CATATAN MUSAFIR UMRAH (2)
Apabila menerima berita berupa tawaran untuk ke masjid Al Aqsa saya jadi terperagah sama ada hendak percaya atau tidak 'pertanyaan tawaran' itu. Saya kira ianya sebagai satu ilusi dan harapan orang yang kekagenan tidak menentu saja untuk melihat dan menyapa masjid berkenaan. Mana mungkin untuk ke Baitulmaqdis kerana ia kini dikuasai oleh regim haram Israel dan kedudukan Palestin masih terus bergolak?
Kira-kira 25 tahun sebelum ini saya pernah mencuba untuk ke Palestin, tujuannya sama untuk melihat dan menziarahi masjid berkenaan serta tempat sejarah di sekitarnya. Namun usaha itu gagal. Saya cuba masuk bersama satu rombongan dari Mesir menerusi Terusan Suez tetapi tidak berjaya. Sampai dipertengahan jalan kami di minta berundur.
Lebuhraya dari airport ke airport, bersih dan cantik. |
Masjid Al Aqsa di zoom dari Bukit Olives. |
Foto As Sakhra ini saya rakam khas untuk anda. |
Hinggalah saya diberitahu ada pakej umrah ke tiga buah masjid termasuk ke Baitulmuqadis, cita-cita dan rindu lama itu berbunga kembali. Saya membuat sedikit penyelidikan, benar pintu ke Baitulmaqdis kini sudah terselak sedikit, dan masjid al Asqa sedia menanti tetamu dari Asia Tenggara bagi menghuraikan penyeksaan Zionis ke atasnya.Orang-orang yang disalid rindu sudah pun terbang ke sana.
Apa lagi, tawaran bak mimpi itu saya menerimanya penuh bernafsu. Saya melupai akan keadaan iklim dan cuaca yang panas di Timur Tengah ketika ini, khasnya di Makkah dan Madinah yang mencecah hingga 47 celcius. Saya terus memunajat serta memahatkan azam dan nekad dihati; kali ini aku akan melakukan umrah di tiga masjid suci agamaku, Islam. Aku ingin melakar sejarah peribadi.
Dalam pada itu teringat juga fatwa dari beberapa ulamak yang melarang umat Islam ke Israel, kerana kononnya pemergian itu sebagai membantu bangsa jahat dan bajingan itu. Kedatangan kita akan memberi sokongan dan ikut menyumbang ekonomi kepada negara Zionis itu? Fatwa itu sedikit sebanyak boleh menggugahkan perasaan. Tetapi bila mengingatkan fatwa adalah suatu konsensus ulamak yang dibuat atas maslahat-maslahat tertentu, bukan mutlak, atau firman menjadikan saya sedia untuk melanggar fatwa berkenaan.
Saya menjadikan firman Tuhan kita, yang mengezetkan masjid Al Aqsa adalah antara tiga masjid suci di mana darjat dan nilai kepada sesiapa mendirikan atau menghormati masjid itu akan mendapat pahala berlipat ganda. Kedudukan masjid itu begitu suci dan agung sekali. Ini terbukti dengan firman Allah dalam Surah Ishak ayat 1 bermaksud; Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam dari masjid Haram ke masjid Al Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
Keinginan dan nekad juga terletak atas keyakinan dan ijtihad sendiri. Saya bertanya kepada diri sendiri kalau aku sebagai orang mengakui muslim tidak mengunjungi masjid itu siapa lagi. Mustahil ia akan dihormati dan disanjungi oleh si kafir. Bagi saya sikap menjauhkan diri dari masjid itu atau pun memulaunya kerana ia dikuasai Israel merugikan masjid itu sendiri dan secara tidak langsung menunjukkan orang muslim takut untuk membela haknya. Mengambil sikap akur atau takut dengan keadaan yang berlaku bagi saya samalah dengan mahu melupa rumah suci itu.Bukankan tidak menghiraukan kepada sesuatu dianjurkan Allah satu kebaculan?
