Cucu Citit Khir Toyo Usung Mangkok Tandas
APABILA Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membuat apologetik kepada gereja Methodist di atas keterlanjuran Jais memasuk premis rumah ibadat Kristian itu tapa mengetuk pintu saya juga kurang setuju. Terasa sangat yang Khalid membuat keputusan sendiri.
Belum pasti apakah kemasukan Jais itu benar atau secara salah tetapi Khalid sudah memohon maaf. Tindakan segera Khalid tanpa mendapat laporan terperinci itulah menguriskan hati orang Melayu, terutamanya yang mengaku kuat memperjuangkan Islam.
Kita memahami kenapa Khalid mengambil tindakan itu iaitu untuk tidak mengeruhkan suasana. Khalid mahu agar pihak gereja tidak salah anggap dengan kejadian itu. Tetapi dalam masa sama Khalid tidak mengambil kira perasaan mereka yang kuat beragama Islam tadi.
Wajarlah kalau Khalid dihukum dengan kecaman dan kritikan. Dan saya rasa orang macam Khalid yang akan bersikap persis lembu kenyang akan menerima apa saja celaan dan kritikan terhadapnya itu. Bukan sekali kali beliau menghadapi kecaman. Sudah banyak kali dan beliau hadapi dengan selamba saja.
Sekali beliau bersuara mengaku kesilapan orang akan maaf. Kehebatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang ternyata lebih berkebajikan berbanding dengan bekas MB-MB Selangor sebelum ini menyebabkan kesalahan Khalid tidak menjadi 'kudis gatal'. Beberapa program membantu rakyat yang dilakukan Khalid diterima oleh rakyat. Dengan pendekatan pentadbiran mengurangkan pembaziran dan mengutamakan rakyat menyebabkan Khalid berada di hati rakyat Selangor.
Sebab itulah walaupun Khalid dikatakan tidak mesra politik dan mengabaikan kepentingan politik orang lain sehingga ada usaha untuk menjatuhkan dan merebut kerusinya itu ia tidak berjaya. Usaha itu dilakukan sendiri dari kalangan PKR dan Pakatan Rakyat. Usah itu gagal kerana apa, kerana Khalid sudah berakar umbi dengan rakyat disebabkan pendekatan pentadbriaannya mengutamakan rakyat tadi.
Ekoran permohonan maaf oleh Khalid kepada gereja Methodist itu, pagi ini sekumpulan orang Islam telah memberikan hadiah kepada Khalid sebagai protes atas tindakan MBN itu. Kumpulan itu dikatakan terdari berbagai NGO yang kuat beragama Islam dan ekstrem Melayu. Antara hadiah yang mereka longgokkan di hadapan pintu masuk ke SUK Selangor ialah barangan yang tidak pernah dijadikan hadiah dek orang seperti penyapu, mangkok tanda, mop dan sebagainya.
Sambil melonggokkan hadiah berkenaan pemberian hadian itu memakai topeng Khalid dan juga Hasan Ali.
Secara peribadi saya menyokong protes puak yang kuat agama itu. Ada logiknya kalau mereka menyuarkan kemarahan supaya lain kali Khalid tidak akan mengulangi perkara yang sama. Memberi ingatan kepada Khalid suapaya berhati-hati dan memandang depan dan berlakang terlebih dahulu untuk membuat sesuatu tindakan.
Tetapi sedikit yang saya rasakan tidak kena ialah hadiah sebagai simbol protes yang dilonggokkan itu tidak berapa manis dan elok. Kita faham semua itu membawa maksud tersendiri tetapi ia agak melampau dan bukan budaya Melayu. Apa lagi yang memberi hadiah itu kononnya mereka yang cintakan kepada Islam.
Orang akan terfikir apakah benar mereka itu pencinta Islam? Kerana Islam tidak menggalakkan pemberian apa-apa yang buruk atau hina maksudnya kepada seseorang apa lagi pemimpin. Menghantar mangkok tandas tidak pernah dibuat orang kecualilah orang gila atau pun pengutip sampah. Begitu juga pemberian mop, penyapu dan sebagainya.
Hadiah itu kontras sekali dengan tujuan dan matlamat suci mereka untuk membela Islam. Orang Kristian juga akan menggeleng kepala melihat gelagat NGO itu dan juga bentuk hadiah yang mereka sampaikan kepada Khalid Ibrahim. Dalam hal ini orang Kristian lebih berakhlak berbanding dengan orang Islam (Melayu).
