bukannya emosi dan politik. [ttdi.kl.1:12 t/hari 10/08/11]
sebagai orang kecil, saya fikir jamuan yang dianjurkan itu jika melibatkan puak-puak dari UBN dan sekutunya, ia tidak jadi apa-apa masalah, lagipun di WPKL, akan tetapi sekiranya berlaku di Selangor dan wilayah PR, maka ia akan dijadikan isu besar.macam orang makan di kedai makanan segera, makan di kedai daun pisang, makan di restoran hailam, makan di warung Munusamy mereka tak fikir apa pun.Melayu sudah mangli bab makan-makan, lagipun gelandangan di KL sudah lama menerima pemberian makanan dari geraja, kuil dan tokong. Masjid yang ada hanya bagi makan masa bulan ramadan je atau time korban. sebenarnya isu di negara kita kalau ia menguntungkan UBN maka diisukan.
ReplyDelete