Konvensyen Pakatan Rakyat
Lambang Kebersamaan PR
[kemaskini] Semasa meninggalkan bandar Alor Star jam 10:30 malam saya memasang angan-angan untuk mengisikan blog dengan memberi ulasan khas mengenangi konvensyen ke- 3 Pakatan Rakyat yang berlangsung di stadium tertutup Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star, Kedah Darul Aman.
Sapaan para penenguk kepada saya di sepanjang berada di konvensyen itu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk berbuat demikian, menyegerakan ulasan dalam blog.
Walhal mana mungkin untuk mengisi blog pada jam 4:20 pagi sebaik setiba dari Alor Star? Tubuh sudah lunyai dan kaki sudah kejam berdenyut. Sementelahan pula saya tidak dikejar dengan apa-apa tuntutan yang memaksa berbuat begitu kerana berblog semuanya percuma, saya tauke, saya kuli dan juga saya pemantaunya.
Walaupun blog saya tidak perlu dibayar dan boleh dihayati dengan percuma, dan boleh juga di hentam dan maki hamun secara percuma oleh sesetengah individu, (otak kemetot) tetapi rasa tanggungjawab tetap berdiri dalam hati. Saya tetap menjadikan blog Merah Tinta sebagai blog awal menyiarkan laporan.
Pertanyaan dan semangat yang diberikan oleh para penjenguk khasnya penjenguk tegar menjadi saya bersalah kalau tidak mengisi blog atau lewat membuat posting apa-apa peristiwa atau pun membuat apa-apa ulasan berhadap sesuatu isu. Saya dapat mersakan betapa penjenguk begitu mengharap kepada laporan dan ternanti-nanti pandangan dari saya.
Setiap kali mengingati itulah kadang kala saya mengorbankan masa untuk tidur dan juga makan. Adakanya di meja kecil saya tersedia dua tiga gelas tea atau kopi yang sudah kesejutan disiapkan isteri tanpa sempat menjamahnya kerana keasyikan menulis. Benarlah keasyikan menyebabkan kita kepada dunia lain diluar tumpuan kita. Kalau asyik mengejar perempuan maka akan lupa kepada perjuangan dan akan menggunakan seribu helah untuk tuang dari menyertai aktiviti perjuangan!
Realiti ini jarang diketahui dan rakan-rakan atau penjenguk hanya akan bertanya masa mana MSO menulis. Mereka hanya tanya itu tetapi tidak cuba memahami kesulitan dan masalahnya. Sebab itu ada kalanya saya jadi 'bengkeng' kepada mereka yang menegur atau mempersoalkan typo yang berlaku dalam catatan saya walaupun sudah saya jelas itu adalah kelemahan saya sejak dari dalam perut ibu saya Hajah Mek Thom Hj Salleh.
Atas harapan dan penanti penjenguk itu maka saya bertekad dan akan berbuat seperti biasa. Malangnya kadang kala kita ini selalu bersikap egois, tenaga kurang tetapi nafsu kuat. Biasalah orang Melayu. Sebab itu walaupun ada wakil rakyat sudah lemah, tua dan kesuntukan masa tetapi tetap mahi berpoligami.
Sebaik sampai rumah belum tanggal baju dan seluar saya terus up-load gambar dari kamera ke dalam laptop sebagai proses awal untuk melapor atau mencatatkan mengenai konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 itu.
Selepas memerhati gambar yang diup-load tidak begitu menghairahkan (foto kurang kualiti) tiba-tiba semangat menjadi kendur dan terpaksa membatalkan niat. Saya merasa bersalah kalau menghidang sesuatu yang tidak bermutu kepada penjenguk. Kalaulah ada kawan-kawan telah merakam gambar di konvensyen itu dan juga ceramah pada sebelah malamnya berhajat nak kongsi dengan saya bolehlah kirim kepada saya untuk digunakan.
Sesuatu hasil kerja yang kita lakukan akan menjadi pendorong kepada kita. Disebabkan gambar kurang menarik maka dorongan itu tidak ada, natijahnya laporan dan ulasan mengenai konvensyen itu tidak disegerakan. Mohon maaf kepada penyelek blog Merah Tinta yang kecewa kerana tidak dapat membaca catatan mengenai konvensyen itu seawal pagi yang boleh.