Melihat kepada segala macam hadiah itu saya teringat apa yang pernah dilakukan oleh bekas MB Selangor yang kini sedang berpeluh dan tidak tidur malam kerana memikir bagaimana cara untuk membela diri atas tuduhan rasuah, Khir Toyo.
Khir Toyo pernah memberi penyapu kepada salah seorang Pegawai Daerah di negeri berkenaan kerana daerah berkenaan kotor dan daerah itu tidak sampai standard yang ditetapkan. Pemberian penyapu itu menghina pegawai berkenaan dan langkah Khir itu dianggap menghina. Akhirnya apa yang berlaku terhadap Khir Toto Edikromo?
Selepas beliau menghina pegawai itu dengan memberi penyapu nasibnya menjadi buruk. Beliau ditimpa ketulahan penyapu berkenaan. Khir bukan saja kehilangan kerusi MB teteapi partinya juga kalah, Selangor terlepas ke tangan Pakatan. Lebih malang lagi selepas kehilangan kuasa Khir didakwa pula atas tuduhan sungguh memalukan, rasuah.
Nasib Khir Toyo tak ubah seperti orang yang jatuh ditimpa tangga terjerlus pula atas tahi ayam 'monir'. - tahi ayam yang cair dan busuk yang diberak oleh ayam yang berpenyakit dan cerah perut.
Apakah yang berarak menunjuk perasaan memakai topeng dan membawa penyapu, mangkok tandas, mop dan sebagainya pagi tadi adalah anak cucu cicit yang ditinggalkan Khir Toyo? Rasanya begitulah. Orang Pas tidak tergamak dan sanggup untuk menjunjung tandas bekas tahi.
Disebabkan tidak bijak dan hilang akhlak menyebabkan niat yang baik dan suci kumpulan NGO itu terbalik menjadi hamis dan busuk. Memang 20 orang yang berhimpun di hadapan pintu pagar SUK tadi layak membawa mangkok tandas, mop dan penyapu. Sesungguhnya telah sempurna menjadikan seseorang kalau dia penjunjung mangkok tandas maka hidupnya tidak ubah mangkok tandas. [wm.kl.10:28 pm 10/08/11]
Assalam Tuan,
ReplyDeleteOrang Islam yang sebenar tidak akan membuat keja sebodoh itu...mungkin mereka dari golongan islam hadari dari mahzab umno.
Tuan MSO, pencacai2 songkok tinggi mmg cam tu.. Itu pun tinggal 20orang... Pd sy kegagalan masyarakat bukan Islam memahami cara hidup Islam disbbkan oleh orang Islam itu sendiri terutama pemimpin Nya & juga 'penjaga' agama Islam di Msia ini..
ReplyDeleteContohnya mudah shj: orang lelaki Islam tak bole bersalam dgn perempuan. Ini adalah asas.. Tapi ramai orang bukan Islam tak tau.. Sbbnya pemimpin tak praktik & tiada pemberitahuan... Senang kata way of life Islam tu tak dipromosi & praktik kan
Wallahualam...
emosi Melayu memang begitulah. kes lina joy dulu pun ada Melayu beremosi begitu, ada yang marah-marah, lepas tu senyap. orang melayu ni mudah lupa dan pelupa. benda yang digempakkan hanya luaran, hatinya belum tahu lagi. dan ada yang pura-pura jauh islamik daripada ulama klasik, hal keadaannya tidak seberapa, hanya luaran dan penampilan sahaja. merekalah yang gerakkan massa untuk buat itu dan ini. mereka nak tengok siapa aku sebenarnya. itulah ego setengah kita. sebenarnya kita pun tak faham sangat tentang ritual dalam agama orang lain, seperti juga mereka tak faham ritual orang melayu dalam beragama. kalau kita emosi, jadilah kita macam umno yang membela bangsa, negara dan agama. agama yang last, sebab bangsa melayu lebih utama, sekalipun yang paling merempat dan bergelandangan adalah melayu. sebab itulah di sana-sini mereka menjerit hidup melayu, sedangkan islamnya dah masuk air.tengoklah di bulan ramadan ni, bagaimana Melayu Islam meraikan ramadan? banyak sangat hal negatif pada melayu Islam, belum lagi melayu yang melayu, belum lagi melayu jati, melayu keturunan hang tuah dan melayu sejenis khir toyo tu!
ReplyDeleteItulah cara mereka beribadat di bulan puasa.