Sebab itu dalam soal ini kalau boleh semua orang Islam perlu menjadi seperti Israel, maksudnya semangat dan kesombongan didalam membela haknya. Israel tidak pernah gentar dan merasa berputus asa, bangsa penyembah anak lembu merah itu tetap memperjuang dan mempertahankan haknya menegakkan kebatilan. Dalam masa sama mereka juga merampas hak orang lain. Padahal masjid Al Aqsa itu khasnya dan amnya Al Haram as Syarif kawasan meliputi masjid dan Kubah Batu Sakhara itu adalah hak Islam, hak yang benar dan lagi dibenarkan serta wajib dipertahankan kemuliaanya.
Berdasarkan pemikiran dan pandangan emosi itu saya merasakan fatwa itu; menjauh masjid Al Aqsa dengan apa juga alasan keduniaan tidak relevan dan tepat. Fatwa melarang mengujungi Israel untuk melaram ke tempat-tempa hiburan, perjudian, sexsual dan sebagainya memang betul dan berdosa, tetapi kalau mengunjung al Haram as Syarif kawasan dimana terletaknya kubah batu as Sahkara atau Dome of the rock serta masjid Al Aqsa rasanya tidak salah?
Jadi saya membuat kesimpulan sendiri untuk menafikan fatwa dan larangan itu dengan menegaskan, saya akan memasuki Palestin untuk ke Baitulmaqdis bagi menziarahi dua memorial bersejarah itu. Kalau tertakdir saya akan mati di sana, saya akan menganggap kematian itu sebagai syahid. Dengan membuat fatwa itu saya mengagah diri juga untuk ke Israel. Diam-diam sebelum 'israk' ke Israel saya merenung dalam-dalam ke muka isteri, anak-anak dan cucu saya.
Rasa gerun dan takut
Sebelum berlepas timbul juga rasa gerun dan takut berbaur dengan kebimbangan yang cemas. Perasaan itu bertangkai dan berbuah di hujung hati sanubari. Apa lagi mendengar berbagai cerita dan penjelasan menakutkan mengenai Israel oleh pihak agen umrah. Kononnya kawalan dan pemeriksaan ketat sekali sehingga boleh memenatkan diri. Peralatan IT termasuk laptop, galaxy, camera video dan sebagainya tidak digalakkan. Peralatan itu semua boleh melengahkan perjalanan kerana akan melalui pemeriksaan yang detail dan renyah atau pun tidak mustahil akan dirampas terus.
Gara-gara itu saya meninggal gadget yang agak canggih dan membawa yang sekadar boleh digunakan saja. Bukan saja saya, orang lain juga rupanya begitu. Phobia atau rasa takut kepada Israel menyebabkan saya akur tanpa hujung periksa meninggalkan segala peralatan 'perang' saya dan membawa sekadar saja. Saya sudah bersedia untuk kehilangan segala peralatan itu jika berlaku sesuatu di luar dugaan.
Ketakutan kepada Israel ini sebenarnya ditokok tambah walaupun kejahatannya memang tidak terlawan oleh bangsa dan kaum lain. Israel adalah bangsa paling jahat dan bangsat di dunia ini. Tetapi ketakutan kepadanya adalah diperbesarkan.
Perkara ini dilakukan Israel sendiri. Mereka mempropagandakan mengenai apa saja yang tidak menyenangkan manusia di sana. Tujuannya ialah mereka tidak mahu dunia luar (Islam) datang melawat Baitumaqdis. Bagi mereka lawatan itu akan memberi semangat dan kekuatan kepada umat Islam di sana untuk terus mempertahankan masjid dan segala artifek sejarah yang penting itu. Lawatan umat Islam dari luar bagaikan memberi setitik darah kepada muslim di Baitumaqdis untuk mereka menerus jihad. Israel sendiri tahu kunjungan umat muslim ke Baitumaqdis sebagai menambah roh untuk menghidupkan masjid itu.