Berbalik kepada konvensyen di Alor Star semalam ia memberi beberapa keputusan yang dapat dirumuskan di sini. Apa yang saya nampak konvensyen berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan bukan saja menggalkan tetapi penuh keghairahan. Mungkin dari segi angka kehadirannya tidak begitu memberangsangkan, sekitar 3,000 itulah sebab ada media kroni dan PB melaporkan ia hambar dan tawar saja.
Kalau orang hanya melalui di hadapan stadium tertutup itu tidak akan dapat membilang angkanya yang sebenar atau merasa gelolak jiwa peserta yang hangat bertepok tangan. Dari luar ia tidak nampak berapa jumlah sebenarnya. Tetapi mengenai konvensyen itu bukan jumlah yang penting, tetapi yang mustahaknya konvensyen itu berjaya memberi satu resolusi terhadap masalah negara dan rakyat pada masa. Saya lihat semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan.
Tepatnya kalau hendak melihat atau ukur berjaya atau tidak konvensyen itu dari segi jumlah kehadiran ialah pada ceramah perdana di sebelah malamnya kerana acara itu merupakan kemuncak. Saya akan ulas dan memberi pandangan saya secara berasingan tentang cerama itu selepas ini.
Konvensyen itu adalah majlis rasmi di mana pesertanya dijemput. Bukan semua orang boleh menghadirinya. Penyertaannya terbatas. Sebab itu peserta diminta mendaftarkan diri. Konvensyen itu bolehlah dianggap forum untuk membincang kesemua masalah rakyat untuk dicerakinkan dan diuruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak.
Nilai atau pun keistimewaan lain di sebalik konvensyen itu komponen Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP duduk dalam satu majlis untuk memdengar ritihan, kehendak dan harapan rakyat dari semua aspek kehidupan. Konvensyen itu menjadi ruang mendapat input dan memberi input dari pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya.
Dalam konvensyen ini pemimpin parti-parti pakatan tidak bercakap hanya dalam lingkungan mereka saja, soal-soal kepentingan kaum, agama dan budaya tetapi membuka ruang untuk kepentingan semua sesuai dengan nilai kesejagatan hidup dan idealisme jihad Pakatan.
Majlis seperti ini adalah memberi keyakinan kepada umum bahawa ketiga parti yang berbeza ideologi dan berbeza pendekatan sebelum ini sudah boleh duduk sekali dan sama-sama mengunyah masalah rakyat secara terbuka, telus dan berterus terang -- demi rakyat.
Sebenarnya persepakatan atau kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen itu sesuatu yang digerumi oleh UBN. Kalau sebelum ini mereka (UBN) mencanangkan Pakatan Rakyat sebagai kahwin mutaah, pakatan yang tidak terikat, gabung bersifat sementara atau pelbagai anologi buruk lagi namun dengan terlaksanakan konvensyen berkenaan menunjukkan ketiga parti itu mempunyai satu komitmen dan mereka dapat membuang sifat mementingkan diri sendiri.
Yang menarik pada setiap konvensyen kesemua pemimpin dan peserta yang terdiri dari tiga fraksi (Islami, Sosialis, Demokrat) akan melafazkan ikrar, berjanji sesungguh hati dan semurni jiwa untuk bekerjasama demi rakyat.
Ikrar ini saya sifatkan sebagai satu tali besar yang memberkaskan mereka (PR) dalam satu ikatan dibuat semata-mata demi rakyat dan negara. Ia lebih penting lagi apabila ikrar itu diterjemahkan dalam gerak kerja mereka dan menjadi bukti ia diterima rakyat apabila satu demi satu meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan UBN.
Apa yang termasuk dalam ikrar itu dan ini saya kira adalah intipati besar bahawa Pakatan Rakyat berjanji dan berusaha untuk membina Malaysia Baru. Tampaknya semua para pemimpin, ahli dan penyokong PR bersetuju untuk meruntuh Malaysia lama ciptaan UBN dan membina Malaysia Baru yang lebih dituntut oleh rakyat.