ReplyDeleteTindakan yang di buat oleh JAIS adalah sama dengan konsep Cegah sebelum Parah (Jangan Nasi sudah jadi bubur nanti, siapa perlu di salahkan - ini orang Melayu kita,ini Tanah Air kita). Tahniah JAIS dengan bertindak tegas. Mereka tidak akan berhenti menjalankan aktiviti tersebut walaupun salah dari segi Undang-undang Negara - mereka hanya hendak "test the market" kalau berjaya kali ini, mereka akan berterusan mengusahakannya. Apa yang mereka mahukan ialah sokongan dari orang Melayu membantah tindakan JAIS melalui saluran tekanan politik akan tindakan mereka tersebut tidak salah untuk berdakwah untuk Agama Kristian kepada orang Melayu - di mana selama kini mereka masih tidak berjaya. Mereka percaya, satu hari nanti mereka hendak melihat bahawa ada di kalangan orang Melayu akan masuk Kristian - itu objektif mereka. Orang seperti Khalid Ibrahim yang tidak layak jadi pemimpin Melayu Islam dan perlu di seranah, kerana tidak bertegas - orang Islam perlu BERPERANG untuk menegakkan akidah dan kesucian Agama Islam, Allah SWT membenarkan Perang sekiranya berlaku pencerobohan kesejahteraan Agama Islam... Jangan jadi, bila orang Cina Kristian buat bising, semua pemimpin kecut telor & mengelabah, pasal nak jaga politik konon - ini soal Akidah orang Melayu dalam Bahaya. Mereka (Cina terutamanya Kristian) telah menakluk Ekonomi, sekarang mula menakluk Politik pula, di samping itu, mencampuri sosial budaya Melayu, seperti masuk ke Masjid tanpa berihram pakaian - Islam dan Melayu mula di Terjah. Seterusnya, mereka mula mahu pula dalam Agama untuk mengkristian Orang Melayu, supaya seluruh negara Malaysia di takluk oleh orang Cina Kristian. Kita tahu dahulu....., bahawa Orang Cina kesemuanya adalah beragama Buddha, tetapi akhir-akhir ini, sudah terlalu ramai orang-orang Cina sudah menukar agama mereka kepada Kristian. Pendirian mereka (orang Cina semasa beragama Buddha agak berbeza dan aman (zaman Tunku, Tun Razak). Tetapi setelah mereka beragama Kristian, ajaran Kristian yang bahaya untuk memusuhi Islam (akibat hasutan orang2 Yahudi dulu-dulu) dari berkurun-kurun dahulu, telah di tanam ke sanubari siapa saja penganut Kristian. Ini yang menjadi punca masaalah kepada negara kita sekarang. Beringat-ingat lah orang-orang Melayu Islam di Malaysia sekarang terhadap penganut Kristian Cina ini - mereka amat bahaya. Banyak pertumpahan darah di merata-rata tempat di dunia, India, Eropah - mereka sama macam Komunis juga, ereka tiada tolorance. Dulu tak banyak masaalah dengan Orang-Orang Cina beragama Buddha. JAIS patut di beri sokonag Moral yang Tinggi. Berjaya JAIS !!!!!& teruskan Usaha tanpa diplomasi lagi!!!!!!!.
ReplyDeletekalau MB di persoalkan kerana "kesilapan" nya, bgaimana plak ngan orang2 Politik yg suka mmpolitik isu trsebut dan isu2 yg berkaitan dngan nya ?
ReplyDeletebgaimana dngan
Majlis berbuka Puasa di Biara Budha yg didakwa akan dilakukan pada 20 Ogos ?
ape peranan Majlis Agama Islam mereka nak diam kan jer atau nak siasat ?
mane orag2 poltik dan NGO Islam ? nape diamkan jer ?
nape nak spin kes2 terpilih jer ?
sdangkan isu nye sama
Assalamu alaikum tuan. "Sesungguhnya telah sempurna menjadikan seseorang kalau dia penjunjung mangkok
ReplyDeletetandas maka hidupnya tidak ubah mangkok tandas."
Membaca posting tuan, teringat saya pada satu teka-teki dalam siri Raja Lawak kalau tak silap Raja lawak 2.
Solan teka-teki tu berbunyi dalam banyak-banyak mangkok, mangkok apa yang isinya tak pernah bertambah. Maka jawapannya adalah mangkok tandas kerana walau pun banyak mana air yang dituang ke dalam mangkok tandas itu airnya tetap banyak itu juga.
Begitulah dengan mereka yang menghadiahkan hadiah mangkok tandas itu. banyak mana pun teguran dan nasihat kita pada mereka akal mereka hanya setakat mangkok tandas itu juga. Jadi, janganlah dimarahi mereka kerana tindakan mereka hanya menambahkan kebencian rakyat kepada induk mereka juga.