Makanya media massa terus menerus menaburkan propaganda dengan menyebarkan keadaan-keadaan tidak menyenangkan di sana. Digambarkan berlaku pergolakan dan pesengketaan. Seolah tidak ada ruang untuk kita menapak di sana bagi menjengok masjid Al Aqsa. Mendengar dari laporan-laporan itu ia seolah-olah Baitulmaqdis dihujani peluru setiap hari. Setiap kali membaca laporan menyebabkan terbayang di mata akan mayat bergelimpangan. Itulah yang kita rasa dan nampak. Pihak Yahudi berjaya menakutkan umat Islam dari dunia luar untuk datang bertandang ke sana hatta untuk menuruti sunnah Rasulullah.
Apabila menjejak kaki ke bumi Israel (sebenarnya Palestin) apa yang dibayangkan itu tidak begitu rupanya. Tel Aviv bandar raya Israel aman dan damai. Malahan bandaraya ini juga indah dan moden. Apa yang digambarkan peperangan itu, tidak terjadi di sana. Kekalutan berlaku jauh dari Baitulmaqdis. Pergolakan sebenarnya berlaku di Semenanjung Gaza, Hebron dan tempat-tempat lain.
Melihat dan merasai itu terjawab kepada saya kenapa pesengketaan berpanjangan tanpa ada selang masa tidak berlaku di Baitumaqdis. Ia adalah kerana di sini adalah bandar atau tanah suci yang diterima oleh penganut tiga agama samawi; Islam, Yahudi dan Kristian. Keutuhan Baitulmaqdis sebagai tanah suci masih dihormati oleh semua pihak. Dalam erti kata lain semangat dan kepercayaan beragama penduduk di sini masih utuh dan menebal. Dari segi sejarahnya Yahudi memperakui bahawa kawasan itu Al Haram As Syarif adalah tempat suci yang tidak boleh diladuni dengan darah.
Kenapa dikatakan begitu kerana kalau dilihat kepada kekuataan serta kelengkapan yang ada kepada Israel yang menguasai bandar berkenaan mereka boleh hancurkan bila-bila masa masjid Al Aqsa. Namun kerana mereka yakin dan mempercayai bahawa masjid itu dipagar oleh para malaikat, dijaga sendiri oleh Tuhan menyebabkan mereka terpaksa berpura-pura menghormati kawasan itu tanpa menumpahnya dengan darah.
Mungkin juga mereka sedar bahawa usaha itu tidak akan berhasil. Beribu tahun sebelum ini mereka pernah melakukan pembunuhan ke atas muslim dan pengkhianatan ke atas masjid itu secara langsung sampai sebahagian besar masjid itu hancur. Tetapi kerana ia sudah digezetkan sebagai dijaga oleh Tuhan, kehancuran itu dibina semula seperti mana yang ada pada hari ini menjadikan mereka waspada dan berpura-pura.
Hasrat dan cita-cita Yahudi untuk menghancurkan tidak akan padam selama-lamanya, hinggalah ke hari kiamat. Tetapi saya percaya usaha itu tidak akan berjaya selagi umat Islam masih wujud di atas dunia ini. Doa-doa yang dibaca untuk kesejahteraan Al Haram As Syariff akan menjadikan bumi suci itu akan dipelihara dan dijamin Allah.
Kebenaran daripada kitab-kitab bahawa Palestin sebagai bumi penuh berkat memang dapat dirasai oleh sesiapa saja yang hijabnya dibuka Allah. Saya sendiri merasai keadaan ini. Sebaik pesawat memasuki ke ruang udara Tel Aviv, tatkala melemparkan pandangan ke luar tingkat melihat pertama kali bumi itu menyebabkan bulu roma merembang dengan tiba-tiba. Kelembutan, kedamaian dan kesejukan menyelinap masuk ke dalam diri, persis menghisap sirap dengan straw di kala kehausan. Aduh...
Perasaan seterusnya tidak dapat digambarkan. Terasa tidak mahu turun dari pesawat dan biarlah ia menerawang meratah ke segenap bumi para nabi dan ambiak itu. Terbukti (al bayinat) buat saya terhadap apa yang dikisahkan dalam kitab, atau pun apa yang disebut-sebut oleh arwah datuk saya, bahawa Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada syurga begitulah mitos dan legendanya! Tetapi ternyata ia benar!
Bersambung.
[wm.kl. 6:27 am 27/07/12]
No comments:
Post a Comment