Ciri-ciri Malaysia baru seperti mana disebut dalam ikrar itu ialah membina negara yang adil, demokratik serta menjujung beberapa prinsip asas yang dipersetujui bersama antaranya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat, menumpukan sepnuhnya usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Apa tercermin dalam ikrar itu Malaysia sebuah negara baru yang mengutamakan prinsip keadilan sosial, demokrarik dan berkebajikan.
Tidak dapat tidak dalam pemerhatian saya konvensyen itu ada kecatatan dan kekurangan tetapi soal titik bengikt itu tidaklah mengagalkan tujuan konvensyen itu diadakan. Ia boleh diperkemaskan dimasakan datang biarlah bersesuaian dengan proses kematangannya.
Sekalung tahniah dan syabas diucapakan kepada Pengarah Konveysen Mahfuz Omar nampaknya beliau berjaya memikul tanggungjawab itu dan sekaligus menunjukkan kemampuannya untuk membantu atau memangku tugas itu yang seharusnya dipikul oleh MB Kedah Azizan Razak. [wm.kl.3:00 am 15/01/12]
Assalamu alaikum tuan. Sekalung tahniah dan setinggi terima kasih di atas kesediaan tuan mengorbankan masa, tenaga dan fikiran tuan dalam mengemaskini blog tuan. Di saat orang telah lebih banyak menumpukan kepada facebook tuan masih aktif berblog dan posting tuan memang sentiasa saya nantikan. Walau pun saya tahu tuan berada di Kedah semalam namun saya masih menjengok blog tuan beberapa kali dan bila pagi ni ada posting baru saya berasa begitu seronok.
ReplyDeleteMemang apa yang tuan lakukan bersifat percuma pada kaca mata manusia namun di sisi Allah tiada yang percuma kerana setiap kerja baik atau buruk manusia ada nilaiannya disisiNya walau pun sebesar zarah dan bertempoh 0.0001 saat. Perkara ini jelas terkandung dalam surah Al-Zalzalah.
Tuan bukan orang politik tetapi peranan orang macam tuan amat penting dalam membina iklim politik. Orang politik sering kali merasa diri mereka betul dan orang seperti tuan adalah manusia yang bertanggung jawab untuk membetulkan orang yang merasakan dirinya betul. Di tambah pula sebagai orang yang faham akan politik Islam maka tugas ini lebih terbeban kepada orang seperti tuan. Tahniah dan terima kasih.
Sepanjang saya mengikuti konvension semalam melalui internet, yang kebetulannya siaran langsung tersebut cukup lancar, memang terasa benar kesungguhan Pakatan Rakyat melalui ucapan-ucapan mereka. Kesemua mereka yang berucap tidak hanya sekadar meniup semangat berapi tetapi mereka menumpukan kepada fakta dalam penghujahan. Sekali pun perkataan UMNO dan BN banyak disebut namun ia tidak disebut sebagai yang sia-sia malah mereka lebih menumpukan kepada mengukuhkan komitmen dan iltizam Pakatan Rakyat dalam menuju ke Putrajaya. Mereka cukup realistik dalam mengemukakan pandangan, cadangan dan harapan, tidak semata-mata berdasarkan elusi, retorik dan imiginasi semata-mata. Mereka juga sedar dan amat tahu berdasarkan ucapan-ucapan akan keterbatasan dan halangan yang ada dan faham dengan iklim demokrasi negara ini. Sebab itu konvension kali ini jelas menampakkan kesungguhan ndalam menggalas harapan rakyat.
Tahniah dan terima kasih buat tuan dan Pakatan Rakyat. Yang pasti di hari PR berkonvension lembu suami menteri keluarga dah kena beku.
blog tuan memang best.. bukan macam blog yang lain...
ReplyDeletetuan adalah penulis prolifik sememangnya satu pendapat yang benar
saya simpulkan bahawa tuan tidak menyokong mana-mana parti politik tapi tuan beri sayang dan ambil berat kepada mereka dan pimpinan mereka.. demi agama bangsa dan negara
selamat menulis dan didoakan sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari Maha Segala-galanya.....
Terima kasih Norazman dan Firdaus, ucap terima kasih dan keprihatinan sdr berdua merupakan cenderamata untuk saya. Wassalam.
ReplyDelete